Sabtu, 11 Februari 2017

#PRKN3TanjongDatu : BAPA MERTUA CALON PBDS BARU KESAL MENANTU BERTANDING MELAWAN CALON BN


LUNDU: Bapa mentua calon Parti Bansa Dayak Sarawak Baharu (PBDS), Rapelson Richard Hamit, terkilan dengan tindakan menantunya itu bertanding di kawasan Tanjong Datu. 

Galau Nyalih, 55, berkata beliau hanya mengetahui Rapelson akan bertanding menentang Barisan Nasional (BN) pada saat akhir menjelang hari penamaan calon. 

Tuai Rumah Kampung Temelan Dayak itu berkata, beliau tidak kisah jika Rapelson bertanding di tempat lain. 

"Tetapi yang saya kesalkan ialah dia bertanding sebagai pembangkang di Tanjong Datu. Saya tinggal dalam kawasan Tanjong Datu dan sudah banyak menerima pelbagai kemudahan daripada kerajaan. 

"Tambahan pula saya ahli Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) dan menjadi ketua masyarakat di kampung saya," katanya. 

Galau berkata, jika mengetahui hasrat menantunya itu dari awal beliau pasti sedaya upaya menghalangnya daripada bertanding. 

"Ya, ...ini memang hal politik dan dia bebas bertanding, tetapi tempatnya tidak sesuai kerana kami yang tinggal di kawasan Tanjong Datu ini masih rasa terkesan dengan kematian Tok Nan (Allahyarham Tan Sri Adenan Satem) yang begitu banyak jasanya kepada kami penduduk di sini," katanya sambil memaklumkan menantunya itu bukan berasal dari Tanjong Datu.

Sumber : BHarian Online

@ Sent From Samsung Note III
Wechat : sarawakguerreiro
            

0 ulasan:

Catat Ulasan