Jumaat, 31 Julai 2015

ABDUL AZIZ ISA CUBA SEKOLAHKAN MENTERI PBB


100 HARI TUNTUT ROYALTI MINYAK SARAWAK

PBB harus berani seperti DAP dalam menuntut 20% royalti minyak daripada kerajaan Pusat pimpinan UMNO. Bukan berbincang tetapi minta terus. Apa perlu takut? Itu hak kita bukan hak UMNO cuma kesilapan tersebut telah dilakukan oleh pimpinan Sarawak ketika itu yang terlalu "baik" menyerahkan hak Sarawak kepada kerajaan pusat dalam Perjanjian Petroleum 1974. Kini, kita minta balik hak kita, tebus dosa untuk orang Sarawak. Jangan jadi BACUL!!!

Oleh itu, kita desak Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar yang baru yang juga merupakan Ahli Parlimen Santubong dari PBB iaitu Datuk Dr Wan Junaidi untuk mempercepatkan proses tuntutan 20% royalti minyak Sarawak dalam tempoh 100 HARI dari tarikh beliau mengangkat sumpah sebagai Menteri (29 September - 5 November 2015). Tolong hormat dan tunaikan pemintaan rakyat yang telah dibuat melalui persetujuan dalam Usul Tuntutan Royalti Minyak di DUN Sarawak pada tahun 2014.

Setahun hampir tiba, usul tinggal usul dan tiada 'follow-up' dari kerajaan PBB. Ini menunjukkan PBB begitu lemah dengan UMNO apabila hanya akur dengan pemberian projek bernilai RM2.1 billion kepada Sarawak sebagai ganti kepada tuntutan royalti. Siapa dapat faedah dari projek tersebut jika bukan kroni UMNO dan PBB?

Jika dalam bentuk wang, duit sejumlah RM2.1 billion tersebut boleh digunakan untuk menghapuskan kemiskinan di Sarawak, memberi pendidikan percuma, memberi perkhidmatan kesihatan percuma, membina 50,000 rumah kos rendah, menyediakan perkhidmatan bas percuma dan banyak lagi.

Dengan itu, Sarawak akan maju ke hadapan seiring dengan Selangor dan Pulau Pinang. Jika Wan Junaidi gagal selepas tempoh 100 hari, saya mendesak beliau untuk LETAK JAWATAN dan jangan bagi malu orang Sarawak. Jangan jadi 'Harapkan pagar, pagar makan padi'.

Jangan jadi PAK TURUT dan TALI BARUT UMNO!

Dipetik dari Facebook Abdul Aziz Isa

TAK TAHU NAK CAKAP APA. WALAUPUN PAHIT, ADA KEBENARANNYA.

INI BUKAN BERMAKNA AKU SOKONG PERJUANGAN ABDUL AZIZ ISA DALAM DAP. DAP TETAP MUSUH BUMIPUTRA.

@ Sent From Samsung Note II
Wechat : sarawakguerreiro
BBM Pin : 567E95DF
            

0 ulasan:

Catat Ulasan