Khamis, 4 Disember 2014

DYMM SULTAN SELANGOR LUCUT DARJAH : ANWAR TAK HERAN, ADA BANYAK LAGI DARJAH



Berita DS Anwar dilucutkan dari Darjah Kebesaran Seri Sutan Salahuddin Abdul Aziz Shah (S.S.S.A) agak mengejutkan. Walaupun bukan kali pertama darjah yang diberikan kepada seseorang dilucutkan, bila berkaitan dengan Anwar Ibrahim, ini amat menarik.




Anwar Ibrahim sebelum ini dilihat amat KEBAL dan ikut suka dia bagaikan ombak melanda pantai. Beliau dilihat menongkah arus tanpa mengira apa yang ada di hadapan beliau. Kemuncak pertembungan Anwar dengan institusi raja adalah bilamana beliau ingin menabalkan isteri beliau, Datin Sri Wan Azizah menjadi Menteri Besar Selangor. 

Di saat inilah, kita melihat Anwar dan kunco-kunconya tanpa mempedulikan sesiapa, menetapkan pendirian WALAU APAPUN YANG TERJADI, WAN AZIZAH TETAP AKAN MENJADI MENTERI BESAR SELANGOR. Kesombongan dan keegoaan Anwar Ibrahim dan kunco-kuconya ketika itu amatlah melampau sehinggakan mereka sanggup menikam rakan mereka iaitu PAS yang konsisten menyokong apa jua keputusan DYMM Sultan Selangor.

Natijahnya, DYMM Sultan Selangor menggunakan kuasa yang ada padanya menetapkan Azmin Ali menggantikan TS Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor. Anwar dan kunco-kunconya pada awal pengumuman tersebut masih tidak dapat menerima keputusan DYMM Sultan Selangor. Tapi lumrah alam, durian tetap menang dengan timun samaada menggolek atau digolek. Anwar terpaksa akur jua dengan keputusan DYMM Sultan Selangor

Kita tunggu apa pula keputusan Raja-Raja Melayu yang lain selepas ini.


Wechat : sarawakguerreiro
BBM : 79CA2732

@ Sent From Acer Iconia Tab 10
            

0 ulasan:

Catat Ulasan