Jumaat, 17 April 2015

TERDESAK GILA : #SARAWAK4SARAWAKIAN MUKA TAK MALU (BHGN 2)


Setelah mereka dengan tidak malunya cuba membuat onar di Festival Filem Asean [Baca Disini], sekali lagi mereka dengan MUKA TAK MALUNYA mendakwa surat yang mereka hantar kepada YAB CM Sarawak telah mendapat respon daripada YAB CM.



Dengan menggunakan Facebook Sarawak4Sarawakians, mereka mengwar-warkan bahawa YAB CM Sarawak menyokong tuntutan Akta Referendum sedangkan Pejabat Ketua Menteri Sarawak langsung tidak pernah mengeluarkan apa-apa surat atau kenyataan berkaitan perkara ini.


KETERDESAKAN SARAWAK 4 SARAWAKIAN UNTUK MENDAPATKAN SOKONGAN DARIPADA RAKYAT SARAWAK MENCERMINKAN MEREKA TIDAK MENDAPAT SOKONGAN MAJORITI DARIPADA RAKYAT SARAWAK. MEREKA SANGGUP MENGGUNAKAN CARA KOTOR MENGGUNAKAN NAMA BAIK YAB CM SARAWAK UNTUK MENDAPATKAN SOKONGAN RAKYAT SARAWAK.

YAB CM SARAWAK LANGSUNG TIDAK PERNAH MENYATAKAN SOKONGAN SECARA LISAN ATAUPUN BERTULIS TERHADAP SEBARANG KAITAN DENGAN KUMPULAN SARAWAK 4 SARAWAKIANS !!!

@ Sent From HTC Butterfly


            

Rabu, 15 April 2015

24 APRIL : TIADA KENYATAAN, MUKRIZ HANYA TUNJUK 3 GAMBAR ???


Semua mata sekarang terarah kepada Ds Mukriz Mahathir dan menanti dengan penuh debaran tarikh 24 April ini apakah pendirian MB Kedah tersebut samaada menyokong Perdana Menteri ataupun ayahanda tercinta.

Mungkinkah perkara ini terjadi pada sidang akhbar MB Kedah nanti.

" DS Mukriz : Terima kasih kepada semua yang hadir. Seperti yang saya janjikan, hari ini saya sepatutnya akan menyatakan pendirian saya samaada untuk menyokong Perdana Menteri ataupun ayahanda saya, Tun Dr. Mahathir.

Sebenarnya hari ini saya tidak akan mengulas apa-apapun. Minta maaf sekiranya menyusahkan anda semua. Saya hanya akan tunjukkan 3 keping gambar dan anda nilaikan sendiri.

1) Gambar DS Najib dan Tun Mahathir sedang lepak di rumah Tun menonton Youtube TV3 yang memaparkan seorang pemimpin UMNO sedang membelasah Tun melalui Ipad DS Najib.

2) Gambar Tun Sedang makan kacang kuda bersama DS Najib yang mengenakan baju Manchester United menonton Buletin Utama (berita berkaitan Tun dan DS Najib) di pejabat Tun.

3) Gambar Tun dan DS Najib berbincang diiringi gelak ketawa masing-masing di pejabat PM."

Gambar origional ini saya simpan. Anda semua boleh mendapatkan salinan gambar ini di kuanter hadapan. Tun Mahathir, DS Najib dan saya sendiri telahpun tandatangan gambar tersebut untuk anda semua. 

Maka berbondong-bondonglah penjilat yang punya kepentingan peribadi mencari Tun Mahathir dan meminta maaf. Lalu masing-masing membuat kenyataan media dan memuji-muji Tun Mahathir.

*** Macam cerita kartun pulak ye.

TUN MAHATHIR BUKANNYA TARAF PENJILAT TEGAR YANG HANYA TAHU LEHER DAN KANTUNG MEREKA TERJAMIN. PANDANGAN DAN IDEA BELIAU KALAU NAK DIBANDINGKAN DENGAN PIMPINAN UMNO LAIN BAK LANGIT DAN BUMI. SEGALA TINDAK TANDUK BELIAU BERSEBAB. DIULANG SEKALI LAGI SEGALA TINDAK TANDUK BELIAU BERSEBAB.

