Rabu, 15 April 2015

24 APRIL : TIADA KENYATAAN, MUKRIZ HANYA TUNJUK 3 GAMBAR ???


Semua mata sekarang terarah kepada Ds Mukriz Mahathir dan menanti dengan penuh debaran tarikh 24 April ini apakah pendirian MB Kedah tersebut samaada menyokong Perdana Menteri ataupun ayahanda tercinta.

Mungkinkah perkara ini terjadi pada sidang akhbar MB Kedah nanti.

" DS Mukriz : Terima kasih kepada semua yang hadir. Seperti yang saya janjikan, hari ini saya sepatutnya akan menyatakan pendirian saya samaada untuk menyokong Perdana Menteri ataupun ayahanda saya, Tun Dr. Mahathir.

Sebenarnya hari ini saya tidak akan mengulas apa-apapun. Minta maaf sekiranya menyusahkan anda semua. Saya hanya akan tunjukkan 3 keping gambar dan anda nilaikan sendiri.

1) Gambar DS Najib dan Tun Mahathir sedang lepak di rumah Tun menonton Youtube TV3 yang memaparkan seorang pemimpin UMNO sedang membelasah Tun melalui Ipad DS Najib.

2) Gambar Tun Sedang makan kacang kuda bersama DS Najib yang mengenakan baju Manchester United menonton Buletin Utama (berita berkaitan Tun dan DS Najib) di pejabat Tun.

3) Gambar Tun dan DS Najib berbincang diiringi gelak ketawa masing-masing di pejabat PM."

Gambar origional ini saya simpan. Anda semua boleh mendapatkan salinan gambar ini di kuanter hadapan. Tun Mahathir, DS Najib dan saya sendiri telahpun tandatangan gambar tersebut untuk anda semua. 

Maka berbondong-bondonglah penjilat yang punya kepentingan peribadi mencari Tun Mahathir dan meminta maaf. Lalu masing-masing membuat kenyataan media dan memuji-muji Tun Mahathir.

*** Macam cerita kartun pulak ye.

TUN MAHATHIR BUKANNYA TARAF PENJILAT TEGAR YANG HANYA TAHU LEHER DAN KANTUNG MEREKA TERJAMIN. PANDANGAN DAN IDEA BELIAU KALAU NAK DIBANDINGKAN DENGAN PIMPINAN UMNO LAIN BAK LANGIT DAN BUMI. SEGALA TINDAK TANDUK BELIAU BERSEBAB. DIULANG SEKALI LAGI SEGALA TINDAK TANDUK BELIAU BERSEBAB.

YANG MENGHAIRANKAN DAN MEMUALKAN HARI-HARI TV3 SIARKAN ORANG HENTAM TUN MAHATHIR APA KEJADAHNYA? DAN HARI-HARI JUGAK PIMPINAN UMNO CARI PUBLISITI MURAHAN MENGHENTAM TUN MAHATHIR. DAH TAK ADA KERJA LAIN KAH. KAWASAN SENDIRI TAK SELESAI-SELESAI MASALAH, LAGI MAHU MASUK CAMPUR HAL TUN M DAN DS NAJIB.

CUKUPLAH HANYA MENGELUARKAN KENYATAAN "KAMI SOKONG KEPIMPINAN DS NAJIB". TIDAK PERLU MENGUTUK SEHINGGA ASAL USUL TUN PUN KORANG NAK MAINKAN. LAGI BODOH BILA ADA PIMPINAN YANG MEMBANGKITKAN HAL YANG LEPAS, YANG LANGSUNG TIDAK MEMBERI KEUNTUNGAN KEPADA DS NAJIB DAN UMNO ITU SENDIRI.

DS NAJIB KU SANJUNGI, TUN MAHATHIR KU HORMATI.

@ Sent From HTC Butterfly
            

0 ulasan:

Catat Ulasan