Ahad, 5 Julai 2015

APA MASALAH AZIZ ISA DENGAN TABUNG BAITULMAL SARAWAK ???


Aziz Isa cukup berminat dengan Tabung Baitulmal Sarawak. Bukan sekali beliau membangkitkan hal berkaitan Islam ni, rasanya dah banyak kali semenjak beliau muncul di arena politik Sarawak.

Kalau diikutkan polisi DAP, tidak adapun menggariskan hal ehwal Islam menjadi keutamaan. Malahan mereka lebih berminat kepada Malaysia ini adalah Negara Sekular. 

Tuntutan Aziz Isa untuk mendapatkan akses kepada Laporan Kewangan Tabung Baitulmal dilihat hanya bermotifkan politik semata-mata. Apa kepentingan DAP untuk melihat laporan kewangan Tabung Baitulmal melainkan hanya akan digunakan untuk menghasut orang Islam di Sarawak. 

Walau apapun alasan Tabung Baitulmal untuk tidak memberikan Laporan Kewangan mereka kepada Aziz Isa, Aziz Isa langsung tidak berkelayakan untuk mendapatkan Laporan Kewangan tersebut. Tambah-tambah lagi Aziz Isa ini mewakili parti yang menentang negara Islam.





AMAT-AMAT DITAKUTI (MINTA DIJAUHKAN), SEKIRANYA AZIZ ISA DIPILIH MENJADI WAKIL RAKYAT, IDEA PENGGUNAAN WANG ZAKAT UNTUK ORANG BUKAN ISLAM AKAN DICADANGKAN DI SIDANG DUN SEPERTI MANA YANG PERNAH DIUSULKAN DI DEWAN UNDANGAN NEGERI SELANGOR OLEH DR. MOHD NASIR HASHIM, PRESIDEN PARTI SOSIALIS MALAYSIA PADA TAHUN 2008.

@ Sent From Samsung Note II
            

0 ulasan:

Catat Ulasan