Jumaat, 5 September 2014

TUN PEHIN SRI ABDUL TAIB MAHMUD : PEJUANG YANG TIADA GALANG GANTINYA



KETUA Menteri Sarawak selama lebih 30 tahun, Tan Sri Abdul Taib Mahmud seolah-olah terasing dari politik Semenanjung sekalipun pergantungan Semenanjung kepadanya sangat besar bagi pengekalan kuasa BN dari satu pilihan raya ke satu PRU.

Nasib baik Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Tun Razak tidak mempedulikan pandangan Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin Abu Bakar yang menyertai golongan chauvanis Cina dan pembangkang mahukan supaya Taib berundur kerana rasuah. Kalau tidak, Najib pun tidak jadi Perdana Menteri hari ini.

Saya kenal Taib sejak beliau menjadi Timbalan Menteri Perdagangan dan Industri Persekutuan lebih 40 tahun lalu dan ketika itu Kip Bahadun menjadi pembantu khasnya (bekas Setiausaha Kerja Umno-Allahyarham)

Apabila beliau outsmarted Abdul Rahman Yaacob bapa saudaranya yang mahu menjatuhkannya dalam pertarungan politik Sarawak, Taib keluar dengan aura kepimpinan yang gagah, ditakuti, dihormati dan disegani.

Rakyat di Semenanjung tidak bagitu tahu bahawa disebalik pelbagai tuduhan rasuah dan penyalahguaan kuasa terhadapnnya, cengkamannya yang kuat dan bijaksana dalam politik dan pentabiran Sarawak, maka Bumiputera Sarawak dapat diselamatkan, tanah tanah mereka tidak terjatuh ke mulut naga-naga Cina yang senantiasa ternganga, lapar, rakus dan tamak haloba walaupun sudah kekenyangan.

Taib menjadi benteng pertahanan kepada Bumiputera dan Islam di Sarawak bukanlah dengan penonjolan imej perkauman dan keIslaman dari kata dan perbuatan.

Taib tidak pernah menimbulkan prasangka kaum untuk mencari keyakinan di kalangan Bumiputera kerana beliau sedar keyakinan mereka terhadapnya tidak pernah berganjak.

Setiap kali menghadapi pilihan raya, orang Cina meloncat dan mengaum seperti singa lapar membuat berbagai fitnah untuk menjatuhkannya dengan sokongan dari kuasa asing yang berkepentingan dengan kekayaan Sarawak dan juga sokongan budak-budak berhingus politik di Semenanjung yang mahu dikenali sebagai juara pejuang keadilan dan demokrasi sedangkan mereka sendiri bergelumang dengan najis.

Taib memahami, menghayati dan sebati dengan sejarah negara. Beliau memanipulasi kuasanya di samping mengkayakan diri dan keluarganya tetapi beliau juga mengkayakan Bumiputera Sarawak dari suku Melanau, Melayu dan lain lain kepada taraf kehidupan yang bermaruah dan dihormati.

Mereka memberikan sokongan padu kepadanya kerana mereka dapat merasakan keadilannya dan dapat melihatnya menyelamatkan mereka.

Warisan pusaka kepimpinan yang amat bernilai yang ditinggalkan oleh Taib ialah perpaduan erat teguh kukuh Bumiputera Sarawak yang melampaui perbezaan agama, suku kaum dan adat berbanding dengan di Semenanjung yang walaupun satu kaum Melayu tetapi berpecah-belah kerana politik agama.

Politik pembangunan Sarawak yang dijalankan Taib telah meletakannya pada suatu taraf penghormatan yang tinggi di kalangan rakyat Sarawak.

Beliau berundur dengan teratur, melangkah keluar dari kuasa dengan penuh hemah dengan perhitungan untuk memastikan Bumiputera khususnya dan rakyat umumnya terus berada dalam Sarawak yang stabil, makmur dan selamat.

Beliau menjadikan dirinya seperti benang yang menarik diri dalam tepung dalam langkah berundur dan tidak berundur dalam keadaan yang berkecamuk di bawah tekanan. Legasinya adalah legasi perpaduan Bumiputera yang cemerlang dan Sarawak yang maju.

Bagi saya sebagai wartawan yang sekian lama mengikuti jejaknya, mendengar ucapan dan membaca pemikiran dan tindak tanduk politiknya,Taib bukan kepalang orang, kekuatan batinnya luar biasa, tidak sekadar anak Sarawak yang terulung dan hebat yang berkaliber untuk hanya menjadi Ketua Menteri Sarawak tetapi beliau memiliki kewibawaan gagah untuk berada pada kedudukan Perdana Menteri Malaysia.

Tetapi sayang beliau sendiri telah memilih untuk berpolitik setakat Sarawak sahaja.

Bersempena dengan pengudurannya dari kuasa, saya mengangkat tabik hormat kepadanya dengan keyakinan bahawa beliau tidak akan melakukan kesilapan politik seperti yang dilakukan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad.

Saya percaya Taib akan menjadi Yang Dipertua Negeri dan saya berdoa semoga Tan Sri Adenan Satem menggantikan beliau sebagai Ketua Menteri Sarawak, bukan kerana saya kenal dengannya, bukan kerana dia telah membaca semua buku saya (seperti yang dimaklumkannya kepada saya) tetapi kerana saya melihat tangannya adalah seperti tangan Taib Mahmud. AMIN!


Dipetik dari blog Zainuddin Maidin http://zamkata.blogspot.com

@ Sent From LENOVO IDEAPAD
            

0 ulasan:

Catat Ulasan