Selasa, 10 Februari 2015

HARI BAHAGIA BUAT RAKYAT MALAYSIA


Mahkamah Persekutuan hari ini memutuskan Datuk Seri Anwar Ibrahim bersalah meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan.
Panel lima hakim menolak rayuan akhir Anwar terhadap kesalahan berkenaan, hampir tujuh tahun lalu.

Panel berkenaan yang diketuai oleh Ketua Hakim Negara, Tun Arifin Zakaria akan mendengar rayuan balas pendakwa raya untuk menambah hukuman penjara lima tahun yang diputuskan oleh Mahkamah Rayuan pada 7 Mac tahun lalu.

SEMOGA DENGAN KEPUTUSAN INI, TIADA LAGI DEMONSTRASI JALANAN DAN CERAMAH YANG MEMBUANG MASA.

KITA PERLU FOKUS KEPADA PEMBANGUNAN NEGARA. WAWASAN 2020 TIDAK LAMA LAGI. SASARAN UNTUK MENJADI NEGARA MAJU TIDAK AKAN TERCAPAI SEKIRANYA RAKYAT DIHASUT UNTUK TURUN BERDEMO DAN MENDENGAR CERAMAH SAHAJA.

@ Sent From HTC Butterfly
            

Isnin, 9 Februari 2015

10 DALIL KENAPA ANWAR WAJIB BERPINDAH KE RUMAH BARU



Esok tamatlah penantian selama 6 tahun kes yang paling panjang, paling banyak penangguhan dan paling banyak rayuan di negara kita. Samaada Anwar terlepas atau masuk ke dalam, itu semua di tangan YA Hakim.

Mari kita lihat 10 dalil yang patut anda semua renung-renungkan.










@ Sent From HTC Butterfly 





            

Ahad, 8 Februari 2015

KM ADENAN BUAT HAL LAGI, BUATKAN PEMBANGKANG PENING KEPALA



KM Sarawak merupakan pemimpin untuk semua kaum di Sarawak. Segala tindakan dan keputusan beliau sentiasa mengutamakan kehendak dan naluri rakyat Sarawak.

Terkini Kerajaan Negeri Sarawak telah mengesa  peraturan yang menjadi isu yang melibatkan pelajar bukan muslim di MRSM di tarik balik. YAB KM sendiri telah memberitahu Datuk Seri Shafie Apdal selaku menteri yang bertanggungjawab ke atas MRSM. Sarawak mahukan keharmonian diantara kaum & agama dipelihara demi kesejahteraan Sarawak & Malaysia am nya.



Pagi tadi sidang akhbar telah diadakan oleh  Datuk Seri Shafie Apdal di Hotel Hilton Kuching. 

"Semenjak ditubuhkan MRSM tidak pernah menghalang agama-agama lain selain Islam menjalankan aktiviti agama masing-masing di MRSM. Untuk menjaga sensitiviti & keharmonian, peraturan yg melibatkan pelajar bukan Islam yg telah menjadi isu akan ditarik balik"


HIDUP ADENAN SATEM

HIDUP KM SARAWAK


OOOHAAAAA

@ Sent From HTC Butterfly
            

Isnin, 2 Februari 2015

#RESPECT : TINDAKAN MULIA DARI INDIVIDU BERNAMA #ANWARIBRAHIM



Menjelang keputusan kes Liwat II minggu depan, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendedahkan beliau ada dinasihatkan untuk tinggal dan berkhidmat di luar negara

Nasihat itu, katanya, termasuk daripada sarjana terkenal dunia Islam Sheikh Yusof Al-Qardawi.

“Saya yakin saya boleh bebas kalau ikut undang-undang.
“Sheikh Yusof Al-Qardawi menasihatkan saya duduk di luar. Ada pemimpin Turki tawar jawatan penasihat agama dan ajak saya duduk sana.


Ini tempat lahir saya, ini negara saya, walau apa pun keputusannya nanti, saya tetap akan teruskan perjuangan dan tidak takut masuk penjara sebab dah pernah masuk penjara lapan tahun,” katanya.

SOALAN AKU , 

BOLEH PERCAYA KA CAKAP MAMAT NI ???

