Rabu, 30 Julai 2014

MENGAPA ANDA HARUS SOKONG MCDONALD'S

Saya dimaklumkan tidak ada satu entiti atau individu yang memiliki saham melebihi 10 peratus. Ingin saya jelaskan royalti, sebanyak lima peratus itu diberikan sebagai balasan untuk menjalankan perniagaan ini. Apa yang perlu diingat adalah lebih 90 peratus daripada pulangan akan kembali semula ke Malaysia dalam pelbagai bentuk. Boikot ini pada saya menutup rezeki anak tempatan untuk bekerja dengan syarikat berjenama besar antarabangsa, kita tidak seharusnya menutup peluang buat anak tempatan untuk bersaing dan berjaya di syarikat ternama," Wan Mohd Zam Wan Embong, Pengerusi Jawatankuasa Halal Dalaman McDonald’s Malaysia.
@ Sent From HTC ONE X
            

Selasa, 29 Julai 2014

INI BARU NEGERI BERKEBAJIKAN !!!

Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Adenan Satem akan memanggil satu mesyuarat bagi membincangkan jenis bantuan yang boleh dihulur kepada keluarga mangsa tragedi pesawat Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH17, yang terhempas di timur Ukraine.
"Kami akan melihat apa yang boleh kami bantu terutama keluarga mangsa MH17 dari Sarawak. Saya tidak boleh memberikan butirannya sekarang," katanya kepada pemberita pada majlis rumah terbuka di Pusat Konvensyen Borneo Kuching, hari ini.
Sementara itu, Presiden Parti Rakyat Sarawak, Tan Sri James Jemut Masing, berkata ketika masyarakat meratapi tragedi MH17, insiden yang berlaku kepada sebuah lagi pesawat MAS iaitu Penerbangan MH370 juga tidak boleh dilupakan.
"Ketika kita berdoa kepada mangsa MH17, jangan pula kita lupakan mangsa MH370. Kita tahu apa yang berlaku terhadap MH17 tetapi apa yang berlaku terhadap MH370?
"Jadi marilah kita sama-sama berdoa untuk MH370 juga," kata Masing, yang juga Menteri Pembangunan Tanah Sarawak. - BERNAMA
@ Sent From HTC ONE X
            

PENCARUM PERKESO : KETAHUI HAK ANDA !!!

Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) mengakui sebahagian besar pencarumnya tidak mengetahui hak mereka.
Timbalan Pengarah Perkeso Selangor, Zainal Ismail berkata, pencarum turut layak menerima pencen meskipun sudah berhenti kerja.
“Andai kata seorang pekerja itu sudah berhenti atau bekerja sendiri tapi masih berumur di bawah 60 tahun jika mereka sakit, kemalangan hingga hilang anggota badan, mereka layak menerima skim pencen ilat walaupun dia tidak mencarum lama,” katanya kepada Sinar Harian Online.
Menurutnya, Perkeso turut membantu dari segi kos perubatan seperti dialisis dan bantuan peralatan pemulihan.
“Jadi, mana-mana pekerja yang ada kematian, sakit yang teruk, kemalangan atau apa-apa jenis penyakit yang membuatkan dia tidak boleh bekerja, boleh hubungi kami dan kami akan semak untuk lihat kelayakan bagi skim pencen ilat.
“Untuk kematian, memang kita akan bagi pencen tapi kalau lumpuh, kita bukan setakat bagi pencen malah juga beri alat bantuan seperti kerusi roda, tongkat atau kalau perlukan dialisis.
"Kita cuba bantu supaya keluarganya tidak terbeban dan dia pun boleh hidup selesa hingga akhir hayatnya,” katanya.
Katanya, pencen skim ilat boleh diwarisi meskipun pencarumnya sudah meninggal dunia ketika berusia 100 tahun.
“Sekiranya penerimanya meninggal walaupun ketika itu dia berusia 100 tahun, pencen itu boleh diwarisi oleh warisnya. Ramai orang tak tahu tentang perkara ini.
“Ini bentuk kebajikan yang kami pulang balik kepada pencarum.
"Kita mahu menjaga kebajikan pekerja dan orang yang ditanggungnya,” katanya.
            

