Isnin, 15 September 2014

AHLI PAS SARAWAK WAJIB BACA !!!



Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu membuat teguran terbuka terhadap pemimpin ulama yang ghairah memaparkan “imej keIslaman” untuk menghalalkan segala tindakan mereka.

Beliau berkata tindakan mencanang imej berkenaan secara melampau boleh menjadikan PAS tidak lagi relevan kepada rakyat Malaysia di masa depan.

Beliau yang juga dikenali Mat Sabu mahukan parti itu kembali kepada memperjuangkan keadilan sosial sebagai teras utamanya, laporan Malaysiakini.

Mat Sabu berkata pimpinan ulama tidak boleh selesa memikirkan mereka mempunyai kawalan sepenuhnya ke atas PAS sehinggakan Majlis Syura diangkat sebagai badan tertinggi parti itu.

Teguran Mat Sabu itu dijangka menjadi topik panas pada Muktamar PAS minggu depan.

Parti itu sedang bergolak dengan perbalahan di antara golongan ulama dan golongan professional yang sering dituduh sebagai penyokong Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Perbalahan itu terserlah dalam krisis jawatan Menteri Besar Selangor apabila Majlis Syura menolak keputusan-keputusan yang dibuat oleh Jawatankuasa Pusat PAS.

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang sendiri dilihat membelakangkan keputusan JKP parti dalam isu pencalonan nama untuk jawatan MB itu.

Perbalahan itu makin meruncing dan ramai pihak tidak menolak kemungkinan PAS keluar daripada Pakatan Rakyat tidak lama lagi.

Laporan berbahasa Inggeris itu memetik Mohamad Sabu sebagai berkata adalah penting untuk PAS dilihat bersama rakyat dan merujuk kepada DAP sebagai contoh.

Mat Sabu menegaskan bahawa pemimpin PAS "harus berwaspada menggunakan Islam semata-mata untuk mendapatkan sokongan.”

“(Ini) kerana akan sampai masanya rakyat Malaysia akan melantik seorang “Jokowi” sebagai pemimpin mereka,” kata beliau.

Mat Sabu merujuk kepada Joko Widodo - seorang penggemar muzik rock - yang  dipilih sebagai presiden Indonesia yang baru.

Widodo atau Jokowi digemari belia dan rakyat umumnya sungguhpun parti lawan cuba mengecam beliau sebagai tidak arif dalam Islam, kata beliau.

"Kepimpinan (teratas) PAS tidak harus terlalu bangga dalam menggunakan Islam sebagai perisai untuk mempertahankan segala tindakan mereka,” kata beliau.

"Para ulama dalam PAS harus menjalankan reformasi dalaman dan lebih terbuka berhubung isu-isu rasuah dan keadilan,” kata Mat Sabu kepada portal itu.

@ Sent From HTC ONE X
            

Sabtu, 13 September 2014

DIRGAHAYU : TUN PEHIN SRI ABDUL TAIB MAHMUD








Lebih dari 10,000 warga Bandaraya Kuching membanjiri Padang Merdeka untuk menghadiri Majlis Perarakan Sambutan Hari Lahir Yang di-Pertua Negeri Tun Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud di Padang Merdeka sebentar tadi.

Tun Pehin Sri Taib, yang mengambil alih dari Tun Datuk Patinggi Abang Haji Muhamad Salahuddin pada 1 Mac menyambut ulangtahunnya yang ke-78 tahun kali pertamanya secara rasmi sebagai Tuan Yang D-Pertua Negeri Sarawak

Sebanyak 114 kontinjen yang terdiri daripada 5,000 peserta dari pelbagai jabatan dan agensi kerajaan, sektor swasta, institusi pendidikan, badan-badan politik dan badan-badan beruniform dan tidak beruniform yang lain mengambil bahagian dalam perarakan tersebut.

Walaupun acara itu secara rasmi tersebut bermula pada pukul 8 pagi, sekumpulan besar orang sudah mula membanjiri sekitar Padang Merdeka dan sepanjang jalan di mana perarakan akan dilangsungkan.

Tuan Yang D-Pertua, diiringi oleh isterinya Toh Puan Sri Ragad Kurdi-Taib tiba di hadapan pentas utama di bertentangan dengan Padang Merdeka pada kira-kira jam 8 pagi dengan disambut oleh Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Haji Adenan Satem dan isterinya Puan Seri Hajah Jamilah.