@ Sent From HTC Butterfly
            

Rabu, 28 Januari 2015

#FITNAH2 : ANTARA KE PUTRAJAYA ATAU PENJARA


Keputusan perbicaraan kes Fitnah 2 melibatkan Anwar Ibrahim merupakan detik penting bagi sistem kehakiman dan halatuju politik di negara ini.

Justeru itu, Angkatan Muda KEADILAN (AMK) menggesa anggotanya dan seluruh anak muda untuk hadir di Mahkamah Persekutuan Putrajaya, 10 Februari ini.

10 Febuari ini tarikh penting, ia adalah hari yang bakal menentukan hala tuju politik Malaysia.

Anak muda mengidamkan sistem keadilan yang adil dan telus di negara ini terus dipertahankan,”

(Adakah selama ini, keputusan yang melibatkan Parti Kencing Rakyat vs BN hanya menyebelahi BN? Kalau menyebelahi mereka itu dikatakan ADIL, kalau tidak ZALIM, KONSPIRASI, BARUA UMNO) 

“Kehadiran anak muda adalah sebagai simbol kita tidak rela sistem kehakiman dipengaruhi konspirasi politik pihak tertentu,” tegas Naib Ketua AMK, Fahmi Fadzil.

Sementara itu, Pengarah Strategik AMK, Akmal Nasir ketika dihubungi berkata, meskipun yakin Anwar akan dibebaskan, namun beliau meminta anggota KEADILAN tidak mengambil mudah perkara itu.

Berdasarkan bukti dan hujah yang dikemukakan oleh peguam pada perbicaraan lalu, kita sangat yakin bahawa ketua Umum akan dibebaskan.

(Kalau dah YAKIN, kenapa perlu hasut rakyat ke Mahkamah, UNTUK APA?? Kalau bukan untuk membuat huru-hara)

“Tetapi kita tidak harus ambil mudah, kita tahu tuduhan tersebut bermotifkan politik dan perlu terima hakikat apa sahaja akan berlaku.

10 Febuari adalah hari terakhir anak muda harus hadir bagi menyatakan sokongan kepada Anwar,” katanya.

(HARI TERKAHIR !!! Anwar bukannya dihukum gantung sampai mati, kena penjara je pun. Bolehlah aturkan lawatan ke penjara  :) )


@ Sent From HTC Butterfly
            

Khamis, 22 Januari 2015

TAHNIAH YB TUPONG : GUA SALUTE U !!!



Dalam ramai-ramai ADUN di Sarawak, aku tabik dengan YB Datuk IR Hj. Daud bin Abdul Rahman, ADUN Kawasan Tupong. Persembahan dan rekod cemerlang beliau dalam membantu pengundi-pengundi di kawasan Tupong begitu gah walaupun pernah terpalit dengan skandal Projek Baitulmal

Terbaru beliau telah membantu rakyat di Petrajaya umumnya dan kawasan beliau sendiri khasnya dalam menyelesaikan masalah kesesakan lalulintas di Bulatan Dato Abang Kipali Abang Akib. Usaha ini amat-amat dihargai kerana kesesakan di kawasan ini amatlah teruk sehingga dirasakan YB ini sendiri hendak balik ke rumah beliau yang terletak betul-betul di bulatan ini pun sukar.





Kredibiliti dan kecemerlangan yang beliau tunjukkan sepanjang menjadi ADUN banyak diperkatakan oleh penduduk sekitar kawasan Tupong. Ini memberikan gambaran yang jelas kepada kepimpinan atasan PBB bahawa beliau memang layak bergelar ADUN di kawasan tersebut.

Tahniah YB, teruskan usaha untuk membantu rakyat.

@ Sent From Lenovo Ideapad 


            

BILA WANITA MELAYU DAP BERSUARA, MEMBUATKAN BULU KOTE MEREMANG



Penyelaras Segmentasi Wanita Muda Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Young Syefura Othman bersetuju dengan penangguhan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) malah mencadangkan program Permata Negara turut dimansuhkan.

Dakwanya, Permata Negara merupakan satu pembaziran yang amat jelas dengan peruntukan RM40 juta sedangkan ia bukan keperluan yang sangat mendesak.

“Permata Negara bergerak tanpa hala tuju yang jelas dalam memartabatkan pendidikan negara. Oleh itu, ia perlu dimansuhkan memandangkan ketika ini kita telah mempunyai Tadika Kemas dan Pra-Sekolah,” katanya dalam kenyataan media.