BERITA YANG AKAN MEMBUATKAN NAJIB MENANGIS !!!

Kemelut dalam Pakatan Rakyat dilihat banyak pihak semakin meruncing dan tarikh 10 Ogos nanti akan menjadi penentu kesudahan kerjasama PAS, DAP dan PKR.
Penganalisis politik, Ibrahim Suffian berpendapat, gabungan parti pembangkang itu bergantung nasib kepada keputusan mesyuarat PAS Pusat pada 10 Ogos nanti.
Katanya, keputusan sama ada PAS akan menyokong pendirian PKR untuk menggugurkan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim akan menentukan masa depan Pakatan Rakyat.
"Isu Tan Sri Khalid ini bukan hanya sekadar isu menukar menteri besar tetapi ia juga melibatkan kerjasama antara PAS, DAP dan PKR.
"Kemungkinan akan berpecah itu ada dan sangat besar kerana PAS dilihat tidak bersetuju dengan pendirian yang telah dibuat oleh Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat.
"Jika dalam mesyuarat PAS Pusat 10 Ogos nanti PAS kekal dengan pendirian mahu Tan Sri Khalid kekal sebagai menteri besar Selangor, besar kemungkinan Pakatan Rakyat akan berpecah," katanya kepada Astro AWANI.
Katanya, biarpun ada pandangan dalam PAS yang mahu supaya Abdul Khalid melepaskan jawatannya, namun pada akhirnya ia akan bergantung kepada keputusan Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Jelas beliau, disiplin dalam parti itu sangat tinggi, setiap ahli telah dididik supaya patuh kepada keputusan yang telah dibuat oleh pemimpinnya terutama presiden.
"Untuk memastikan keputusan PAS selari dengan kemahuan Pakatan Rakyat, maka perlu ada pihak yang terpaksa memujuk Hadi Awang supaya bersetuju dengan cadangan menukar Tan Sri Khalid.
"Jika tidak, kita akan melihat PAS kembali seperti duhulu menjadi parti yang kuat di Pantai Timur terutama di Kelantan," katanya.
Pandangan sama diberikan oleh beberapa pemimpin PAS yang melihat parti itu semakin menunjukkan sikap sukar untuk bekerjasama.
Portal berita The Malaysia Insider sebelum ini melaporkan terdapat pemimpin PAS yang menjangkakan Pakatan Rakyat munkin berpecah selepas sambutan Hari Raya Aidilfitri berikutan tindakan Abdul Hadi menidakkan keputusan Majlis Pimpinan gabungan pembangkang itu yang sudah bersetuju supaya Abdul Khalid digantikan dengan calon lain dari PKR sebagai menteri besar Selangor.
Laporan itu memetik sumber yang didakwa pemimpin tertinggi PAS yang dilaporkan sebagai berkata kumpulan yang menyokong keputusan Pakatan Rakyat dalam isu penggantian menteri besar Selangor terdiri daripada kumpulan profesional manakala yang mahu Khalid terus kekal adalah dari kumpulan konservatif Dewan Ulama dan Pemuda parti itu.
"Nampak gayanya PR akan berpecah selepas Aidilfitri ini. Nampak kuat sangat ke arah itu. Hadi langgar keputusan mesyuarat PAS dan PR yang beliau sendiri tidak hadir," The Malaysian Insider memetik sumber yang didakwa pemimpin kanan PAS.
Sumber : Awani
@ Sent From HTC ONE X
            

Ahad, 27 Julai 2014

AHLI PAS WAJIB BACA !!!