Turut hadir menyambut ketibaan mereka Menteri Pelancongan dan Perumahan Datuk Amar Abang Haji Johari Tun Abang Haji Openg yang juga Pengerusi Penganjur Perarakan Sambutan Hari Ulang Tahun Tuan Yang D-Pertua Negeri sarawak 2014, Setiausaha Kerajaan Negeri Tan Sri Datuk Amar Mohd Morshidi Abdul Ghani, Pegawai Pemerintah Wilayah II Leftenan Datuk Mohd Zaki Mokhtar dan dif-dif kenamaan yang lain.

Acara ini bermula dengan Tuan Yang D-Pertua diberi tabik hormat diraja dan memeriksa 103 pengawal ke-hormat daripada Rejimen Askar Melayu Diraja di bawah pimpinan Major Sagiman Aziz sebelum memeriksa kontinjen yang mengambil bahagian dalam perarakan tersebut dengan menaiki sebuah kenderaan khas bersama Ketua Menteri.

Ini diikuti dengan ucapan yang disampaikan oleh Datuk Patinggi Tan Sri Adenan di ikuti dengan tiga teriakan "Dirgahayu" dari kontinjen-kontinjen yang mengambil nagahgian kepada Tuan Yang Terutama.
Sewaktu Tuan Yang D-Pertua dipersembahkan dengan kek hari jadi khas di iringi lagu hari jadi dan 78 ekor burung merpati dilepaskan secara simbolik untuk jumlah tahun hari jadi beliau, beberapa buah helikopter melintasi ruang udara di atas Padang Merdeka sambil dilepaskan 17 tembakan meriam.

Kontinjen-kontinjen, termasuk kumpulan kereta vintaj Mini Coopers, kereta lumba Formula1 dan penunggang motor berkuasa tinggi mula berarak melintasi pentas utama sambil memberi penghormatan kepada Tuan Yang Terutama.

Pada akhir majlis tersebut, satu tarian medley yang menggambarkan keharmonian rakyat dan perpaduan bertajuk "Payung Mahkota Dirgahayu Ke-78" dipersembahkan seramai 1,500 penari.

Tuan Yang Terutama dan orang-orang kenamaan kemudiannya pergi ke Dewan Lapau, Dewan Undangan Negeri Sarawak di Petra Jaya di mana sesi persembahan sesi Anugerah Negeri dijadual diadakan. -Sarawakiana

@ Sent From HTC ONE X
            

Khamis, 11 September 2014

ABG JO TUNJUK TARING : LU LANGSI, LU TAK MASUK SARAWAK



Kenyataan tegas dan lantang Ketua Menteri Sarawak di hadapan Perdana Menteri Najib Abdul Razak Isnin lalu menunjukkan keseriusan kerajaan Sarawak dalam usaha mengekalkan keamanan dan keharmonian dalam negeri dengan menentang pelampau agama dan fanatik bangsa untuk masuk ke Sarawak.

Menteri Perumahan, Abang Johari Tun Openg berkata, apa yang Adenan mahu rakyat tahu adalah kerajaan Sarawak akan melakukan apa sahaja termasuk mengetatkan kuasa imigresen untuk menghentikan kemasukan puak pelampau ke dalam negeri itu.

“Ahli politik antara yang akan dilarang masuk… bukan bermaksud kita takut dengan mereka tetapi kita perlu menghentikan kemasukan mereka,” katanya dalan satu kenyataan. “Jika dibiarkan tanpa kawalan, amat sukar untuk menangani perkara ini, seperti apa yang berlaku di beberapa tempat di semenanjung.”

Beliau menggesa badan bukan kerajaan (NGO) dan badan sukarela di Sarawak membantu mempromosi dan mengekalkan atmosfera keharmonian yang diturunkan oleh generasi masa lalu untuk generasi baru melindunginya.

Abang Johari menambah pihak kerajaan sangat kritikal dengan cubaan pihak tertentu untuk melakukan aktiviti yang tidak diingini, dimana jika tidak pantau, akan membahayakan keamanan dan keharmonian.

Beliau tidak merujuk secara spesifik aktiviti tersebut tetapi kerajaan Sarawak mempunyai pengalaman mengenai tindakan NGO tempatan yang menjalin kerjasama dengan NGO dari semenanjung untuk melakukan penukaran agama dengan cara menipu Orang Asal yang beragama Kristian kepada Islam.