Syefura juga menganggap PLKN bukan tempat yang sesuai untuk menjadikan anak watan mencintai dan memperkemaskan jati diri.

“PLKN yang menelan belanja lebih RM1 billion semenjak penubuhannya pada tahun 2004 tidak pernah mencapai matlamat dan objektifnya.

“Sebaliknya, timbul pelbagai masalah seperti peserta mati, kes rogol dan lain-lain. Namun, kerajaan meneruskan tanpa menghiraukan desakan,” dakwanya.

Sebelum ini, Pengarah Strategi Angkatan Muda PKR Malaysia, Akmal Nasir menyatakan bahawa PLKN juga tidak sepatutnya ditangguh tetapi terus dimansuhkan.

MESTI BULU KOTE KORANG MEREMANG BILA BACA KAN

@ Sent From HTC Butterfly
            

Rabu, 21 Januari 2015

PADAN MUKA : PAS BARU SEDAR SIAPA ITU DAP



Sikap DAP yang mengambil keputusan tanpa merujuk pimpinan Pakatan Rakyat (PR) sejak kebelakangan ini membuktikan keangkuhan parti itu.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustapha Ali berkata, pendirian DAP jelas tidak konsisten tentang isu bersama PR dan yang terbaharu dalam isu pilihan raya kerajaan tempatan.

Menurut beliau: “Pertamanya saya mahu mengucapkan terima kasih kepada Anthony Loke, Setiausaha Organisasi DAP kerana mengakui dan mengesahkan bahawa pilihan raya kerajaan tempatan tidak termasuk dalam polisi bersama Pakatan Rakyat.”

“Premis perbincangan kita sebenarnya bukan isu demokrasi tetapi pendirian DAP yang tidak konsisten tentang polisi bersama. Ini kerana banyak lagi isu demokrasi yang belum selesai jika kita mahu bincangkan isu ini.

“Sepanjang masa DAP menyatakan bahawa sebarang isu yang tidak termasuk dalam polisi bersama dan tidak dipersetujui oleh pimpinan tertinggi Pakatan tidak boleh dilaksanakan. Isu kerajaan tempatan adalah contoh tentang sikap DAP yang tidak konsisten dalam hal ini,” ujarnya dalam kenyataan media.

Menurut Mustapha, dalam kes Hudud yang tidak termasuk dalam polisi bersama, DAP mati matian menyatakan, ia tidak boleh dilaksanakan tetapi dalam kes kerajaan tempatan yang juga tidak termasuk dalam polisi bersama ia diteruskan oleh kerajaan Pulau Pinang.

Setiausaha Agung PAS itu menjelaskan: “Ini yang menjadi persoalan. Pendirian pemimpin PR berkaitan isu kerajaan tempatan jelas, ia tidak mempunyai persetujuan bersama untuk dilaksanakan.”

“Ini boleh dibuktikan daripada perkara yang sama dikemukakan oleh Teresa Kok sewaktu menjadi Pengerusi DAP Selangor yang mengemukakan isu pelaksanaaan pilihan raya kerajaan tempatan di Selangor,” tambahnya, lapor MalaysiaGazette.

“Pendirian yang diambil oleh pimpinan PR dalam mesyuarat-mesyuaratnya dalam isu ini jelas menolaknya sehingga ia dibincangkan bersama oleh ketiga-tiga parti di peringkat negeri.

“Sehingga ini tiada sebarang keputusan dibuat oleh Pakatan di peringkat negeri. Jelas tiada persetujuan di kalangan pimpinan tetapi dalam kes Pulau Pinang kerajaan DAP tanpa merujuk kepada pimpinan pusat, ia terus dilaksanakan,” katanya.

“Apa sebabnya, kerana mereka ada majoriti dalam DUN Pulau Pinang. Ini adalah gambaran daripada sikap arogan atau angkuh yang ditunjukkan oleh pemimpin DAP apabila mereka memperolehi kuasa majoriti. Hal ini juga dimanisfestasi oleh pimpinan DAP Sarawak yang membuat kenyataan, tidak perlu kerjasama PAS hatta PKR sekalipun hanya kerana DAP paling kuat di Sarawak,” jelas beliau.

Sifat angkuh sebagaimana yang ditunjukkan oleh sebahagian pemimin DAP, katanya, satu amalan yang tidak baik dalam konteks kerjasama politik sekarang.

