Khamis, 9 Julai 2015

TERBAIK DI MALAYSIA : AHMAD MASLAN PUJI PERBADANAN PEMBANGUNAN EKONOMI SARAWAK (SEDC)


Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sarawak (SEDC) mencatat keuntungan sebelum cukai sebanyak RM56 juta dan nilai aset sekitar RM1 bilion, menjadikannya antara Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri (PKEN) terbaik di negara ini.

Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan berkata pencapaian SEDC adalah kejayaan yang sangat besar berbanding PKEN negeri lain.

“Sebagai lawatan sulung sebagai Timbalan Menteri Kewangan ke SEDC Sarawak, saya amat gembira melihat kejayaan-kejayaan yang dilaksanakan oleh perbadanan ini, sebagai contoh keuntungan sebelum cukai RM56 juta dan nilai aset lebih kurang RM1 bilion.

“Ini adalah antara kejayaan yang besar berbanding PKEN negeri lain,” katanya pada sidang media selepas mengadakan lawatan kerja ke pejabat SEDC dan mendengar taklimat pembangunan di Menara SEDC di sini semalam.

Menurutnya ketika ini SEDC sedang membangunkan tiga projek utama iaitu pembinaan sebuah hotel, jambatan pejalan kaki merentasi Sungai Sarawak (Jambatan Emas) dan selaku urus setia serta pengurus kepada Pusat Transformasi Bandar (UTC) Kuching.


TAHNIAH SEDC !!!!

            

0 ulasan:

Catat Ulasan