@ Sent From HTC ONE X
            

EDISI 999 : RAKYAT PULAU PINANG MAHU @PDRMsia TANGKAP KEPALA PPS



Bertempat di IPK Jalan Penang , rakyat Pulau Pinang yang terdiri daripada Gabungan NGO Islam Pulau Pinang serta rakyat Pulau Mutiara khususnya orang-orang Melayu hari ini berhimpun untuk menyerahkan memorandum kepada Ketua Polis Negeri Datuk Abdul Rahim Hanafi.

Kehadiran mereka adalah disebabkan sikap besar kepala Ketua Menteri Pulau Pinang , Lim Guan Eng yang baru-baru ini mencabar KPN disebabkan tindakan pihak PDRM menangkap anggota PPS yang ditubuhkannya secara haram.

Ekoran daripada itu memorandum ini dihantar supaya pihak Polis segera menangkap Lim Guan Eng orang yang bertanggungjawab menubuhkan PPS dan membela pasukan haram ini.

"Tidak cukup sekadar menangkap anggota bawahan PPS kerana kepala besar mereka dibiarkan BEBAS , ini bukan soal rasis tetapi soal keselamatan dan Guan Eng seharusnya bertanggungjawab dan beliau harus ditangkap memandangkan sehingga ke hari ini masih lagi mempertahankan kumpulan haram terbabit" kata salah seorang peserta yang sama-sama hadir untuk menyerahkan memorandum kepada Ketua Polis Negeri Pulau Pinang semalam.




Berikut adalah kandungan memorandum tuntutan agar Lim Guan Eng ditangkap untuk siasatan kes PPS dan ucapan menghasut serta memerangi PDRM.

DARIPADA :

1) GABUNGAN NGO ISLAM PULAU PINANG

2) RAKYAT NEGERI PULAU PINANG

Berikutan penangkapan anggota Pasukan Peronda Sukarela (PPS) pada 31 Ogos 2014 yang lalu, kami barisan NGO Islam Negeri Pulau Pinang (GNIPP) dan seluruh rakyat negeri Pulau Pinang mengucapkan tahniah kepada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) di atas tindakan yang tegas, cekap dan professional yang ditunjukkan oleh pihak PDRM semasa menjalankan penangkapan dan mengendalikan soal siasat untuk kes tersebut.

Kami menyokong penuh tindakan PDRM menangkap anggka PPS demi memaskitan keselamatan negeri ini terus terjamin selain memastikan keharmonian negeri terpeliharan dan memastikan tidak ada pihak yang boleh bertindak atau melakukan sesuatu yang melanggari undang-undang negara. Penangkapan ini membuktikan bahawa pihak PDRM tidak mengabaikan ratusan laporan polis yang telah dibuat sebelum ini berkaitan isu PPS.

Namun begitu, setelah seminggu berlalunya penangkapan ke atas anggota PPS, kami mendapati pihak PDRM tidak mengambil sebarang tindakan ke atas YAB Lim Guan Eng, Ketua Menteri Pulau Pinang sedangkan beliau adalah ketua dan pimpinan tertinggi negeri yang bertanggungjawab sepenuhnya dalam penubuhan dan pergerakan PPS ini.

Justeru pada hari ini kami ingin mendesak agar pihak PDRM mengambil tindakan tegas terhadap Lim Guan Eng dengan menangkap beliau dengan kadar segera atau dua faktor:

1) Selaku Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng adalah orang yang bertanggungjawab meluluskan penubuhan PPS, meluluskan dana dan peruntukkan wang Kerajaan Negeri Pulau Pinang kepada PPS dan beliau adalah orang yang terlibat secara langsung dalam merancang pergerakan dan hala tuju PPS.

2) Beratus laporan polis telah dibuat berkaitan ucapan berbaur hasutan oleh Lim Guan Eng yang cuba menghasut rakyat membenci Ketua Polis Negara khususnya dan PDRM amnya. Ucapan Lim Guan Eng ini boleh mencetuskan hura-hara dan mengganggu-gugat keamanan, keselamatan dan kesejahteraan negara.

Oleh yang demikian, kami berharap PDRM dapat menggunakan peruntukan undang-undang yang ada termasuk Akta Hasutan 1948 , Akta Ketenteraman Awam (Pemeliharaan) 1958 atau akta-akta lain yang berkaitan untuk menangkap Lim Guan Eng dengan kadar segera dan mendakwa beliau di mahkamah.

@ Sent From LENOVO IDEAPAD


            

DR ZUHDI PUNYA SENGAT : AZIZAH AKAN JADI MB BONEKA



PAS meminta PKR supaya menghentikan 'drama hindustan' dengan meraih simpati rakyat seperti era Reformasi 1998, untuk melantik Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail sebagai menteri besar Selangor.