YANG MENGHAIRANKAN DAN MEMUALKAN HARI-HARI TV3 SIARKAN ORANG HENTAM TUN MAHATHIR APA KEJADAHNYA? DAN HARI-HARI JUGAK PIMPINAN UMNO CARI PUBLISITI MURAHAN MENGHENTAM TUN MAHATHIR. DAH TAK ADA KERJA LAIN KAH. KAWASAN SENDIRI TAK SELESAI-SELESAI MASALAH, LAGI MAHU MASUK CAMPUR HAL TUN M DAN DS NAJIB.

CUKUPLAH HANYA MENGELUARKAN KENYATAAN "KAMI SOKONG KEPIMPINAN DS NAJIB". TIDAK PERLU MENGUTUK SEHINGGA ASAL USUL TUN PUN KORANG NAK MAINKAN. LAGI BODOH BILA ADA PIMPINAN YANG MEMBANGKITKAN HAL YANG LEPAS, YANG LANGSUNG TIDAK MEMBERI KEUNTUNGAN KEPADA DS NAJIB DAN UMNO ITU SENDIRI.

DS NAJIB KU SANJUNGI, TUN MAHATHIR KU HORMATI.

@ Sent From HTC Butterfly
            

Selasa, 14 April 2015

DAP MASUK PETRAJAYA : MANA LAGI TEMPAT PKR MAHU BERTANDING


Pakatan Rakyat semakin hari semakin kucar kacir. Mereka seolah-olah sudah berpatah arang di antara satu sama lain. Tiada lagi yang dinamakan PAKATAN. Semuanya mementingkan diri sendiri. Mana yang boleh dipancung, meraka akan pancung. Itulah senario terkini Pakatan Rakyat Sarawak.

Setelah kawasan di Miri menjadi korban DAP dan PAS [Baca Disini], PKR kini berkemungkinan akan terlepas DUN-DUN di kawasan Petrajaya, kawasan yang menjadi antara kubu kuat mereka.

Di dalam status Facebook Abdul Aziz Isa, Pembantu Khas YB Chong Chieng Jen, dia telah dengan sengaja membangkitkan persoalan MAMPUKAH DAP MENAWAN TAMPUK PEMERINTAHAN DI PETRA JAYA?


Abdul Aziz Isa dengan SOMBONG dan BONGKAKNYA (sesuai dengan perangai ahli DAP) mengeluarkan kenyataan di atas tanpa peduli perasaan pimpinan serta ahli-ahli PKR di kawasan Petrajaya. Selain itu, Abdul Aziz Isa bertanya ADAKAH RAKYAT SARAWAK SUDAH BERSEDIA UNTUK MEMILIH DAP MENERAJUI KEPIMPINAN NEGERI ? Maknanya di sini DAP akan bertanding LEBIH BANYAK KERUSI (termasuk kerusi PKR dan PAS) untuk menjadikan pemimpin DAP KETUA MENTERI SARAWAK. 

TAHNIAH DAN SYABAS DIUCAPKAN KERANA ABDUL AZIZ ISA MEMBANTU MENGHANCURKAN PAKATAN RAKYAT SARAWAK. SEMOGA DENGAN PENGORBANAN ABDUL AZIZ ISA YANG SANGGUP DICERNA DAN DIHINA AHLI-AHLI PKR DAN PAS MEMBOLEHKAN BELIAU DICALONKAN SEBAGAI CALON DAP DUN TUPONG.

@ Sent From HTC Butterfly





            

Isnin, 13 April 2015

PKR SUDAH BOLEH DIANGGAP TIDAK WUJUD DI MIRI



Gambar di atas cumalah selingan wayang PKR untuk menutup kemarahan mereka terhadap rakan sekelambu, mimpi lain-lain mereka.

Perpecahan di dalam Pakatan Rakyat Sarawak bukan lagi satu perkara yang dapat disembunyikan lagi. Pendirian DAP Sarawak yang telah mentalak tigakan PAS Sarawak menjadi titik tolak dalam perpecahan Pakatan Rakyat Sarawak.

Berita yang dikhabarkan di Miri semalam menjelaskan bahawa memang sudah tiada PAKATAN lagi di dalam Pakatan Rakyat Sarawak. PKR yang berkampung di Hotel Telang Usan Miri sebulat suara menyatakan perasan marah dan tidak berpuas hati terhadap DAP dan PAS. DAP dan PAS didakwa cuba membolot kerusi Dewan Undangan Negeri di Miri yang sebelum ini menjadi kubu keramat PKR.