Saya pada mulanya tidak berhasrat untuk mengulas isu Menteri Besar Selangor memandangkan kita sekarang sedang berada di 10 akhir Ramadhan yang entah sempat atau tidak kita bersua dengan Ramadhan di tahun hadapan. Sewajarnya tempoh terbaik di bulan yang terbaik ini digunakan dengan sepenuh tumpuan untuk kita menggandakan amal ibadat agar dikurniakan ganjaran yang terbaik oleh Allah SWT.


Bagaimanapun, saya ditanya bertubi-tubi terutama oleh pihak media sejak dua hari lepas khususnya apabila keluar kenyataan Dato Seri Tuan Guru Presiden PAS yang mempertahankan Tan Sri Khalid Ibrahim selaku Menteri Besar Selangor. Ramadhan yang sepatutnya digunakan untuk masing-masing menumpukan perhatian kepada ibadah menjadi masa untuk kita berpolemik. Seolah-olah kenyataan Tuan Guru Presiden itu tidak memadai, maka saya terus diasak untuk mengeluarkan pula kenyataan.

Saya membaca kenyaaan Tuan Guru Presiden dan sepenuhnya saya menyokong kenyataan beliau. Saya sebagaimana banyak pihak di negara ini turut tertanya-tanya, atas silap dan salah manakah Tan Sri Khalid ingin digugurkan dari jawatan Menteri Besar? Setelah satu penggal beliau memimpin dengan cemerlang sehingga di dalam pilihanraya umum yang lepas, prestasi Pakatan Rakyat di Selangor semakin meningkat dan beliau dikekalkan di atas kerusi Menteri Besar, tiba-tiba hari ini beliau ingin digugurkan. Sudah tentu persoalan yang berlegar ialah, adakah tiba-tiba beliau menjadi mundur dalam prestasi gerak kerjanya?

Barangkali beliau ada salah dan silap tidak dapat dinafikan, namun adakah ia sehingga menyebabkan beliau wajar digugurkan? Saya kira persoalan ini perlu diselesaikan terlebih dahulu di meja rundingan Pakatan Rakyat, barulah kita bercakap soal pengganti. Jika tangga pertama pun masih belum dipijak, janganlah pula tergesa-gesa melangkah ke tangga kedua, bimbang nanti kepala tersadung lantai.

PAS ini ada nakhodanya iaitu Tuan Guru Presiden. Saya penuh yakin beliau mendapat maklumat yang cukup sebelum mengeluarkan kenyataan. Saya sendiri turut mendapat maklumat dari banyak pihak yang sebahagiannya tidak perlu untuk saya jelaskan di sini. Cukuplah untuk saya menyatakan bahawa, buat masa ini, ahli PAS hendaklah meletakkan keutamaan ketaatan kepada apa yang telah dinyatakan oleh Tuan Guru Presiden. Benar, nakhoda barangkali tersalah, tetapi jika anak kapal pula beramai-ramai ingin menjadi nakhoda, barang tentu bahtera tidak akan belayar dengan baik.

Pesan saya, selesaikan polemik ini dengan baik. Keruh di hulu selesaikan di hulu, jangan biar ia berhilir. Jangan keruh di hulu diheret panjang. Utamakan perbincangan sesama kita agar rakyat tidak bosan mendengar hiruk pikuk pertengkaran suami isteri. Pada saya, ini hanyalah satu kemelut kecil sahaja bahkan proses ini mematangkan hubungan kita di dalam Pakatan Rakyat.

Wajib diingat, Pakatan Rakyat perlu terus kukuh bertahan dalam medan politik negara. Akar umbi perlu sentiasa segar dengan maklumat agar sikap dan tingkah laku pemimpin difahami dengan jelas. Jika akar rapuh, pohon yang rendang sekalipun tidak akan bertahan lama.

Salam Ramadhan. Teruskan saki baki Ramadhan dengan amal kebajikan.

