Khamis, 22 Januari 2015

TAHNIAH YB TUPONG : GUA SALUTE U !!!



Dalam ramai-ramai ADUN di Sarawak, aku tabik dengan YB Datuk IR Hj. Daud bin Abdul Rahman, ADUN Kawasan Tupong. Persembahan dan rekod cemerlang beliau dalam membantu pengundi-pengundi di kawasan Tupong begitu gah walaupun pernah terpalit dengan skandal Projek Baitulmal

Terbaru beliau telah membantu rakyat di Petrajaya umumnya dan kawasan beliau sendiri khasnya dalam menyelesaikan masalah kesesakan lalulintas di Bulatan Dato Abang Kipali Abang Akib. Usaha ini amat-amat dihargai kerana kesesakan di kawasan ini amatlah teruk sehingga dirasakan YB ini sendiri hendak balik ke rumah beliau yang terletak betul-betul di bulatan ini pun sukar.





Kredibiliti dan kecemerlangan yang beliau tunjukkan sepanjang menjadi ADUN banyak diperkatakan oleh penduduk sekitar kawasan Tupong. Ini memberikan gambaran yang jelas kepada kepimpinan atasan PBB bahawa beliau memang layak bergelar ADUN di kawasan tersebut.

Tahniah YB, teruskan usaha untuk membantu rakyat.

@ Sent From Lenovo Ideapad 


            

0 ulasan:

Catat Ulasan