“Oleh itu saya menyeru kepada pemimpin DAP supaya jangan meneruskan amalan dan sikap seperti ini kerana sikap angkuh dan arogan ini bercanggah dengan amalan dan semangat setiakawan dalam kerjasama ini,” tegasnya.



@ Sent From HTC Butterfly

            

Selasa, 20 Januari 2015

ADAKAH SARAWAK AKAN DIKENALI SEBAGAI SARAWAK BUMI MASSAGE GIRL ???



KUALA LUMPUR 19 Jan. –Cadangan kerajaan untuk mengecualikan visa bagi warganegara China atas alasan untuk menarik lebih ramai pelancong dari negara itu perlu dikaji semula kerana langkah tersebut dikhuatiri mengundang peningkatan kegiatan jenayah.

Bantahan itu disuarakan Setiausaha Agung Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Syed Hassan Syed Ali yang menggesa kerajaan segera menilai secara terperinci cadangan tersebut dalam pelbagai aspek termasuk implikasinya.

Katanya, pada masa ini, terlalu ramai warganegara China yang masuk ke Malaysia sebagai pelancong namun akhirnya mereka ‘menetap’ di sini.

“Bayangkan negara China yang mempunyai lebih 1.3 bilion penduduk diberi kebebasan masuk ke negara ini tanpa visa. Jika lima peratus daripada jumlah itu berbuat begitu, untuk setahun seramai 60 juta rakyat China akan berada di negara ini.

“Jika 25 peratus daripada 60 juta tidak pulang ke negara mereka selepas masuk ke Malaysia, itu menjadikan lebih kurang 15 juta orang setahun daripada mereka akan kekal dalam negara ini,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.


CADANGAN INI HARUSLAH DILAKSANAKAN MEMANDANGKAN DI SARAWAK KINI PUSAT REFLEXOLOGY TUMBUH BAK CENDAWAN. PUSAT REFLEXOLOGY INI PULA MENGGUNAKAN KHIDMAT WANITA WARGA CHINA YANG MEMPUNYAI RUPA PARAS YANG MENARIK UNTUK MENARIK PELANGGAN. MEREKA MENYALAHGUNAKAN PAS LAWATAN SOSIAL UNTUK BEKERJA DI PUSAT-PUSAT REFLEXOLOGY INI. WANITA-WANITA INI MENAWARKAN KHIDMAT TAMBAHAN SELAIN DARIPADA URUT KAKI DAN BADAN. FAHAM-FAHAM AJELAH KHIDMAT TERSEBUT.

SEKIRANYA TIDAK DIBENDUNG DARIPADA AWAL, BERKEMUNGKINAN SARAWAK BUKAN LAGI AKAN DIPANGGIL 

SARAWAK BUMI KENYALANG 

TETAPI 

SARAWAK BUMI MASSAGE GIRL


@ Sent From HTC Butterflty


            

Isnin, 19 Januari 2015

EDISI LUDAH KE LANGIT : "WOII UMNO, DENAN TAK BAGI LU MASUK SARAWAK !!!"



Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem menggesa rakyat di negeri ini agar mengundi parti politik berasaskan Sarawak sahaja pada Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.

Malah Adenan turut mengajak rakyat supaya turut memilih Parti Tenaga Rakyat Sarawak (TERAS) dan Parti Rakyat Bersatu (UPP) selain empat parti komponen Barisan Nasional (BN) sedia ada.

Empat parti komponen BN sedia ada ialah Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Parti Rakyat Sarawak (PRS), Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) dan Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP).

“Jangan mengundi parti berasaskan Semenanjung Malaysia seperti DAP, PKR dan PAS kerana mereka tidak tahu apa-apa tentang kita di Sarawak ini.

“Sebaliknya PBB, PRS, SUPP, SPDP, UPP dan TERAS lebih tahu mengenai Sarawak kerana semua parti ini adalah dari negeri ini,” katanya pada Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Dewan Suarah Kapit, baru-baru ini.

Tegas Adenan yang juga pengerusi BN Negeri, beliau tetap dengan pendiriannya untuk tidak akan membenarkan mana-mana parti dari Semenanjung Malaysia memasuki Sarawak.

Malah katanya, pintu Sarawak juga ditutup rapat untuk mereka yang bersikap ekstremis.