PAS Sarawak yang baharu sahaja memanggil Presiden PAS Pusat ke Sarawak telah menyatakan bahawa mereka akan bertanding di DUN Bekenu, Lambir dan Senadin. Manakala DAP telah mengwar-warkan akan bertanding di DUN Senadin dimana mereka akan meletakkan ayam tambatan mereka di situ iaitu Lim Su Kien. Mana lagi kerusi yang hendak PKR tandingi kalau semuanya telah dirampas oleh DAP dan PAS. Sudahlah mereka sebelum ini mengharapkan jentera DAP dan PAS untuk berkempen.

NAMPAKNYA SEMENJAK KETUM MEREKA MASUK DALAM, PKR TIDAK LAGI DIHORMATI OLEH DAP DAN PAS. DIPERCAYAI BUKAN SAHAJA KERUSI-KERUSI PKR DI MIRI MENJADI MANGSA RATAHAN DAP DAN PAS, LAIN-LAIN KERUSI YANG DIPERUNTUKKAN KEPADA PKR SEBELUM INI PUN AKAN DIRAMPAS JUGA.

IMPIAN UNTUK MENJADIKAN SALAH SEORANG PIMPINAN PKR SARAWAK SEBAGAI KETUA MENTERI SARAWAK SEKIRANYA MENANG (JAUH PANGGANG DARI API) TELAHPUN TERKUBUR. HENDAK MENGHARAPKAN PENGARUH PIMPINAN PKR SARAWAK, MEREKA SEMUA KINI DIANGGAP SEAKAN SEMUT OLEH PIMPINAN DAP DAN PAS SARAWAK.

SAYONARA PKR


@ Sent From HTC Butterfly
            

Ahad, 12 April 2015

TERDESAK GILA : #SARAWAK4SARAWAKIAN MUKA TAK MALU


Penganjuran Anugerah dan Festival Filem Antarabangsa ASEAN (AIFFA) 2015 cuba dicemari oleh individu yang dipercayai ahli Sarawak For Sarawakian (S4S) (Referendum).

Sewaktu Gala Night AIFFA di Borneo Convention Centre Kuching (BCCK) pada malam semalam individu yang menggenakan pakaian S4S menunggu di depan pintu dewan dan cuba mempromosikan baju kepada hadirin yang hadir. Agak malang bagi individu tersebut, tiada seorang pun yang mempedulikan dia.


Mungkin individu ini cuba untuk mencari selibriti seperti Jackie Chan untuk mendapatkan promosi percuma S4S agar dia boleh mengambil gambar dan seterusnya memuatnaik di media sosial dengan caption  JACKIE CHAN SUPPORT SARAWAK FOR SARAWAKIAN. 

#IDEALAPUK

@ Sent From HTC Butterfly
            

Jumaat, 10 April 2015

FITNAH LAGI : PENULIS MALAYSIAKINI SENGAJA BERMAIN API


Selepas memutarbelit kenyataan CM Adenan sebelum ini [Klik Sini], sekali lagi Joseph Tawie, penulis Malaysiakini cuba untuk memporak-perandakan negeri Sarawak dengan penulisan yang boleh dikatakan hasutan yakni cuba membangkitkan perasaan "anti semenanjung" di kalangan pembaca Malaysiakini dari rakyat Sarawak.

Daripada sumber dalaman RELA Sarawak, Sarawak mempunyai 33 buah pejabat RELA Daerah yang setiap satunya diketuai oleh seorang pegawai. Daripada jumlah yang disebutkan tadi, seramai 26 orang pegawai adalah anak Sarawak manakala 5 orang pegawai merupakan orang Semenanjung yang telah bermastatutin di Sarawak (berkahwin dengan orang Sarawak). 

Hanya 2 orang pegawai baru dari Semenanjung yang bertugas dengan RELA Sarawak.Perkara ini terjadi disebabkan tiada lagi anak-anak Sarawak yang berada di Semenanjung ataupun Sabah untuk dipindahkan ke Sarawak. 

Adakah kerana 2 orang PEGAWAI RELA DARI SEMENANJUNG, terus Joseph Tawie menggambarkan seolah-olah jawatan pegawai RELA di Sarawak dimonopoli oleh orang Semenanjung. 

