Isnin, 18 Ogos 2014

HATI-HATI : KANAK-KANAK DI SARAWAK DALAM BAHAYA !!!



Kelicikan DAP dalam mengembangkan pengaruh mereka amat-amat ditakuti. Mereka akan menggunakan segala kaedah yang difikirkan perlu demi mencapai cita-cita mereka mewujudkan MALAYSIAN MALAYSIAN. Terbaru program yang mereka anjurkan semalam iaitu "Malaysia Day Colouring Contest" amat-amat membahayakan terutamanya bagi anak-anak kita.  

Program yang diadakan di MYY Mall, Lutong dan dirasmikan  oleh YB Allan Ling, Adun Piasau mensasarkan kanak-kanak berumur 6 hingga 12 tahun. Berdasarkan ucapan yang telah diberikan oleh YB Allann Ling, program ini adalah bagi menyemai semangat kenegaraan di kalangan generasi baru. Cukup bijak dan licik ucapan YB ini.

Tapi apa yang dapat diperhatikan di dalam program ini, paper bag serta piala yang disediakan diletakkan logo ubah dan roket selain burung kenyalang yang menjadi maskot ' UBAH' DAP. 





Apa perlunya DAP meletakkan logo mereka pada piala dan paper bag tersebut? Bukankah lebih IKHLAS sekiranya meletakkan bendera Malaysia ataupun bendera Sarawak pada piala serta paper bag tersebut bagi menyerlahkan semangat cintakan negara seperti apa yang diperkatan oleh YB Allan Ling.



Perkara yang berlaku ini jelas menunjukkan DAP cuba untuk menyerapkan unsur-unsur politik mereka ke dalam diri kanak-kanak yang masih mentah. Sudah pasti, sekiranya diperkembangkan ke serata negeri Sarawak program seumpama ini, Sarawak akan mempunyai satu golongan generasi yang RASIS dan BIADAP sepertimana DAP yang kita kenali kini. 





            

0 ulasan:

Catat Ulasan