Memaparkan catatan dengan label ABDUL AZIZ ISA. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label ABDUL AZIZ ISA. Papar semua catatan

Jumaat, 29 Januari 2016

Isnin, 3 Ogos 2015

#SIAPADIANA KANTOIKAN ABDUL AZIZ ISA ???


Prank "Siapa Diana" yang dimainkan oleh anak-anak muda di Whatapp dan Wechat yang mana turut dimainkan oleh Abdul Aziz Isa telah menyebabkan kreadibiliti Abdul Aziz Isa sebagai seorang ahli politik Muslim boleh dipertikaikan. Secara logiknya mana mungkin seorang ahli politik yang selama ini mengambil berat hal ehwal Islam terutamanya berkaitan isu pengurusan Tabung Baitulmal meneguk arak yang diharamkan dalam ajaran Islam.

Abdul Aziz Isa mungkin terlampau teruja dengan viral Prank "Siapa Diana" dan cuba mengenakan prank tersebut kepada orang yang tersayang. Berita baiknya prank itu menjadi dan berita buruknya pula terdedahlah SIAPA SEBENARNYA ABDUL AZIZ ISA.



Dari screen capture Whatapp perbualan Abdul Aziz Isa dengan seorang wanita yang boleh dianggap sebagai teman wanita Abdul Aziz Isa, Juanita Baby mendatangkan persoalan yang amat berat. Persoalan kenapa Juanita Baby terus menuduh Abdul Aziz Isa Mabok ka apa. Kefahaman biasa manusia Mabuk ni adalah Mabuk Arak. Kalau Mabuk Laut, insiden yang dinyatakan oleh Abdul Aziz Isa berlaku di daratan. Apakah Abdul Aziz Isa biasa MABUK ARAK?




DIHARAPKAN PERBUALAN INI HANYALAH GURAUAN ABDUL AZIZ ISA DENGAN TEMAN WANITANYA DAN BUKANLAH REALITI SEBENAR KEHIDUPAN ABDUL AZIZ ISA. DAN SEKIRANYA BENAR ABDUL AZIZ ISA SEORANG KAKI BOTOL, HENTIKANLAH KERANA ANDA BAKAL BERTANDING DI KAWASAN MAJORITI MELAYU/ISLAM YANG MANA PERSEPSI ORANG MELAYU/ISLAM CUKUP MEMBENCI SI PEMINUM ARAK. 


CUMA SIAPA PULAK YANG MENONGGANG BEER DI MONKEY BAR BISTRO NI ??? MUKA MACAM ABDUL AZIZ ISA TAPI DIHARAP BUKAN ABDUL AZIZ ISA.

@ Sent From Samsung Note II
Wechat : sarawakguerreiro
BBM Pin : 567E95DF





            

Jumaat, 31 Julai 2015

ABDUL AZIZ ISA CUBA SEKOLAHKAN MENTERI PBB


100 HARI TUNTUT ROYALTI MINYAK SARAWAK

PBB harus berani seperti DAP dalam menuntut 20% royalti minyak daripada kerajaan Pusat pimpinan UMNO. Bukan berbincang tetapi minta terus. Apa perlu takut? Itu hak kita bukan hak UMNO cuma kesilapan tersebut telah dilakukan oleh pimpinan Sarawak ketika itu yang terlalu "baik" menyerahkan hak Sarawak kepada kerajaan pusat dalam Perjanjian Petroleum 1974. Kini, kita minta balik hak kita, tebus dosa untuk orang Sarawak. Jangan jadi BACUL!!!

Oleh itu, kita desak Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar yang baru yang juga merupakan Ahli Parlimen Santubong dari PBB iaitu Datuk Dr Wan Junaidi untuk mempercepatkan proses tuntutan 20% royalti minyak Sarawak dalam tempoh 100 HARI dari tarikh beliau mengangkat sumpah sebagai Menteri (29 September - 5 November 2015). Tolong hormat dan tunaikan pemintaan rakyat yang telah dibuat melalui persetujuan dalam Usul Tuntutan Royalti Minyak di DUN Sarawak pada tahun 2014.

Setahun hampir tiba, usul tinggal usul dan tiada 'follow-up' dari kerajaan PBB. Ini menunjukkan PBB begitu lemah dengan UMNO apabila hanya akur dengan pemberian projek bernilai RM2.1 billion kepada Sarawak sebagai ganti kepada tuntutan royalti. Siapa dapat faedah dari projek tersebut jika bukan kroni UMNO dan PBB?

Jika dalam bentuk wang, duit sejumlah RM2.1 billion tersebut boleh digunakan untuk menghapuskan kemiskinan di Sarawak, memberi pendidikan percuma, memberi perkhidmatan kesihatan percuma, membina 50,000 rumah kos rendah, menyediakan perkhidmatan bas percuma dan banyak lagi.

Dengan itu, Sarawak akan maju ke hadapan seiring dengan Selangor dan Pulau Pinang. Jika Wan Junaidi gagal selepas tempoh 100 hari, saya mendesak beliau untuk LETAK JAWATAN dan jangan bagi malu orang Sarawak. Jangan jadi 'Harapkan pagar, pagar makan padi'.

Jangan jadi PAK TURUT dan TALI BARUT UMNO!

Dipetik dari Facebook Abdul Aziz Isa

TAK TAHU NAK CAKAP APA. WALAUPUN PAHIT, ADA KEBENARANNYA.

INI BUKAN BERMAKNA AKU SOKONG PERJUANGAN ABDUL AZIZ ISA DALAM DAP. DAP TETAP MUSUH BUMIPUTRA.

@ Sent From Samsung Note II
Wechat : sarawakguerreiro
BBM Pin : 567E95DF