Ahad, 28 September 2014

LAS VEGAS MALAYSIA : JAWAPAN @PDRMsia



Ketua Polis Kuching ACP Roslam Bek menyelar Ahli Parlimen Stampin (DAP) Julian Tan agar tidak membuat kenyataan media mengenai statistik jenayah tanpa fakta yang boleh memberi tanggapan yang salah kepada orang ramai terhadap polis .

"Kenyataan MP Stampin tersebut hanya melalui berdasarkan cakap-cakap dan andaian saja tanpa memberi statistik jumlah tempat dan waktu kejadian."

"Beliau (Julian) sepatutnya lebih peka dan membantu mangsa membuat laporan polis kerana laporan tersebut adalah penting untuk dijadikan rekod dan statistik untuk pihak polis merancangkan penugasan."

Roslan mengingatkan Julian sepatutnya tampil memberi nasihat kepada penduduk setempat bagaimana untuk menjaga harta benda masing-masing dan bukan hanya menunding jari kepada polis.

Roslan memberi respon kepada kenyataan MP Stampin yang dipaparkan di akhbar Utusan Borneo (September 26, 2014) bertajuk "Jenayah Jalanan Membimbangkan".

"Tidak dinafikan jenayah tersebut memang berlaku tetapi ianya masih terkawal dan jumlah kejadian telah menunjukkan penurunan jika dibandingkan dengan tahun-tahun yang lalu," katanya sambil menambah statistik jenayah IPD Kuching jelas menunjukkan penurunan.

Menegaskan kadar pertuduhan menepati KPI yang ditetapkan setiap bulan, Roslan mendedahkan pelbagai operasi juga telah dijalankan dan tangkapan setakat ini mencecah hampir 1,000 org dan ini semuanya adalah fakta.


@ Sent From HTC ONE X
            

0 ulasan:

Catat Ulasan