Aziz Anggap Pencalonan Bondanya Sebagai Calon BN PRK Tanjung Datu Satu Penghargaan
Anak lelaki sulung Allahyarham Tan Sri Haji Adenan Satem; Abdul Aziz Adenan mengganggap pemilihan Bondanya, Puan Sri Jamilah Anu sebagai calon Barisan Nasional (BN) PRK Tanjung Datu sebagai satu penghargaan kepada arwah bapanya dalam usaha membangunkan kawasan tersebut.
Aziz, 45-tahun, juga menganggap keputusan tersebut adalah keputusan yang terbaik dalam menyinambungankan legasi kepemimpinan Allahyarham ayahnya.
Beliau, yang sebelum ini yang turut disebut-sebutkan berpotensi menjadi calon juga tidak sedikit pun merasa kecewa kerana tidak terpilih, malah menyokong penuh pencalonan ibu tirinya.
Katanya lagi, sesiapa pun di antara mereka yang akan terpilih sudah pastinya menjadi penyambung legasi arwah ayahnya maka, tiada timbul isu rasa kecewa apabila tidak terpilih kerana ia adalah keputusan pucuk pimpinan dan akar umbi.
C&P : FB Salfian Nawawi
0 ulasan:
Catat Ulasan