Haji Nik Abdul Aziz bin Nik Mat,
Al-Mursyidul Am,
Parti Islam Semalaysia (PAS)
            

HANYA DI MALAYSIA : ALKISAH PEMBANGKANG YANG TERAMAT PANDAI !!!



Tak ada satupun PARTI PEMBANKANG di dunia ini akan melakukan perkara sebegini rupa. Adapun akan ada perbezaan pendapat antara pihak kerajaan dan pihak pembangkang, tidaklah akan berlaku sebegini.

Alkisahnya seorang ADUN di negeri berdekatan dengan negara jiran mempertikaikan kadar kenaikan caj masuk untuk rakyat negara jiran masuk ke negeri tersebut.

Bukanke elok dan bermanfaat untuk negeri tersebut dalam konteks pendapatan negeri. Apa kejadahnya si ADUN PEMBANGKANG ini nak MEMBANGKANG MENGKHINZIR BUTA. (MENTANG-MENTANG DIA HALAL MAKAN KHINZIR, SEMUA BENDA DIA NAK KHINZIRKAN. LAHANAT BETUL.)

Pelik sungguh pemikiran ADUN ini. Apa untungnya mengeluarkan kenyataan sebegitu rupa. Adakah pihak negara jiran tersebut telah membayar ADUN tersebut untuk mengeluarkan kenyataan sebegitu. Ataupun ADUN ini memang BODOH NAK MAMPUS.

@ Sent From HTC ONE X

            

Rabu, 23 Julai 2014

EDISI MELELEH : INIKAH CALON DAP UNTUK PRN SARAWAK ???


Bila DAP membuat experimen di Telok Intan dengan meletakkan calon 'ala-ala' model, mereka berpendapat strategi ini agak berkesan untuk menarik perhatian pengundi. Strategi ini dikhabarkan akan digunakan oleh DAP untuk Pilihanraya Negeri Sarawak ke 11 nanti.

Dengan perwatakan bakal calon yang mempersonakan, mereka yakin akan dapat undi majoriti daripada kalangan belia Sarawak. Yang pasti pemilihan bakal calon itu nanti adalah BUKAN DARI KALANGAN KAUM CINA. Sifirnya mudah, mereka akan meletakkan 'model-model' ini di kawasan BUKAN MAJORITI CINA iaitu kawasan BUMIPUTRA kerana mereka yakin kawasan-kawasan majoriti Cina sudah mereka kuasai sepenuhnya.

Sekiranya percaturan mereka ini berjaya, mereka akan menguasai sepenuhnya ekonomi Sarawak sepertimana mereka lakukan di Pulau Pinang. 

"Oh..tidak mungkin Sarawak akan jadi seperti Pulau Pinang. Ini kerana Sarawak majoriti Bumiputra, bukannya Cina. "

Mereka tidak bodoh dengan meletakkan Ketua Menteri dari kalangan kaum Cina. Semestinya mereka akan pilih dari kalangan bumiputra. Cuma Ketua Menteri ini nanti akan menjadi BADUT yang hanya menurut arahan daripada Pengerusi DAP Sarawak iaitu Chong Chieng Jen.

####

Tidak hairanlah DAP Sarawak nekad meninggalkan Pakatan Rakyat Sarawak kononnya atas alasan hudud. Mereka tak nak kongsi kekayaan Sarawak rupanya. 


#####

Kalau macam ini lah calon mereka, aku pun CAIRRRRRRRRRR


            

BILA JABU BERSUARA, PANAS JUGAK TELINGA MENDENGARNYA


Timbalan Ketua Menteri Alfred Jabu telah mengeluarkan amaran keras kepada pelbagai pihak yang telah secara terbuka menghasut dan mengelirukan penduduk tempatan untuk menentang Empangan Baram yang dicadangkan.

Beliau menasihatkan mereka supaya berundur dan urus masalah mereka sendiri dan tidak campur tangan mengenai Baram.