Ketua Pegawai Operasi Pusat Penyelidikan PAS Dr Zuhdi Marzuki berkata teguran Abdul Hadi mengenai keupayaan Wan Azizah menerajui negeri itu dianggap "satu penghormatan" jika diteliti kemelut politik negeri itu termasuk sejak era Reformasi 1998.

Beliau mengumpamakan Wan Azizah seperti Abu Zar al-Ghifari yang ditegur tidak mampu menjadi pemimpin politik tetapi tetap dihormati apabila dianggap isteri mithali sewaktu Datuk Seri Anwar Ibrahim dihina pada 1998.

"Saya melihat teguran Abdul Hadi Awang itu bukan satu penghinaan, sebaliknya satu penghargaan malah satu penghormatan kepada Kak Wan yang telah melaksanakan peranannya sebagai seorang isteri mithali.

"Bagaimanapun, pada pandangan saya usaha untuk menobatkan Kak Wan sebagai MB akan menjadikan semua reputasinya sebagai isteri mithali sebelum ini tercemar.

"Tidak mustahil dia akan disebut selepas ini sebagai 'MB Boneka' atau lain-lain gelaran yang tidak manis. Lebih malang lagi, ia akan menjadi 'benchmark' kepada kepimpinan wanita dalam mengetuai teraju utama siyasah di Malaysia," katanya.

Menurut Dr Zuhdi lagi, ketika suaminya Datuk Seri Anwar Ibrahim ditinggalkan oleh kawan rapatnya, tetapi Wan Azizah terus setia dan percaya dengan kesetiaan suaminya.

"Beliaulah kemudiannya menggalas harapan suaminya sebagai simbol golongan yang dizalimi, dengan memimpin Parti Keadilan Nasional (PKN) dan kemudiannya PKR.

"Meskipun demikian, mereka yang rapat dengan Kak Wan semasa dia memimpin PKN dan sekarang PKR mengetahui secara lebih mendalam keupayaannya dalam melaksanakan amanah kepimpinan.

"Kak Wan adalah seumpama Abu Zar al-Ghifari, seseorang yang ada kelebihan hebat di bidang selain daripada amanah kepimpinan," katanya.

Sehubungan itu, Dr Zuhdi berkata harapan rakyat Selangor mahu melihat kehebatan, kecekapan dan kebijaksanaan seorang menteri besar Pakatan menerajui pentadbiran seperti yang ditunjukkan oleh Tan Sri Khalid Ibrahim sebelum ini.

"Sekarang adalah masa untuk menunjukkan model kepimpinan yang unggul di negeri Selangor, yang akan menjadi contoh sebagai negeri termaju yang juga dikenali dengan 'mini Malaysia'," katanya.


@ Sent From HTC ONE X
            

DARI MANTAN KPN : WARKAH BUAT PM NAJIB



Akta Hasutan 1948 masih mempunyai ruang untuk dipinda dan diperkukuhkan lagi bagi memenuhi keperluan semasa dan bukannya dihapuskan.

Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan berkata, sejak dilaksanakan, akta tersebut telah beberapa kali dipinda dan ianya masih lagi relevan bagi memastikan keselamatan dan keharmonian negara terus dipertahankan.

Jelas beliau, penghapusan akta tersebut seperti mana yang dicadangkan oleh segelintir pihak, pada hakikatnya hanya akan memburukkan lagi keadaan.

“Masih banyak ruang untuk diperkukuhkan lagi dan bukannya dihapuskan kerana biar pun Akta Hasutan 1948 ada, perlembagaan negara masih menyokong kebebasan bersuara dalam kalangan rakyat tetapi perlulah diingat kerana ianya tidak mutlak. Seperti juga apabila al-Quran diturunkan, ia menjadi panduan untuk sesuatu had (limitation) kerana tiada apa yang mutlak. Trend pada masa sekarang, kita lihat ketegangan dalam negara ini diwujudkan oleh kumpulan-kumpulan yang terlibat dengan politik, rakyat tidak membangkitkan sangat perkara-perkara provokasi tersebut.

Kumpulan itu mahu kebebasan bersuara yang mutlak kerana mereka melihat Akta Hasutan 1948 ini cuba menyekat kebebasan mereka bersuara. Pada saya, ini adalah sesuatu yang perlu kita jaga,” katanya semasa sidang media sempena pelancaran Gerakan Warganegara Mempertahankan Akta Hasutan 1948 di sini hari ini.

