Jumaat, 17 Julai 2015

PESANAN CM ADENAN UNTUK RAKYAT SARAWAK


Rakyat Sarawak diingatkan untuk bersama-sama mempertahankan semangat kesatuan yang menjadi benteng kekuatan mereka selama ini.

Ketua Menteri Tan Sri Adenan Satem dalam perutusan Hari Rayanya hari ini, menegaskan tiada untungnya mereka berpecah belah danmementingkan diri atau puak sendiri.

“Sejarah Sarawak diwarnai pelbagai kejayaan sejak semangat kesatuan menjadi pegangan semua pihak merentasi agama dan bangsa,” katanya.

Menurut Adenan, ia terbukti menerusi bulan Ramadan dan Syawal yang boleh kaum Muslim kongsikan dengan pelbagai agama dan bangsa.

“Kita mampu untuk “sungkei” atau berbuka puasa bersama di masjid tanpa rasa kekok walaupun masjid adalah tempat suci bagi orang Islam. Semua dialu-alukan atas nama kesatuan rakyat Sarawak yang mengatasi segalanya,”

Bila tiba Hari Raya, katanya, ia diraikan bersama tanpa perlu bersikap eksklusif.

“Sikap bersama dalam merayakan hari perayaan adalah rahsia kestabilan Sarawak selama ini dan kita harus pertahankannya,”

Sumber : Borneo Post Online

JOM RAMAI-RAMAI KITA SERBU RUMAH TERBUKA CM ADENAN DI PUSAT KONVENSYEN BORNEO (BCCK) HARI RAYA PERTAMA DAN KEDUA.


            

0 ulasan:

Catat Ulasan