Siapa yang lebih mengetahui Sarawak berbanding rakyat Sarawak sendiri? Jadi biarkan kami sendiri.

“Tidak seperti di Semenanjung Malaysia, rakyat negeri ini hidup dengan aman dan harmoni serta saling hormat menghormati antara satu sama lain tanpa mengira agama,” tegasnya.

Tambah Adenan lagi, beliau telah mengulangi banyak kali bahawa di Sarawak tiada siapa yang akan memberitahu anda bagaimana untuk mengamalkan agama masing-masing.

“Saya tidak akan memberitahu anda bagaimana untuk mempraktikkan agama anda, sama juga anda tidak akan memberitahu saya bagaimana saya harus mempraktikkan agama saya,” tambahnya.

Dalam perkembangan lain, Adenan berkata sudah tiba masanya untuk membangunkan kawasan luar bandar lebih baik daripada sebelumnya.

Malah katanya, bandar seperti Kuching, Bintulu, Sibu dan Miri telah menikmati infrastruktur dan fasiliti yang mencukupi.

“Bandar-bandar yang kaya telah mempunyai segalanya dan kini sudah tiba masanya untuk kita membantu yang miskin di kawasan luar bandar,” ujarnya.

UMNO SEMESTINYA TIDAK AKAN DAN TIDAK PERLU MASUK CAMPUR KE DALAM POLITIK SARAWAK KERANA BARISAN NASIONAL DI SARAWAK AMAT KUKUH DAN TIDAK DAPAT DIPERTIKAIKAN KEWIBAWAAN BARISAN NASIONAL SARAWAK TERUTAMANYA PARTI PESAKA BUMIPUTRA BERSATU (PBB).

YB-YB PEMBANGKANG DI SARAWAK FAHAM-FAHAM JE LAH MAKSUD CM KITA. 


@ Sent From HTC Butterfly

            

Isnin, 12 Januari 2015

GENG PENGHASUT #SARAWAK4SARAWAKIAN : LEPAS BULAN MAC RAMAI MASUK DALAM !!!



Menjadi kewajipan dan tanggungjawab mana-mana kerajaan di dunia untuk melindungi hak serta keselamatan rakyatnya.

Demikian tegas Menteri Pelancongan Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Openg ketika diminta mengulas mengenai cadangan untuk meminda Akta Hasutan 1948 yang turut merangkumi Sarawak dan Sabah dan dibentangkan di Parlimen pada Mac tahun ini.

Jelasnya, negara-negara dunia pertama seperti Perancis dan Amerika Syarikat pada masa ini juga sedang mengkaji semula langkah keselamatan di negara tersebut.

Ia adalah bagi mengelak sebarang unsur tidak diingini yang boleh menjadi punca masalah kepada negara mereka, jelasnya.

“Kita hidup dalam masyarakat berbilang kaum dan agama di Malaysia.

“Dalam hal ini, kita tidak boleh terlalu liberal,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Sambutan Maulidur Rasul 1436H di sini, semalam.

Beliau juga berkata, sepatutnya kita juga perlu mempunyai undang-undang tertentu bagi menjamin masa depan negara yang turut tidak terkecuali menerima tempias berikutan beberapa insiden yang berlaku di peringkat global.

SELEPAS INI MUNGKIN TINDAKAN BENG KOR & THE GENG AGAK PERLAHAN DAN BERHATI-HATI DEK KERANA KETAKUTAN YANG MELAMPAU AL-MAKLUMLAH MEREKA ADALAH PENGHASUT TEGAR UNTUK MEMECAH BELAHKAN SERTA MEMPORAK PERANDAKAN KEHARMONIAN SARAWAK.

PIHAK KERAJAAN TERUTAMANYA PDRM TIDAK AKAN MELEPASKAN PELUANG INI UNTUK MEMASTIKAN PENGKHIANAT INI MASUK KE DALAM. 

HIDUP ABANG JOE

PERGI MAMPUS GENG PENGHASUT

@ SENT FROM ACER ICONIA
            

Khamis, 4 Disember 2014

DYMM SULTAN SELANGOR LUCUT DARJAH : ANWAR TAK HERAN, ADA BANYAK LAGI DARJAH



Berita DS Anwar dilucutkan dari Darjah Kebesaran Seri Sutan Salahuddin Abdul Aziz Shah (S.S.S.A) agak mengejutkan. Walaupun bukan kali pertama darjah yang diberikan kepada seseorang dilucutkan, bila berkaitan dengan Anwar Ibrahim, ini amat menarik.