Isunya disini, kenapa Joseph Tawie mengsensasikan berita ini ? Tidakkah sebelum menulis berita ini, Joseph Tawie perlu mengesahkan maklumat dari sumber beliau dengan pihak RELA ? Di manakah etika kewartawanan beliau sebagai seorang wartawan ?

Oh lupa... Malaysiakini memang PORTAL PUTAR ALAM.

@ Sent From HTC Butterfly


            

Sabtu, 4 April 2015

KETERDESAKAN ZULHAIDAH SUBOH UNTUK POPULAR


Agak lama rasanya kita tidak mendengar atau melihat kelibat Zulhaidah Suboh di ALAM NYATA ataupun ALAM MAYA. Mungkin kesibukan sebagai Timbalan AMK Sarawak membuatkan beliau jarang sekali dilihat memanaskan politik Sarawak.

Untuk rekod, nama Zulhaidah Suboh panas seketika bila dia orang yang pertama ditangkap berkaitan pemakaian baju BERSIH di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching pada 4 Julai 2011. Selepas insiden itu jarang benar kita mendengar nama Zulhaidah Suboh.



Baru-baru ini Zulhaidah Suboh telah mengetuai satu Flashmob membantah pelaksanaan GST di tepi jalan Pujut-Miri berhadapan dengan Bintang Megamall, Miri. Agak malang bagi Zulhaidah Suboh, program yang di atur GAGAL untuk menarik ribuan penduduk Miri untuk bersama-sama dengan dia. Hanya 4 orang sahaja yang sanggup bersama-sama dia dalam program tersbut. Itupun salah seorang daripada peserta flashmob tersebut merupakan anak lelaki dia.

NAMPAKNYA PLAN ZULHAIDAH SUBOH UNTUK POPULAR DAN NAMANYA MENITI DI BIBIR PIMPINAN PKR NEGERI DAN PUSAT TIDAK BERJAYA. PELUANG UNTUK DICALONKAN SEMULA SEBAGAI CALON UNTUK PRN SARAWAK AKAN DATANG DILIHAT AGAK MALAP DAN MENJURUS KE ARAH TIDAK TERPILIH.

DISINI SARAWAK GUERREIRO NAK BAGI TIPS SEDIKIT KEPADA ZULHAIDAH SUBOH SUPAYA NAMA ANDA SENTIASA MENITI DI BIBIR PIMPINAN PKR. 


DR.TEO YANG MENJADI MUSUH ANDA SEMASA PEMILIHAN AJK PKR MIRI KINI MENJALANKAN PENGGUGURAN HARAM. SEKIRANYA ZULHAIDAH SUBOH DAPAT MEMBONGKAR PERKARA INI KEPADA PIMPINAN PKR, SUDAH PASTI DR. TEO AKAN DIGUGURKAN DAN PKR MIRI ZULHAIDAH SUBOH YANG AKAN PUNYA. KAN SENANG CARA TERSEBUT. SARAWAK GUERREIRO BANTU FREE NI.

@ Sent From HTC Butterfly



            

Khamis, 2 April 2015

SUNGGUH SADIS : KISAH SEGELINTIR RAKYAT MALAYSIA


1. Segelintir Rakyat Malaysia mahu Pendidikan percuma seperti di Norway – tetapi Norway mempunyai 25% GST

2. Segelintir Rakyat Malaysia mahu Tidak ada GST seperti di Hong Kong – tetapi Hong Kong adalah antara negara yang mempunyai ketidaksamarataan pendapatan yang paling tinggi di dunia dengan bacaan indeks Gini 0.537 berbanding dengan bacaan indeks Gini Malaysia iaitu 0.431 pada tahun 2012 (merosot daripada 0.441 pada tahun 2009)

3. Segelintir Rakyat Malaysia mahu Kesamarataan pendapatan yg baik seperti Denmark dengan bacaan indeks Gini 0.21 – tetapi Denmark adalah antara negara yg mempunyai harga petrol tertinggi, 1.50 Euro atau RM 6.32 per liter.