“Apa yang telah kita lakukan untuk anda? Adakah kita pernah mencucuk hidung ke dalam isu-isu dan hal ehwal anda? Apa yang anda tahu mengenai aspirasi kami dan keperluan kita?”


Beliau merujuk kepada aktivis hak asasi manusia asing dan tempatan serta alam sekitar dan pembangkang.




Jabu telah menghuraikan ucapan ringkas beliau semasa pembentangan surat pelantikan pada hari Ahad di Pejabat Residen Miri untuk Elizabeth Deng sebagai Temenggong untuk masyarakat Kayan.
Beliau berkata bahawa masa depan Baram sebagai “suram dan suram sebagai ‘bandar hantu’ dengan rumah panjang kosong dan kurang penduduk atau penempatan”, jika aktivis ini meneruskan agenda mereka.


Kerajaan mempunyai rancangan untuk mewujudkan pusat pertumbuhan Bandar Baru
“Tidak akan ada peluang untuk berpendidikan dan pengembangan intelektual untuk mendapatkan pekerjaan dan peluang yang sepadan dengan kelayakan mereka,” kata beliau. “Oleh kerana terpencil, Baram akan kekal mundur jika dibiarkan sahaja.”


Beliau menegaskan bahawa kerajaan mempunyai rancangan untuk mewujudkan pusat pertumbuhan, Bandar Baru Telang Usan, untuk menyuntik kehidupan ke dalam Baram yang hampir mati.


“Ini adalah masa depan Baram. Sudah tentu apabila perkara-perkara baru sedang dibangunkan, untuk orang-orang yang tidak memahami atau enggan memahami, mereka membawa orang ramai dari luar dan di luar negara untuk menyokong mereka dan berjuang untuk mereka,” tegas Jabu.

@ Sent From HTC ONE X
            

EDISI PADAN MUKA : DAP KENA CONTENG DENGAN PENDUDUK BAU !!!



DAP Sarawak  memang jenis yang perasan bagus. Walaupun mereka tahu rakyat di negeri Sarawak sudah tahu perangai busuk mereka, mereka tetap juga mahu mengANJINGkan diri. Natijahnya, bila rakyat mula menyampah, beberapa buah  banner program DAP yang dirancang pada 27 Julai ini di daerah Bau telah diconteng .

Tindakan ini dilakukan berkemungkinan timbulnya rasa muak dan jijik rakyat di Bau dengan perangai DAP yang hanya tahu bercakap kosong, menfitnah, menghasut dan asyik menyalahkan kerajaan terutamanya kerajaan negeri Sarawak. Lebih menyemarakkan api kemarahan mereka adalah dengan adanya barua-barua DAP di kawasan mereka iaitu Mordi Bimol dan Dominic Daon Nyana.

Kalau mereka tidak mengambil pengajaran dari tindakan penduduk Bau ini, takut-takut dengan mereka kena conteng di muka nanti. Baru padan muka 

@ Sent From Lenovo ideapad
            

Isnin, 21 Julai 2014

NANG BENA : ANWAR PEJUANG NEGERI SARAWAK ???


Forum Hari Kemerdekaan Sarawak bakal menonjolkan pejuang sebenar hak hak Sarawak iaitu Anwar Ibrahim. Pemilihan Anwar sebagai ahli panel adalah disebabkan jasa-jasa dan perjuangan Anwar sebelum ini terhadap negeri dan rakyat di negeri Sarawak..Haktuiiiiiiiii



Nak kata Anwar Ibrahim tok anak jati Sarawak BUKAN, nak kata Anwar Ibrahim tok pernah menjadi jawatankuasa kemerdekaan Sarawak BUKAN, nak kata keluarga Anuar Ibrahim tok pernah berperang dengan Rajah Brooke BUKAN.

Kenak Anwar fokus dengan Sarawak? Sifirnya mudah. Hanya dengan sokongan dari Sarawak ajak membolehkan Anwar Ibrahim ditabalkan sebagai Perdana Menteri Malaysia.

