Selasa, 14 Julai 2015

LOWYAT UPDATED : SIAPA MELAYU DAN CINA NI ???


Ketika insiden kekecohan di Plaza Low Yat hangat diperkatakan, pengakuan hubungan baik seorang pengguna Facebook dengan penjual telefon bimbit di sebuah pusat beli-belah menjadi viral.

"Nama mamat (lelaki) ni Desmond. Nama manja Mok. Tempat aku beli henpon (handphone) sejak zaman berzaman. Sentiasa jual barangan berkualiti," kata pemilik akaun Facebook yang menggunakan nama Fais Al-Hajari.

Cerita Fais lagi, walaupun adakalanya dia memberi telefon bimbit daripada peniaga lain, Desmond tetap tersenyum dan mereka masih berkawan baik.

"Hubungan baik ini kekal walaupun selepas lapan tahun. Penjual telefon bimbit lain di Plaza Idaman ni (majoriti Cina) Pun baik dengan aku.

"Rahsianya? Depa (mereka) tak tipu aku. Aku tak curi barang depa. Masing-masing hormat hak masing-masing dan supportive. Aman dunia," tulisnyanya lagi.

SEBENARNYA , CERITA DI ATAS BUKANLAH BARU DIDENGARI SELEPAS INSIDEN DI PLAZA LOWYAT. CERITA SEBEGINI TELAH LAMA BERLAKU CUMA TIDAK DI WAR WARKAN KEPADA UMUM. 

CUMA AKHIR-AKHIR INI PERSAHABATAN ANTARA BERLAINAN KAUM AGAK GOYAH TERUTAMANYA DI SEMENANJUNG MALAYSIA. BANYAK FAKTOR YANG MENYEBABKAN PERKARA INI TERJADI. 

AMAT-AMAT BERSYUKUR KERANA KEHARMONIAN ANTARA KAUM DI SARAWAK INI MASIH LAGI KEKAL DARI DULU HINGGA SEKARANG. SEMOGA KEHARMONIAN INI TERUS KEKAL SELAMA-LAMANYA.

@ Sent From Samsung Note II
            

0 ulasan:

Catat Ulasan