Sememangnya diakui adanya pertandingan pada PRK N3 Tanjong Datu adalah merupakan salah satu proses pilihanraya.
Cuma bila melihat lawan BN iaitu parti STAR dan PBDS Baru seolah-olah dilihat ianya hanya untuk mempromosikan kedua-dua parti ini yang mana semua mengetahui kedua parti ini diumpamakan "Hidup Segan, Mati Tak Mahu".
Mengapa mereka memilih Pilihanraya ini untuk muncul? Kenapa sewaktu PRN lepas STAR menarik diri dan PBDS Baru langsung tidak muncul di Dun Tanjong Datu?
Bisik-bisik dari penyokong mereka mengatakan PRK ini adalah merupakan tempat untuk parti mereka terkenal. Sifirnya mudah. Dengan bertanding di PRK ini, segala media, dari media cetak, elektronik dan sosial akan memfokuskan pada cerita PRK ini dan secara tidak langsung mempromosikan parti mereka secara PERCUMA.
Mereka tahu, bukan senang mahu menang di PRK ini dan mereka sedar peluang untuk kehilangan wang deposit amatlah tinggi memandangkan mereka akan menentang bukan sahaja calon BN, mereka menentang balu Arwah CM Tok Nan.
Kita lihat sahaja apa strategi kedua parti ini untuk kempen mereka. Untung sabut, dapatlah mereka barang seundi dua. Untung batu, langsung tak ada undi.
Wechat : sarawakguerreiro
0 ulasan:
Catat Ulasan