4. Segelintir Rakyat Malaysia mahu Harga petrol terendah di dunia seperti Venezuela – tetapi kadar inflasi Venezuela adalah yg tertinggi di dunia, iaitu 62% setahun

5. Segelintir Rakyat Malaysia mahu Kadar inflasi yg paling rendah di dunia seperti Jepun yg mempunyai kadar inflasi negatif selama bertahun-tahun – tetapi matawang Jepun telah jatuh kira-kira 40% berbanding Ringgit Malaysia semenjak 2 tahun yg lalu.

6. Segelintir Rakyat Malaysia mahu Penukaran kadar yg tinggi seperti Singapura – tetapi Singapura mempunyai harga kereta yg paling tggi dlm dunia di mana harga sebuah kereta MyVi mencecah sehingga $87k atau RM225k berbanding di Malaysia hanya RM41k sahaja

7. Segelintir Rakyat Malaysia mahu Harga kereta serendah di Brunei – tetapi Brunei tidak ada demokrasi

8. Segelintir Rakyat Malaysia mahu Sedemokrasi seperti di India, yg terkenal sebagai negara demokrasi terbesar di dunia – tetapi India mempunyai kadar korupsi yg tinggi berbanding Malaysia

9. Segelintir Rakyat Malaysia mahu Tiada korupsi atau 0 korupsi seperti Finland – namun Finland kini berada di ambang kejatuhan atau “lost decade” dan mengalami nilai pembangunan ekonomi negatif atau 0

10. Segelintir Rakyat Malaysia mahu Pembangunan ekonomi setinggi Myanmar yg sekarang ini sedang meningkat dgn nilai GDP melebihi 7% – namun demikian Myanmar mempunyai byk konflik agama dan bangsa dan mengakibatkan byk kematian.

*Belajar makna SYUKUR dlahir,dbesar,ddidik,dberi,mencari rezeki & berIbadah diBumi Malaysia.

@ Sent From HTC Butterfly
            

BILA ORANG TAK TAHU GEOGRAFI SARAWAK BERBICARA


Sarawak merupakan negeri yang paling besar dan luas di Malaysia. Keadaan muka bumi Sarawak masih segar dilitupi hutan belantara dan bukit serta sungai-sungai yang lebar.


Bila ada orang cuba mempertikaian pergerakan YAB Perdana Menteri dan VVIP sewaktu perasmian Lebuhraya Pan Borneo (diramal orang itu bukan penduduk Sarawak) kerana menggunakan perkhidmatan udara (helikopter) dan bukannya jalan darat amatlah dangkal.

YAB PM sewaktu hari perasmian tersebut mempunyai 4 program. Sekiranya tiada bantuan perkhidmatan pengangkutan udara, sudah pasti masa yang diambil akan menjadi lama. Setelah tamat program di Sarawak, YAB Perdana Menteri terus bergegas balik ke Kuala Lumpur untuk program seterusnya.

Sebagai seorang Perdana Menteri, beliau bukanlah mempunyai banyak masa untuk berada di sesuatu tempat. Banyak program dan undangan, rasmi dan tidak rasmi yang perlu beliau hadiri.

Jika perkara ini pun menjadi modal politik pihak pembangkang, rasanya mereka telahpun kehabisan modal untuk dipolitikkan. Maka Barisan Nasional khasnya BN Sarawak sudah boleh menarik nafas lega menghadapi PRN yang akan datang.

@ Sent From HTC Butterfly
            

Rabu, 1 April 2015

GST : JADI PENGGUNA BIJAK, JAHANAMKAN PENIAGA PENIPU !!!


Hari ini, hari pertama cukai barangan dan perkhidmatan (GST) dikuatkuasakan, dan beberapa hari seterusnya, mari kita masuk pasar raya, kedai, farmasi dan sebagainya, periksa harga barang dan bayaran. Apakah mereka patuh dengan peraturan?
Kalau mereka langgar peraturan, cuba menangguk di air keruh, jangan tangguh, terus adu pada pihak berkuasa. Buangkan perkataan ‘tidak apa’ daripada album fikiran kita.

Kelmarin, kerajaan sekali lagi memberi jaminan bahawa mereka tidak bertujuan membebankan rakyat dengan GST.

Kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, ia bagi menambahkan hasil negara dan untuk kebaikan rakyat.

