Khamis, 2 April 2015

BILA ORANG TAK TAHU GEOGRAFI SARAWAK BERBICARA


Sarawak merupakan negeri yang paling besar dan luas di Malaysia. Keadaan muka bumi Sarawak masih segar dilitupi hutan belantara dan bukit serta sungai-sungai yang lebar.


Bila ada orang cuba mempertikaian pergerakan YAB Perdana Menteri dan VVIP sewaktu perasmian Lebuhraya Pan Borneo (diramal orang itu bukan penduduk Sarawak) kerana menggunakan perkhidmatan udara (helikopter) dan bukannya jalan darat amatlah dangkal.

YAB PM sewaktu hari perasmian tersebut mempunyai 4 program. Sekiranya tiada bantuan perkhidmatan pengangkutan udara, sudah pasti masa yang diambil akan menjadi lama. Setelah tamat program di Sarawak, YAB Perdana Menteri terus bergegas balik ke Kuala Lumpur untuk program seterusnya.

Sebagai seorang Perdana Menteri, beliau bukanlah mempunyai banyak masa untuk berada di sesuatu tempat. Banyak program dan undangan, rasmi dan tidak rasmi yang perlu beliau hadiri.

Jika perkara ini pun menjadi modal politik pihak pembangkang, rasanya mereka telahpun kehabisan modal untuk dipolitikkan. Maka Barisan Nasional khasnya BN Sarawak sudah boleh menarik nafas lega menghadapi PRN yang akan datang.

@ Sent From HTC Butterfly
            

0 ulasan:

Catat Ulasan