Jumaat, 10 Julai 2015

MELAMPAU NEWS : ROGOL DI TANAH KUBUR !!!

Mangsa ketika tampil ke Balai Polis Sungai Merah

Polis menahan seorang remaja lelaki berumur 19 tahun kerana disyaki merogol budak perempuan berusia 12 tahun di sebuah tanah perkuburan di Sungai Merah, malam kelmarin.

Suspek bekerja sebagai buruh, berbangsa Melanau ditahan di tempat kerjanya di sebuah gudang penyimpanan makanan di Jalan Dik Ling Kwong pada jam 2 petang semalam.

Bertindak atas maklumat, mangsa telah dibawa ke Hospital Sibu untuk menjalani pemeriksaan perubatan.

Parut koyakan lama pada kemaluan mangsa dikesan doktor mengukuhkan lagi dakwaan bahawa budak perempuan itu menjadi mangsa rogol.

Mangsa yang berumur 12 tahun 10 bulan berbangsa Iban tampil ke Balai Polis Sungai Merah tengah hari semalam.

Menurut laporan, insiden rogol tersebut berlaku di sebuah tanah perkuburan terletak di kawasan belakang sebuah sekolah di Sungai Merah sekitar jam 9 malam kelmarin.


            

0 ulasan:

Catat Ulasan