Janji kerajaan memang bagus, tetapi baik juga kita periksa sebab banyak perkara kurang jelas atau tidak dapat disahkan, apa lagi dengan berlegarnya bermacam cerita fakta dan auta berkaitan kedudukan harga barang dengan wujudnya GST.
Ada yang betul, ada yang auta, ada yang sinis, ada yang sindir dan ada berbaur fitnah.

Kali ini pengguna mesti serius. Jangan ambil sikap tidak apa macam dahulu. Tidak guna marah dan merungut barang naik harga, tapi tidak buat aduan, tidak main peranan berkesan, bahkan tolong majukan lagi perniagaan pihak yang naikkan harga.
Kita jangan lagi bersikap apati apabila berhadapan dengan kenaikan harga barang, bahkan pandang ringan apa sahaja perkara tidak baik yang berlaku di hadapan mata kita.

Kalau begitulah sikap kita, sampai bila pun kita tidak dapat tolong pihak berkuasa menangani masalah peniaga, pengguna dan harga melampau, bahkan secara sedar atau tidak ia bebankan diri kita sendiri.

Jika kita biarkan keadaan berlaku demikian, jangan salahkan peniaga, pihak berkuasa atau kerajaan. Salahkan diri kita sendiri sebab kita tidak bertindak bijak dan secara berkesan.

Sementara itu, sekalung bunga wajar kita berikan kepada beberapa pengusaha pasar raya yang sanggup menyerap GST untuk kepentingan pengguna. Peniaga seperti ini patut terus disokong pengguna dan harus  dicontohi oleh lebih ramai peniaga.

Antara barang yang rapat dengan kita yang dikatakan naik harga ialah telefon bimbit kerana kerajaan memansuhkan cukainya sebelum ini. Jadi kalau harga sebuah telefon bimbit RM500 ia akan jadi RM530 sekarang sebab kena tambah 6 peratus.
Untuk tambah kredit, anda bayar kadar sedia ada, iaitu 6 peratus yang sudah pun dikenakan di bawah cukai jualan dan perkhidmatan (SST).

Harga perabot patut turun sewajarnya kerana sebelum ini cukai di bawah SST adalah 15 peratus. Sekarang cuma 6 peratus.

Juga kita dimaklumkan barang-barang asas dan hampir 4,000 jenis ubat utama tidak kena GST. Maka patutnya ia kekal dengan harga lama.  Kita gembira jika banyak lagi barang dikekalkan harga, kalau pun tidak turun.

Jadi marilah kita terus menjadi pengguna yang bijak, berjimat. Jangan sekali-kali jadi pengguna yang suka ikut nafsu.

Kita bukan sahaja perlu jauhkan diri daripada peniaga yang suka mengaut untung secara haram, bahkan laporkan kegiatan tamak mereka itu kepada pihak berkuasa.


@ Sent From HTC Butterfly
            

Selasa, 31 Mac 2015

LEBUHRAYA PAN BORNEO : SATU LAGI 'JANJI DITEPATI' BARISAN NASIONAL



Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini melancarkan pembinaan Lebuh Raya Pan Borneo Sarawak sepanjang 1,076 kilometer (km) menghubungkan Tanjung Datu, Lundu sehingga Merapoh, Lawas. Lebuh raya menelan kos RM15 bilion itu akan dibina dalam tiga fasa iaitu fasa pertama melibatkan laluan Nyabau-Bakun sejauh 43 km bermula Mac ini dan dijangka siap pada akhir 2017. Fasa kedua Tanjung Datu-Sematan-Miri sejauh 780 km termasuk jalan baharu Tanjung Datu-Sematan, 40 km (bermula pertengahan 2016 hingga pertengahan 2023) manakala fasa ketiga pula dari Tedungan Merapok-Sindumin, Limbang-Lawas sejauh 96 km (pertengahan 2018 hingga pertengahan 2023).





Ketua menteri Sarawak Tan Sri Adenan Satem juga menyentuh mengenai pelaksanaan projek lebuh raya Pan Borneo yang merupakan janji yang lama dinanti-nantikan rakyat Sarawak. 

"Ia akan menjadi projek kejuruteraaan terbesar pernah dilaksanakan di Sarawak," katanya.

Adenan berkata sebaik sahaja projek itu siap, ia akan membuka lebih banyak peluang ekonomi untuk Sarawak dan Sabah.

