Selasa, 2 September 2014

BRAVO : TUN MAHATHIR SOKONG TINDAKAN PDRM


Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, menyifatkan penahanan 156 ahli Pasukan Peronda Sukarela (PPS) di Pulau Pinang oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) sebagai tindakan yang wajar diambil.

Malah, beliau turut menyifatkan pilihan dibuat PDRM itu sebagai tepat selepas cabaran terbuka dibuat terhadap Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar, berhubung isu berkaitan status PPS.

"Di negara ini kita sudah beri tanggungjawab kepada PDRM untuk menjaga keselamatan... bagaimanapun sesetengah badan dan organisasi juga dibenarkan memohon lesen khas daripada polis untuk memantau keselamatan sesuatu kawasan, namun masih tertakluk kepada undang-undang dan peraturan ditetapkan.

"Mengandaikan bahawa peraturan kawalan keselamatan adalah di tangan mereka, itu tidak betul dan mereka tidak patut melakukan perkara sebegitu... malah mereka mencabar Ketua Polis Negara (KPN) untuk menahan mereka, maka KPN tidak ada pilihan lain selain menguatkuasakan undang-undang yang ada," katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas penahanan 156 ahli PPS di Pulau Pinang oleh PDRM kelmarin.

@ Sent From HTC ONE X
            

0 ulasan:

Catat Ulasan