Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem menggesa rakyat di negeri ini agar mengundi parti politik berasaskan Sarawak sahaja pada Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.
Malah Adenan turut mengajak rakyat supaya turut memilih Parti Tenaga Rakyat Sarawak (TERAS) dan Parti Rakyat Bersatu (UPP) selain empat parti komponen Barisan Nasional (BN) sedia ada.
Empat parti komponen BN sedia ada ialah Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Parti Rakyat Sarawak (PRS), Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) dan Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP).
“Jangan mengundi parti berasaskan Semenanjung Malaysia seperti DAP, PKR dan PAS kerana mereka tidak tahu apa-apa tentang kita di Sarawak ini.
“Sebaliknya PBB, PRS, SUPP, SPDP, UPP dan TERAS lebih tahu mengenai Sarawak kerana semua parti ini adalah dari negeri ini,” katanya pada Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Dewan Suarah Kapit, baru-baru ini.
Tegas Adenan yang juga pengerusi BN Negeri, beliau tetap dengan pendiriannya untuk tidak akan membenarkan mana-mana parti dari Semenanjung Malaysia memasuki Sarawak.
Malah katanya, pintu Sarawak juga ditutup rapat untuk mereka yang bersikap ekstremis.
“Siapa yang lebih mengetahui Sarawak berbanding rakyat Sarawak sendiri? Jadi biarkan kami sendiri.
“Tidak seperti di Semenanjung Malaysia, rakyat negeri ini hidup dengan aman dan harmoni serta saling hormat menghormati antara satu sama lain tanpa mengira agama,” tegasnya.
Tambah Adenan lagi, beliau telah mengulangi banyak kali bahawa di Sarawak tiada siapa yang akan memberitahu anda bagaimana untuk mengamalkan agama masing-masing.
“Saya tidak akan memberitahu anda bagaimana untuk mempraktikkan agama anda, sama juga anda tidak akan memberitahu saya bagaimana saya harus mempraktikkan agama saya,” tambahnya.
Dalam perkembangan lain, Adenan berkata sudah tiba masanya untuk membangunkan kawasan luar bandar lebih baik daripada sebelumnya.
Malah katanya, bandar seperti Kuching, Bintulu, Sibu dan Miri telah menikmati infrastruktur dan fasiliti yang mencukupi.
“Bandar-bandar yang kaya telah mempunyai segalanya dan kini sudah tiba masanya untuk kita membantu yang miskin di kawasan luar bandar,” ujarnya.
UMNO SEMESTINYA TIDAK AKAN DAN TIDAK PERLU MASUK CAMPUR KE DALAM POLITIK SARAWAK KERANA BARISAN NASIONAL DI SARAWAK AMAT KUKUH DAN TIDAK DAPAT DIPERTIKAIKAN KEWIBAWAAN BARISAN NASIONAL SARAWAK TERUTAMANYA PARTI PESAKA BUMIPUTRA BERSATU (PBB).
YB-YB PEMBANGKANG DI SARAWAK FAHAM-FAHAM JE LAH MAKSUD CM KITA.
@ Sent From HTC Butterfly
0 ulasan:
Catat Ulasan