Geng SABAH SARAWAK KELUAR MALAYSIA yang diketuai oleh Doris Jones memang MUKA TAK MALU. Kehadiran mereka di Majlis Perjumpaan CM Adenan bersama Pelajar dan Profesional Sarawak di London bukannya diundang dan langsung tidak dialukan.
CM Adenan yang dilihat MUDAH MESRA telah diambil kesempatan oleh mereka untuk mendapatkan PERSEPSI RAKYAT SARAWAK seakan-akan CM Adenan meyokong perjuangan mereka. Lalu dengan menggunakan peluang kehadiran CM Adenan ke London, mereka dengan muka tak malunya meyerbu majlis CM Adenan. Tujuan mereka hanya satu, untuk mendapatkan gambar bersama CM Adenan.
Yang tidak diceritakan oleh Doris Jones dan SSKM ialah, dalam pertemuan terjah itu, Ketua Menteri Sarawak SECARA TEGAS menyatakan bahawa 'THERE IS NO SECESSION OF SARAWAK FROM MALAYSIA" (Sarawak tidak akan keluar dari Malaysia). Kenyataan tegas Ketua Menteri itu didengar dan disaksikan oleh ramai pegawai-pegawai kerajaan dalam pertemuan tersebut.
Mujurlah ada diantara yang hadir di majlis tersebut telah membuka pekung geng ini. Jika tidak geng ini terus menjual modal bahawa CM SARAWAK MENYOKONG PERJUANGAN MEREKA.
Ada pulak geng SEPERJUANGAN lain mula berbulu dengan geng SSKM. Mereka adalah geng SARAWAK FOR SARAWAKIANS REFERENDUM. Geng ini mula cemburu dengan gambar Doris Jones bersama CM SARAWAK. Melalui Queenasia Skyetv, mereka juga ingin berjumpa dengan CM Adenan. Mungkinkah bila permohonan mereka secara rasmi tidak dilayan, mereka juga akan membuat tindakan TERDESAK seperti SSKM.
KALAU DILIHAT DI FACEBOOK DORIS JONES, SELEPAS PERJUMPAAN DENGAN CM ADENAN TERDAPAT PERUBAHAN SIKAP PADA DORIS JONES. SEAKAN CM ADENAN SUDAH MENJADI IDOLA KEPADA DORIS JONES. PUJI-PUJIAN DAN SOKONGAN TIDAK BERBELAH BAGI DINYATAKAN DI WALL FACEBOOK DORIS JONES TERHADAP CM ADENAN. NAMPAKNYA CM ADENAN BERJAYA MENYEKOLAHKAN BUDAK BUANGAN SABAH INI. TAHNIAH CM ADENAN.
@ Sent From HTC Butterfly
0 ulasan:
Catat Ulasan