Anwar Ibrahim sebelum ini dilihat amat KEBAL dan ikut suka dia bagaikan ombak melanda pantai. Beliau dilihat menongkah arus tanpa mengira apa yang ada di hadapan beliau. Kemuncak pertembungan Anwar dengan institusi raja adalah bilamana beliau ingin menabalkan isteri beliau, Datin Sri Wan Azizah menjadi Menteri Besar Selangor. 

Di saat inilah, kita melihat Anwar dan kunco-kunconya tanpa mempedulikan sesiapa, menetapkan pendirian WALAU APAPUN YANG TERJADI, WAN AZIZAH TETAP AKAN MENJADI MENTERI BESAR SELANGOR. Kesombongan dan keegoaan Anwar Ibrahim dan kunco-kuconya ketika itu amatlah melampau sehinggakan mereka sanggup menikam rakan mereka iaitu PAS yang konsisten menyokong apa jua keputusan DYMM Sultan Selangor.

Natijahnya, DYMM Sultan Selangor menggunakan kuasa yang ada padanya menetapkan Azmin Ali menggantikan TS Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor. Anwar dan kunco-kunconya pada awal pengumuman tersebut masih tidak dapat menerima keputusan DYMM Sultan Selangor. Tapi lumrah alam, durian tetap menang dengan timun samaada menggolek atau digolek. Anwar terpaksa akur jua dengan keputusan DYMM Sultan Selangor

Kita tunggu apa pula keputusan Raja-Raja Melayu yang lain selepas ini.


Wechat : sarawakguerreiro
BBM : 79CA2732

@ Sent From Acer Iconia Tab 10
            

Rabu, 3 Disember 2014

PESANAN ALFRED JABU YANG MEMBUATKAN EKTRIMIS PEMISAH PANAS BONTOT



Datuk Patinggi Tan Sri Alfred Jabu adalah antara pemimpin di kalangan kaum Iban yang begitu luas pengalaman politiknya. Beliau dapat merasakan, lahirnya NGO-NGO berhaluan kiri masa kini jika tidak dibendung bukan sahaja boleh merosakkan perpaduan antara kaum di Sarawak, malahan akan merugikan terutamanya untuk kaum Iban.

Rakyat khususnya di pedalaman dinasihatkan tidak terpengaruh dengan dakyah pembangkang atau badan bukan kerajaan (NGO) sengaja menggunakan nama pertubuhan bagi mengapi-apikan rakyat membenci kerajaan.





Timbalan Ketua Menteri, Datuk Patinggi Tan Sri Alfred Jabu Numpang berkata sejak 50 tahun lalu kerajaan Barisan Nasional (BN) melakukan yang terbaik bagi meningkatkan taraf hidup dan sosioekonomi penduduk di negeri ini.

“Kerajaan BN berjaya mengubah landskap ekonomi dan taraf hidup penduduk di negeri ini khususnya di pendalaman sekali gus merapatkan jurang perbezaan masyarakat bandar dan luar bandar,” katanya pada Perasmian dan Penyerahan Bantuan Amanah Saham Bumiputera (ASB) Sejahtera 2014 Zon Utara Peringkat Negeri Sarawak di sini semalam.

Jabu berharap rakyat terus memberi sokongan padu kepada kerajaan BN yang merupakan satu-satunya kerajaan mampu mentadir Sarawak dan negara ini.

Sumber : Utusan Borneo

Wechat : sarawakguerreiro
BBM : 79CA2732

@ Sent From Lenovo ideapad
            

Selasa, 2 Disember 2014

EDISI GILA BABI : MAK LAMPIR MIMPI NGERI CM ADENAN !!!



Seolah-olah tidak tahu menahu pasal Undang-Undang Kerajaan Negeri Sarawak, Ketua Wanita PKR yang juga Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin nekad mahu menyaman Kerajaan Negeri Sarawak.

Ini susulan daripada beliau tidak dibenarkan memasuki Sarawak pada Ahad lalu ketika hendak menyertai ceramah politik Anwar Ibrahim di Kota Samarahan, Sarawak.