Anwar sik akan peduli dengan apa nak jadi dengan masyarakat Sarawak. Yang nya pedulikan hanya nak jadi Perdana Menteri Malaysia. Mun nya nang peduli dan nak membela orang Sarawak, kenak sik molah waktu jadi Timbalan Perdana Menteri dolok.

Jom kita rami-rami menghalau petualang tok dari Sarawak. Bagus-bagus kita aman damai, nya datang saja ajak nak molah huru hara di negeri kita.
            

Khamis, 17 Julai 2014

INILAH DEMOCRAZY ALA PARTI KEGANASAN & RASUAH (PKR)


Pengerusi Lembaga Disiplin KEADILAN, Dato’  Dr. Tan Kee Kwong berkata beliau telah meneliti dan mengadakan siasatan berkenaan beberapa kes berkaitan tatatertib dan disiplin anggota PKR.

“Saudara Arijan Osman dengan ini dipecat dari PKR. Ia adalah keputusan yang dicadangkan Lembaga ini dan telah dipersetujui Biro Politik. Arijan Osman (Cabang Kuala Selangor) telah didapati membuat laporan terhadap parti kepada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) pada 14 Julai untuk membatalkan pemilihan Cabang Kuala Selangor dan memberi kenyataan media yang disiarkan dalam Utusan Malaysia, Antarapos, dan Sinar Harian,” ulasnya ringkas.


Kes-kes ini telah pun dibentangkan dalam mesyuarat Biro Politik bertarikh 16 Julai 2014 yang dipengerusikan oleh Naib Presiden Sdr. Tian Chua dan dihadiri anggota-anggota Biro Politik yang lain.

SENYUM TAK PERLU KATA APA-APA. PARTI NI PATUT LAMA DAH BERKUBUR. SENTIASA PORAK PERANDA. 

@ Sent From HTC ONE X
            

Rabu, 16 Julai 2014

"DARI SEMATAN KE LAWAS" : MUN ADA TELOR LEBIH BERIK NGAN CDAK #722


Semenjak dua menjak ni puak-puak NGO penghasut sibuk mempromosi tarikh kemerdekaan sebenar Sarawak; yang dikempen-kempen sebelum ni ialah 22 Julai 1963. Akan tetapi pada tahun ini mereka disambut pada 19 Julai?





NASIHAT SG, MUN DAH RASA TELOR YA BESAR GILAK, POLAH LA 22 HB TOK. KITA NANGGA TELOR YA MAKIN MENGEMBANG KAH OR MAKIN MENGECUT.

@ Sent From HTC ONE X
            

PEMIMPIN YANG TIDAK KENAL PENAT LELAH



Walaupun telah bersara dari jawatan Ketua Menteri Sarawak, Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud masih peduli dengan pembangunan kawasan-kawasan pedalaman di negeri Sarawak. Semangat beliau ini wajib dipuji kerana dalam usia ini, beliau masih menginginkan pembangunan di negeri Sarawak meliputi segenap pelosok negeri.

Terkini beliau menyatakan dalam masa 10 hingga 20 tahun akan datang kawasan pedalaman seperti Baram dan Belaga akan berubah kerana kerajaan melaksanakan pembangunan dari semasa ke semasa.

“Inilah tuah negeri ini di bawah kerajaan Barisan Nasional (BN) kerana dijamin dengan pembangunan berterusan dinikmati semua kaum.
“Justeru, saya berterima kasih kepada semua pemimpin di negeri ini seperti Iban, Cina, Bidayuh, Orang Ulu, Melayu dan Melanau dapat bekerjasama bagi memastikan negeri ini terus maju dalam keadaan aman,”

TYT Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud


TERIMA KASIH DI ATAS SEGALA KHIDMAT BAKTI YANG TELAH TUN CURAHKAN SEBELUM INI. KAMI ANAK SARAWAK BEGITU BERBANGGA DAN BERTERIMA KASIH KEPADA TUN YANG TELAH MENTADBIR NEGERI SARAWAK DENGAN JAYANYA. KEHARMONIAN KAUM DAN AGAMA DI NEGERI INI ADALAH ATAS JASA-JASA TUN.
            