"Kami menjangkakan menjadi sama, daripada segi pembangunan, dengan semenanjung, dalam tahun-tahun akan datang," katanya sambil menambah bahawa Sarawak kini berada di landasan untuk menjadi negeri perindustrian.

Beliau berharap kontraktor Sarawak yang dilantik melaksanakan projek lebuh raya untuk menyahutnya sebagai satu cabaran dan menunjukkan kualiti kerja yang setanding dengan rakan mereka di semenanjung.

SEMOGA DENGAN TERBINANYA LEBUHRAYA PAN BORNEO INI, RAKYAT DI NEGERI SARAWAK DAPAT MENGECAPI PEMBANGUNAN YANG LEBIH PANTAS DAN LONJAKAN EKONOMI SELARI DENGAN APA YANG RAKYAT SARAWAK INGINKAN. SOKONGAN KEPADA YAB KETUA MENTERI SARAWAK DAN BARISAN NASIONAL HENDAKLAH DITERUSKAN DEMI KEMAJUAN YANG BERTERUSAN DI NEGERI SARAWAK.

YANG PALING PENTING, LEBUHRAYA PAN BORNEO INI TIADA TOL

@ Sent From HTC Butterfly
            

Isnin, 30 Mac 2015

GST : SIAPA YANG UNTUNG SEBENARNYA ???


Seramai 5,000 sukarelawan sahabat Majlis Belia Malaysia (MBM) akan melakukan pemantauan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) bermula Rabu ini di seluruh negara.

Presiden MBM, Mu'amar Ghadafi Jamal Jamaludin berkata, pemantauan tersebut akan dilaksanakan bersama pegawai penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK). 

Sukarelawan itu akan juga memberi maklumat kepada orang ramai mengenai GST, katanya ketika sidang media mesyuarat Dewan Tertinggi MBM di sini, semalam. 

Mu'amar berkata, ia juga bagi membolehkan pengguna peka dan membuat aduan sekiranya terdapat mana-mana kedai yang menaikkan harga barang yang tidak termasuk dalam senarai persijilan GST. 

MBM akan menyerahkan maklumat dan aduan yang diterima kepada pihak berkuasa.


JADI TIDAK PERLULAH RASANYA PENGGUNA MERASA TAKUT DENGAN GST SEHINGA MEMBORONG BARANGAN KEPERLUAN HARIAN. PERKARA INI SEBENARNYA MENGUNTUNGKAN PENIAGA KERANA BOLEH CLAIM SST DENGAN KERAJAAN. YANG RUGINYA KERAJAAN KERANA MEMBAYAR BALIK SST UNTUK STOK BULAN INI.




KEPANIKAN RAKYAT TERHADAP GST, MEMBERI PELUANG KEPADA PENIAGA HAPRAK MENGAMBIL KESEMPATAN DENGAN MENAIKKAN HARGA BARANGAN. FIKIRKANLAH BERAPA KALI GANDA PENIAGA HAPRAK INI UNTUNG. DAHLAH MEREKA CEKIK PENGGUNA, LEPASTU MEREKA CEKIK KERAJAAN MELALUI CLAIM SST.

PERCAYALAH, KERAJAAN MEMPERKENALKAN GST ADALAH BAGI MENINGKATKAN PENDAPATAN NEGARA DAN SETERUSNYA MEMBOLEHKAN KERAJAAN MEMBAYAR GAJI YANG LEBIH TINGGI SERTA MEMPERLUASKAN PELUANG-PELUANG PEKERJAAN. SUDAH PASTI INI SEMUA UNTUK MENSEJAHTERAKAN RAKYAT.

SEKIRANYA GST LEBIH MEMBURUKKAN SITUASI NEGARA , KITA PUNYA PILIHAN UNTUK MENUKAR KERAJAAN. KITA BAGI PELUANG KEPADA ANWAR IBRAHIM & THE GENG MEMERINTAH MALAYSIA. 

OPSSS...BUKANNYA ANWAR IBRAHIM PUN AKAN BUAT GST KE KALAU MEMERINTAH MALAYSIA.

@ Sent From SAMSUNG NOTE 4
            

Ahad, 29 Mac 2015

BENAR KATA CM ADENAN SATEM : Ada mata BUTAK ! Ada telinga BENGAL ! Ada mulut BISUK !


Ada mata BUTAK ! Ada telinga BENGAL ! Ada mulut BISUK !

