Ahad, 31 Ogos 2014

NASIHAT X-IGP KEPADA PEMIMPIN POLITIK GILA


“Orang politik sekarang, mereka sendiri rakus untuk mendapat kuasa dan wujudkan pecah belah dalam negara ini. Oleh demikian, ia dilihat antara ancaman yang boleh merosakkan kegemilangan dan semangat patriotik rakyat negara.,” kata bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan.

Kerakusan individu dalam politik dilihat antara ancaman yang boleh merosakkan kegemilangan dan semangat patriotik rakyat negara.

Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan berkata, ia sekali gus menjadikan sambutan kemerdekaan menjadi semakin hambar dari tahun ke tahun.

“Semua kerana ancaman orang politik sendiri, kalau dulu cara orang politik berjuang kepada negara, bangsa dan rakyat sekali gus menjadikan negara ini terjamin keselamatananya.

Ujarnya, ancaman ini juga dilihat boleh mempengaruhi anasir lain untuk mengambil peluang merosakkan negara.

Pucuk pimpinan politik perlu mengutamakan negara dan rakyat daripada rakus untuk mendapatkan kuasa kepada diri sendiri itu paling penting.

“Semangat patriotik seharusnya dipupuk kepada generasi muda, namun dengan banyaknya politik kebencian kini, orang muda dihasut untuk membenci kerajaan atau membenci kumpulan tertentu.

“Saya berharap orang-orang politik bersatu dan mementingkan negara dan rakyat dan bangsa daripada kepentingan diri sendiri, bila bersatu, kita akan lebih kukuh dan kuat sekali gus orang takut untuk lakukan sesuatu dan merosakkan kemerdekaan negara,” jelasnya.


@ Sent From HTC ONE X
            

0 ulasan:

Catat Ulasan