Alhamdulillah dan amat-amat bersyukur dengan keputusan yang telah dilaksanakan oleh CM Adenan memansuhkan bayaran tol Jambatan ASEAN. Pengumuman ini dibuat semasa Majlis Sambutan Ulang Tahun Ke -10 Bandaraya Miri malam tadi.
Jambatan ini yang dibuka secara rasmi pada tanggal 30 Ogos 2003 yang menelan belanja RM 178 juta merupakan jalan penghubung penting bagi mereka yang memilih untuk menggunakan kenderaan dari Miri ke Brunei, Limbang dan Kota Kinabalu dengan tol RM10 bagi perjalanan sehala.
Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Shin Yang Group of Companies atas kerjasama mereka dalam memansuhkan tol itu demi faedah rakyat Malaysia.
Pemansuhan tol di negeri ini merupakan yang kedua diumumkan oleh CM Adenan dengan yang pertama bagi jambatan Lanang di Sibu membabitkan pemansuhan tol 50 sen bagi motosikal, RM3 (kereta), RM5 (van dan pacuan empat roda) dan RM10 (lori dan bas) berkuat kuasa 25 Mei.
SEMOGA LEBIH BANYAK LAGI BERITA BAIK YANG AKAN DIBERITAKAN UNTUK KITA RAKYAT SARAWAK. SEBAGAI BALASAN KEBAIKAN DAN KEMUDAHAN YANG TELAH DIBERIKAN KITA HENDAKLAH TERUS MENYOKONG KERAJAAN PIMPINAN CM ADENAN.
@ Sent From HTC Butterfly
0 ulasan:
Catat Ulasan