Selasa, 15 Julai 2014

KAWAN ANWAR IBRAHIM DISEBALIK SERANGAN TERBARU DI SABAH ???




Insiden serangan di Pulau Mabul, Semporna, Sabah, kelmarin yang mengorbankan seorang anggota polis marin manakala seorang lagi diculik didakwa ada kaitan dengan kumpulan yang setia dengan pemimpin Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF), Nur Misuari.

Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Rahim Noor berkata, mereka mengambil tindakan itu kerana tidak berpuas hati apabila dipinggirkan daripada proses rundingan damai dengan kerajaan Filipina sehingga membawa kepada pembentukan wilayah autonomi Bangsamoro.

Menurut beliau, kumpulan terbabit juga kecewa kerana kerajaan Malaysia tidak lagi memberi sokongan kepada mereka malah sebaliknya mengambil pendirian menyebelahi Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF).

"Kumpulan Nur Misuari ini tidak sehaluan dan cemburu dengan pemimpin yang terlibat dalam wilayah autonomi Bangsamoro. Mereka juga berlumba-lumba untuk mendapatkan pengaruh.
"Sebagai tindakan balas, mereka sentiasa berusaha menggugat keamanan di Zon Selamat Timur Sabah (Esszone) bagi menunjukkan rasa tidak puas hati kepada kerajaan Malaysia yang menjadi fasilitator dalam proses rundingan damai antara MNLF dan Presiden Filipina, Benigno Aquino III," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.
Abdul Rahim mengulas serangan yang mengakibatkan Koperal Ab. Rajah Jamuan, 32, terbunuh manakala Konstabel Zakiah Alep, 26, masih hilang.

Dalam perkembangan berkaitan, beliau menyarankan pegawai kanan Ibu Pejabat Kontinjen Polis (IPK) Sabah dilibatkan secara langsung dalam struktur organisasi Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom).

Beliau memberitahu, langkah itu perlu memandangkan kawalan keselamatan di Esscom masih berteraskan kepada kepolisan dalam keadaan aman dan bukannya kawasan darurat.
"Pada pandangan saya, kaedah terbaik bagi melaksanakan langkah ini adalah dengan melantik Komander Esscom, Datuk Abd. Rashid Harun sebagai Timbalan Pesuruhjaya Polis Sabah yang kedua," ujarnya.

Abdul Rahim menambah, pada masa ini, Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman tidak dilibatkan secara langsung di dalam struktur Esscom dan keadaan itu dikhuatiri akan mewujudkan senario `satu kapal dua nakhoda' di negeri tersebut.

"Bagi saya, perkara ini tidak produktif dan tidak munasabah. Akibatnya, anggota polis yang bertugas di Sabah khususnya di Esszone akan keliru sama ada mereka perlu memberi keutamaan kepada arahan Esscom atau IPK Sabah," katanya.

            

FALSAFAH JENIS APAKAH INI ???

Diana antara 17 golongan itu yang ditahan polis dan Jabatan Agama Islam Negeri Sembilan di Bahau bulan lalu kerana berpakaian perempuan dalam sebuah majlis perkahwinan.

Menurutnya, walaupun menjalani kehidupan sebagai mak nyah, beliau tetap mahu memenuhi tuntutan-tuntutan agama.


"Kami bukan pergi masjid drag (istilah mak nyah untuk berpakaian seperti wanita) pakai seksi, kami pergi masjid pakai biasa-biasa sahaja.
"Sebagai seorang transgender Muslim, rukun Islam itu antara anda dan yang di atas (Tuhan).
"Yang penting nawaitu (niat)," katanya.


@ Sent From HTC ONE X

Gambar Sekadar Hiasan