Kecoh di media sosial, sekumpulan lelaki dan wanita berbangsa Cina dipercayai menganjurkan pesta bogel di sebuah pulau berhampiran Teluk Bahang, Pulau Pinang baru-baru ini. Program yang diadakan sekitar bulan Jun itu dianjurkan oleh Kelab Sukan Bogel Pulau Pinang yang turut disertai seramai 18 orang yang dipercayai berumur sekitar 30 – 45 tahun.Ini cerita di Pulau Pinang, negeri yang ditadbir oleh Khalifah Lim Guan Eng.Orang yang diangkat oleh pihak PAS setinggi Khalifah Umar Abd Aziz. Samaada pihak kerajaan negeri terlibat atau tidak dalam pengeluaran permit pesta tersebut hanya mereka yang tahu. Yang pasti negeri Pulau Pinang sudah semakin jauh tersasar dari adab dan budaya orang Malaysia. Di manakah orang-orang PAS Pulau Pinang ? Adakah mereka merestui perbuatan yang amat-amat hina ini ?
Di Selangor lain pulak cerita BOGELnya. Tan Sri Khalid Ibrahim di BOGEL kan tanpa belas kasihan. Orang yang selama ini pihak pembangkang terutamanya PKR agung-agungkan sebagai MENTERI BESAR PALING BERJAYA dalam sejarah Malaysia dilondehkan dan diusir seperti ANJING KURAP.Apa salah Tan Sri Khalid di mata pimpinan PKR terutamanya ANWAR IBRAHIM. Di mata rakyat biasa, Tan Sri Khalid Ibrahim telah menjalankan amanah yang diberikan sebaik mungkin walaupun ada juga cacat celanya. Lumrah manusia, tidak sesempurna PENCIPTA. Tetapi adakah kesalahan-kesalahan kecil Tan Sri Khalid Ibrahim boleh dijatuhkan dengan hukuman yang paling berat yang melibatkan MARUAH beliau. Diusir dari jawatan tanpa kesalahan yang jelas, satu perkara yang amat-amat memalukan bagi Tan Sri Khalid Ibrahim.
Inilah senario semasa negeri Pakatan Rakyat. Barisan Nasional tidaklah sesempurna parti pemerintah. Tetapi Barisan Nasional tidak akan melakukan perkara-perkara pelik seperti yang terjadi di Pulau Pinang dan Selangor.
0 ulasan:
Catat Ulasan