Jumaat, 22 Ogos 2014

EDISI SERAM : MAK LAMPIR MULA MENGILAI !!!

Walaupun Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim seorang menteri besar yang terbaik, namun sekiranya parti mahukannya turun, beliau perlu menghormati keputusan itu.
Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin berkata, pihaknya kecewa dengan tindakan Abdul Khalid yang tetap berdegil meskipun telah ditolak.
"Kita turun padang dan jelaskan kepada rakyat untuk jelaskan kenapa (penolakan Abdul Khalid).
"Akhirnya, orang yang sokong Abdul Khalid pun faham bahawa dalam parti politik, walaupun anda 'the best man, the best MB' tapi apabila parti mahu anda turun atau meletakkan jawatan, anda patut hormat," katanya kepada pemberita pada sidang media selepas majlis perasmian Kongres Nasional Tahunan Wanita PKR, hari ini.
Katanya, Abdul Khalid sepatutnya faham keputusan parti itu dan meletakkan jawatan dengan aman.
"Secara peribadi, kebanyakan daripada kami kecewa dengan apa yang dia (Abdul Khalid) buat selepas apa yang kita telah beri...jawatan MB, peluang untuk apa yang dia telah lakukan sebagai MB untuk parti.
"Dia sepatutnya faham dalam parti politik, apabila parti menunjukkan orang lain, dia sepatutnya meletakkan jawatannya dengan aman. Itu yang kita harap dia buat. Kami sedih hingga terpaksa melalui sampai ke tahap ini dan melakukan semua ini," katanya.
Sementara itu, beliau menolak untuk mengulas soal pilihan raya negeri (PRN) kerana Abdul Khalid tidak mempunyai kuasa untuk membubarkan Dun.
"Kita tak mahu buat spekulasi. Kita jauh daripada itu (PRN). Kerana kalau ikut Perlembagaan, tak mungkin dia boleh bubar Dun sebab kami majoriti.
"Sebenarnya dia telah ditolak daripada menjadi MB cuma proses peletakan jawatan itu belum lagi," katanya.
@ Sent From HTC ONE X
            

0 ulasan:

Catat Ulasan