Sabtu, 30 Ogos 2014

PANAS : KRITERIA CALON PBB DIDEDAHKAN !!!


Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) kemungkinan mencalonkan muka baharu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang dengan keutamaan diberikan kepada calon boleh menang.

Pengerusi Tetap PBB Datuk Amar Mohd Asfia Awang Nassar, berkata parti tulang belakang Barisan Nasional (BN) Sarawak itu juga tidak menolak kemungkinan meletakkan calon muda yang berpotensi.

“Ini salah satu kemungkinan, namun keutamaan adalah calon yang boleh menang. Ini keutamaan kita dalam PBB dan BN,” katanya kepada pemberita pada Majlis Ramah-Tamah Merdeka Raya di Kampung Datuk Baru, di sini malam Selasa lalu.

Pada PRN 2011, BN memenangi 55 kerusi daripada 71 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dipertandingkan. PBB menang semua 35 kerusi yang ditandingi.

Menurut Mohd Asfia, parti tidak boleh terlalu yakin untuk menang tanpa bertanding pada pilihan raya akan datang.

“Kita sememangnya mahu menang tanpa bertanding tetapi dengan keadaan politik semasa, kita tidak boleh terlalu yakin,” jelasnya.

Ditanya sama ada PBB akan memohon kerusi jika ada kerusi DUN baharu diwujudkan, beliau berkata: “Ketua Menteri telah memberitahu PBB mahu separuh daripada kerusi tersebut.

“Ini kerana, PBB merangkumi sayap Bumiputera dan Pesaka dan kerusi itu perlu dibahagikan.”


BAGUSLAH MUN MCM YA. YB YANG SIK KERJA & TERLALU LAMAK BAGUS DIBUANG AJAK. BERIK PELUANG DENGAN ORANG MUDA YANG PUNYA BANYAK IDEA-IDEA BARU UNTUK MEMASTIKAN PBB TERUS RELEVAN.


PILIH YB YANG MESRA DENGAN RAKYAT, SENTIASA TURUN PADANG, PUNYA IDEA UNTUK MEMAJUKAN TEMPAT DAN PALING PENTING BUKAN KAKI $$$ @ KEBAS PROJEK.

BANYAK DAH KETUA-KETUA RANTING BERBUNYI PASAL BAJET SIK TURUN KE AKAR UMBI. MUN ADA PUN HANYA KRONI DAN KAKI BODEK AJA DAPAT. JANGAN SAMPEI ADA KETUA RANTING BOIKOT DENGAN NGAJAK AHLI PBB SIK TURUN NGUNDI. BENDA TOK SIK MUSTAHIL. PENGAJARAN DAH ADA. 

@ Sent From HTC ONE X

            

0 ulasan:

Catat Ulasan