Isnin, 20 April 2015

#PRKPERMATANGPAUH : AZMIN REJECT WAN AZIZAH ???


Azmin Ali nampaknya tidak bersetuju dengan cadangan untuk meletakkan Dr Wan Azizah sebagai calon di Permatang Pauh. 

Azmin tahu, karier politik sifu beliau, Anwar Ibrahim telahpun musnah. Megizinkan Dr Wan Azizah bertanding di PRK Permatang Pauh hanya akan menjadi Patung Hiasan yang tidak akan menguntungkan PKR. Sedangkan di DUN Selangor pun, Dr. Wan Azizah hanyalah sebagai Mak Pacak, inikan pula nak berbicara di Parlimen Malaysia. Yang dapat dibayangkan di Parlimen nanti hanyalah sinetron hal keluarga Anwar.

Mungkin kerana sudah terlalu menyampah, Azmin Ali dengan nada sindiran mengeluarkan kenyataan berikut yang seakan-akan membunuh terus legasi politik keluarga Anwar Ibrahim.

" PKR tidak bercadang menarik balik kenyataannya terhadap Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berhubung isu Hudud, walaupun PAS Permatang Pauh meletakkan syarat itu untuk bekerjasama pada kempen pilihan raya kecil kerusi Parlimen itu.
    
Timbalan Presiden PKR Azmin Ali berkata beliau sudah banyak kali mengadakan perjumpaan dengan pemimpin PAS dan mereka komited membantu jentera PKR pada pilihan raya kecil itu.
    
"Tidak timbul soal tarik balik (kenyataan) di sini kerana Yang Dipertua (PAS) kawasan Permatang Pauh, Omar Hassan, hadir sendiri untuk pelancaran jentera PKR," katanya kepada pemberita selepas program minum petang bersama-sama Presiden PKR Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail di Bukit Mertajam, hari ini." [ Baca Selanjutnya ]


Sindiran Azmin Ali begitu menusuk sanubari sekiranya diselami betul-betul. Azmin Ali tahu, di Permatang Pauh jumlah ahli PAS begitu ramai mengalahkan ahli PKR sendiri. Selama ini kemenangan PKR di Permatang Pauh adalah atas usaha keras jentera PAS yang bermati-matian memenangkan calon PKR. Sekiranya tuntutan PAS tidak ditunaikan, sudah pasti laluan sukar buat Dr Wan Azizah untuk memenangi PRK Permatang Pauh.

NAMPAKNYA TERPAKSALAH DR WAN AZIZAH MENGULANGI SKRIP LAMA IAITU DRAMA AIR MATA. JANGAN LUPA BAWAK CUCU YE.

@ Sent From HTC Butterfly
            

0 ulasan:

Catat Ulasan