Jumaat, 15 Mei 2015

CUKUPLAH PARTI YANG SUDAH ADA, JANGAN BAWA PARTI INI KE SARAWAK !!!



Kewujudan parti IKATAN yang dikatakan beraspirasikan parti berbilang kaum berkemungkinan akan dibawa dan dikembangkan ke Sarawak. Daripada apa yang difahami melalui ucapan Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir, Presiden IKATAN sememangnya mereka akan mengembangkan sayap mereka ke Sarawak.


" menghidupkan kembali apa yang dikehendaki Datuk Onn Jaafar dan para pemimpin Parti Perikatan suatu ketika dahulu yang mahu menubuhkan parti berbilang kaum"
" Ikatan yang berharap menjadi sebuah parti massa dengan majlis dan cawangan di setiap negeri akan mengambil tarikh Hari Malaysia pada 16 September 2015 untuk memperkenalkan barisan pimpinannya dari seluruh negara."
Baca Selanjutnya [Di Sini] 



Agak pelik rasanya bila semakin banyak parti baru diwujudkan. Tidakkan pemimpin-pemimpin parti baru ini berfikir, semakin banyak parti, semakin berpecah dan berpuak-puak rakyat di Malaysia ini. 

RAKYAT SARAWAK TIDAK MEMERLUKAN PARTI BARU INI UNTUK BERTAPAK DAN MENGEMBANGKAN SAYAP MEREKA DI SARAWAK. SUDAH CUKUP PARTI LUAR SEPERTI PKR, DAP DAN PAS MEMBUAT ONAR DAN MEMPORAK-PERANDAKAN RAKYAT DI SARAWAK. 


@ Sent From HTC Butterfly

            

0 ulasan:

Catat Ulasan