Ayat di atas adalah ayat keramat YAB Ketua Menteri Sarawak. Beliau melemparkan kata-kata tersebut bukan hanya untuk saja-saja, tetapi ada kebenarannya.



Melihat sahaja Tanah Perkuburan Islam Samariang, kita sudah tahu itulah antara tanah perkuburan Islam utama rakyat di sekitar Kuching. Tapi apa yang menyedihkan TANDAS yang tidak disengara dengan baik menyebabkan orang yang hendak menggunakan tandas tersebut, terpadam niatnya.

Memang bukan kerja YB berkenaaan, ataupun parti tertentu untuk menyelenggarakan kebersihan dan keselesaan penggunaan tandas ini. Tapi sikap ambil tahu masalah rakyat perlu ada pada setiap pemimpin terutamanya pemimpin Islam. Rasanya ada rumah YB yang bertaraf Menteri Pusat dan Menteri Sarawak yang tinggal berdekatan dengan tanah perkuburan tersebut. Tak kan tak pernah hadir ke tanah perkuburan tersebut dan melihat kekurangan yang ada di situ.

Lagipun tidak rugi rasanya kalau YB Islam di kawasan berkenaan menyumbangkan kudrat untuk membina fasiliti yang lebih baik. Bila tiba masanya, keluarga mereka pun akan menggunakan fasiliti tersebut.

JANGAN SAMPAI PIHAK DAP PULAK YANG MEMBINA TANDAS INI MELALUI IMPIAN SARAWAK MEREKA. MALU WOIIIII.....

@ Sent From SAMSUNG NOTE 4

            

Jumaat, 27 Mac 2015

KISAH SEBENAR PELAJAR DI ISLAM KAN DI SMK LUTONG


"Paling penting, murid perempuan itu tidak pernah dipaksa memeluk Islam, dia masih beragama Kristian, dia secara sukarela datang berjumpa guru-guru berkenaan untuk menyatakan minatnya terhadap Islam sebelum bermulanya cuti persekolahan selama seminggu baru-baru ini,"


@ Sent From SAMSUNG NOTE 4
            

PETISYEN DITOLAK, ANWAR BEREHAT 5 TAHUN ???


Lembaga Pengampunan telah melupuskan (disposed) petisyen dari keluarga Datuk Seri Anwar Ibrahim dan ia nampaknya bukan satu berita baik untuk ketua pembangkang itu.

Bagaimanapun, peguam Anwar N Surendran tidak mahu mendedahkan apa keputusan tersebut, sementara menunggu pengesahan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada hari Rabu.

Ketika ditemui, Peguam Kanan Persekutuan Amarjeet Singh memberitahu pemberita petisyen itu telah dtolak, dan dengan itu, kedudukan perlembagaan adalah jelas mengenai perkara itu.

Tambahnya, afidavit yang dibuat oleh Ketua Pengarah Bahagian Undang-Undang, Jabatan Perdana Menteri telah dihantar kepada pemohon.
Ketua pengarah adalah sebahagian daripada urus setia Lembaga Pengampunan, yang dipengerusikan oleh Yang di-Petuan Agong.

Dengan ini, permohonan Anwar untuk mendapatkan pengampunan mungkin akan ditolak dan dia perlu menjalani hukuman lima tahun penjara selepas disabitkan atas tuduhan liwat.
Ini juga bermakna bahawa kerusi Parlimen Permatang Pauh yang diwakilinya akan diisytiharkan kosong tidak lama lagi.


JIKA INI BERLAKU, MAKA KITA AKAN MENYAKSIKAN KETUM AKAN BEREHAT SELAMA 5 TAHUN DI PENJARA SG BULOH. DAN KITA TURUT AKAN MENYAKSIKAN KEKOSONGAN KERUSI PARLIMEN PERMATANG PAUH.

DIUCAPKAN SELAMAT BERISTIREHAT SAUDARA ANWAR DAN JUMPA ANDA KEMBALI 5 TAHUN AKAN DATANG. SEMOGA, SELEPAS MENJALANI PAKEJ PELANCONGAN INI, ANDA FOKUS PADA KELUARGA TERUTAMANYA CUCU ANDA YANG TELAH KETIADAAN BAPA.



@ Sent From SAMSUNG NOTE 4