Penahanan Zuraida itu merupakan yang kedua dalam tempoh 8 bulan dengan kali pertama pada bulan Mac lalu ketika PRK Balingian.

Ekoran desakan banyak pihak dan ditambah dengan kemaluan yang dihidapinya selepas berita dirinya sekali lagi ditahan dan tidak dibenarkan memasuki Sarawak di media sosial.

KUALA LUMPUR: Ketua Wanita PKR Zuraidah Kamaruddin akan mengambil tindakan undang-undang terhadap Kerajaan Negeri Sarawak kerana menghalangnya masuk ke negeri itu tanpa sebab.

Ahli Parlimen Ampang yang dipetik dari sebuah portal sebagai berkata, sebagai ahli politik dan ahli Parlimen, beliau sepatutnya diberi kebebasan untuk pergi ke mana saja kecuali sekiranya saya ada kes jenayah.





“Apa yang mereka takutkan?."

Tanya Zuraidah yang nyata kecewa dengan halangan tersebut menambah ini adalah kali kedua dia dihalang masuk di mana kali pertama adalah ketika pilihan raya kecil pada Mac tahun ini.

“Tetapi, saya tidak menghadapi masalah ketika ke Kuching, sebulan selepas itu.”

Menganggap perkara itu sebagai sesuatu yang membingungkan, Zuraidah berkata kerajaan negeri sepatutnya membuat pengumuman senarai nama individu yang tidak dibenarkan masuk supaya mereka tidak terpaksa menghadapi kesusahan untuk menguruskan perjalanan kemudian diberitahu bahawa mereka dilarang masuk.

“Saya tidak dibenarkan masuk pada jam 9.30 pagi semalam apabila mereka memberitahu sistem komputer tergendala dan biasanya saya akan menggunakan kad Ahli Parlimen untuk masuk.”

“Apabila saya meminta mereka memerika menggunakan komputer yang lain, saya diberitahu bahawa nama saya tidak tersenarai di dalam sistem,” kata Zuraidah.

Beliau mendakwa dirinya kemudian diberitahu bahawa disebabkan oleh “arahan” dia tidak dibenarkan masuk ke Sarawak tanpa sebab dinyatakan.

“Saya sepatutnya hadir dalam satu majlis politik dan terpaksa mengambil penerbangan pulang pada jam 8.30 malam.”

Peguamnya kini menyiasat kes berkenaan dan akan mengambil tindakan ke atas kerajaan negeri kerana melarang Zuraida masuk ke Sarawak secara tiba-tiba.

Bagaimanapun, sebelum ini Anwar Ibrahim telah mendesak Ketua Menteri Sarawak tidak menggunapakai Akta Imigresen ke atas pemimpin pembangkang yang dikatakan bertentangan dengan hak asasi manusia.

Begitupun, Anwar Ibrahim sedar bahawa Kerajaan Negeri Sarawak berhak menggunakan Akta Imigresen seperti mana yang diperuntukan dalam Perlembagaan.



Wechat : sarawakguerreiro
BBM : 79CA2732


@ Sent From HTC ONE X
            

Ahad, 30 November 2014

BERITA YANG MEMBUATKAN EKSTRIMIS PEMISAH DAN PENGHASUT MEROYAN



Aktiviti puak pemisah dan penghasut Sabah Sarawak keluar Malaysia bakal 'ditamatkan' sama ada menghentikan hasutan dengan menunggu RUNDINGAN atau mereka lebih rela ditahan atas kesalahan Akta Hasutan 1948.

Datuk Seri Najib semalam menyatakan persetujuannya untuk berunding hak Sabah dan Sarawak dalam Malaysia termasuk isu kuasa dan royalti.

Menurut kata beliau, semuanya boleh dirunding kecuali perudingan Sabah Sarawak keluar Malaysia. Beliau tidak akan bersetuju dengan apa-apa yang berkaitan dengan isu kedua-dua negeri itu untuk keluar dari Malaysia.

Tegasnya mengenai pengekalan Akta Hasutan 1948 yang menjadi perisai kepada semua kaum dikaitkan dengan usaha-usaha hasutan perkauman yang digunakan oleh puak pemisah yang sedang giat menghasut rakyat di Sabah dan Sarawak untuk keluar dari Malaysia.


Wechat : sarawakguerreiro
BBM : 79CA2732


@ Sent From HTC ONE X