"Parlimen Permatang Pauh seperti yang semua ketahui merupakan kubu ampuh PKR semenjak Anwar Ibrahim ditendang keluar daripada UMNO. Buatlah mcm mana sekalipun, janjilah projek pembangunan yang maha hebat sekalipun, dedahkanlah apa sahaja kelemahan Pakatan Rakyat sekalipun ianya tidak akan melumpuhkan kepercayaan rakyat di Permatang Pauh dengan kredibiliti Anwar Ibrahim."
Kenyataan di atas adalah sebahagian kenyataan dangkal dari orang yang MUDAH MENGALAH dan tiada SEMANGAT JUANG.
Banyak faktor yang boleh dikaitkan dengan musnahnya harapan UMNO untuk merampas Permatang Pauh dari genggaman keluarga Anwar Ibrahim. Calon UMNO di Permatang Pauh sudah cukup BERSIH dan berkelayakan, jadi alasan untuk mengaitkan kekalahan UMNO dengan pemilihan calon adalah tidak munasabah. Dengan perpecahan dalaman dalam Pakatan Rakyat sepatutnya memberikan peluang dan ruang yang selesa untuk UMNO mengambilalih kerusi Permatang Pauh. Tapi apakan daya, peluang dan ruang tersebut tertutup angkara UMNO itu sendiri.
Daripada apa yang dilihat dan disampaikan oleh akar umbi UMNO kekalahan itu disebabkan UMNO Bahagian Permatang Pauh seperti tidak mahu menang. Dari hari pertama tempoh berkempen sehingga hari pengundian, unsur-unsur sabotaj terhadap calon sendiri amatlah ketara. Ada cawangan UMNO dianaktirikan, tidak disalurkan dana untuk bergerak. Ada pula ketua cawangan yang merajuk seakan budak tadika. Bila ditanya kenapa begitu, katanya "Orang bahagian tak turun ke cawangan, jadi kita malas la nak kerja". Sampai begitu sekali perangai mereka. Ada pula yang sibuk mengira berapa keuntungan daripada budget yang diserahkan kepada negeri atau bahagian angkat.
Sudah tiba masanya pucuk pimpinan UMNO serta ahli-ahli UMNO bermuhasabah diri. Berilah peluang kepada pemimpin-pemimpin yang benar-benar layak untuk memimpin. Singkirkan parasit-parasit yang semakin memenuhi "rumah-rumah" UMNO. Angkatlah orang-orang yang benar-benar ikhlas berjuang untuk UMNO.
JADI KALAU ORANG PBB TAK NAK KENA SEPAK DENGAN CM ADENAN, JANGAN BUAT BENDA PELIK-PELIK.
#JANGANMAINMAINSAMAADENAN
@ Sent From HTC Butterfly
Adenan for PM....
BalasPadam