Tambah Musa, negara-negara seperti Singapura masih lagi mengamalkan undang-undang yang hampir sama dengan akta hasutan dan Akta Keselamatan Dalam Negeri. Malah menurut beliau, sebuah negara yang sering melaung-laungkan hak demokrasi dan kebebasan bersuara seperti Amerika Syarikat juga tidak memberikan hak mutlak di mana rakyatnya masih tertakluk di bawah Akta Patriot.

"Ini berbeza dengan Malaysia yang mahu menghapuskan akta-akta yang berkaitan dengan undang-undang pencegahan, katanya sambil menambah apakah yang perlu dibuat sekiranya akta tersebut telah dihapuskan dan negara mengalami ketidakharmonian di antara rakyat? ," tanyanya.



Dalam pada itu, Fasilitator Gerakan Warganegara Mempertahankan Akta Hasutan 1948, Mohd. Khairul Azam Abdul Aziz (gambar bawah, duduk sebelah Musa) berpendapat, akta itu tidak seharusnya dihapuskan sebaliknya hukuman yang lebih berat perlu dikenakan kepada pesalah terutama bagi pesalah-pesalah yang telah melakukan kesalahan yang sama berulang kali.
Antara yang dicadangkan adalah hukuman mati kepada penghasut tegar.

“Kami berpandangan bahawa tiada sebab untuk kerajaan tunduk kepada desakan warganegara minoriti untuk memansuhkan Akta Hasutan 1948 ini atau menggantikannya dengan suatu akta baharu yang tidak diperlukan.

"Kami percaya bahawa demi menjayakan program transformasi negara, apa yang diperlukan adalah menaikkan lagi jumlah denda dan tempoh penjara bagi penghasut tegar termasuklah mengenakan hukuman mati mandatori terhadap penghasut yang telah disabitkan kesalahan buat kali yang ketiga,” tegasnya.

Tambah Khairul Azam, sebagai sebuah negara yang didiami pelbagai kaum, agama dan bangsa, Malaysia memerlukan Akta Hasutan 1948 untuk terus memastikan setiap warganya hidup dalam keadaan harmoni dan selamat tanpa dihasut oleh anasir-anasir jahat.

Beliau bersama beberapa badan-badan bukan kerajaan (NGO) yang lain termasuklah Persatuan Bekas Komando VAT 69 dan Persatuan Kebajikan Bekas Anggota Skuad 69 PDRM Malaysia telah melancarkan petisyen dalam talian bagi membuka peluang kepada rakyat Malaysia untuk menyatakan sokongan terhadap akta tersebut.

Sejuta tandatangan sama ada secara maya atau fizikal disasarkan dapat dikumpul sebelum petisyen tersebut diserahkan kepada Yang Dipertuan Agong, Sultan Halim Muadzam Shah dan salinannya pula akan diberikan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semasa sidang parlimen yang akan datang. Gerakan Warganegara Mempertahankan Akta Hasutan 1948 juga akan mengaturkan siri jelajah penerangan ke seluruh negara bagi menerangkan kepentingan untuk mempertahankan akta berkenaan.


@ Sent From HTC ONE X
            

Isnin, 8 September 2014

KHALID SAMAD ISTIHAR PERANG TERHADAP PRESIDEN PAS !!!



Baiah yang disebut-sebut dibuat oleh anggota PAS sebenarnya dilakukan untuk mengikrarkan taat setia kepada Allah dan Rasul dan bukannya mana-mana pemimpin, kata anggota Jawatankuasa Pusat PAS, Khalid Samad.

Khalid berkata demikian dalam satu wawancara dengan Malaysiakini sewaktu menjelaskan pandangan yang mendakwa mereka yang berhujah dan berbeza pendapat dengan presiden parti dan Majlis Syura sebagai tidak taat kepada parti.

Menurut Khalid, dalam PAS kini wujud segolongan "ustaz muda" yang cuba mewujudkan persepsi bahawa perbezaan pendapat dengan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebagai satu kesalahan - demi agenda peribadi mereka.

"Baiah itu adalah untuk memberikan taat setia kepada Allah dan Rasul - bukan kepada mana-mana pemimpin atau sokongan tanpa syarat kepada mana-mana pemimpin.

"Mereka (ustaz muda) ini tidak faham.

"Selagi mana presiden itu patuh pada ajaran Islam, ia OK.

"Namun ia bukan bermakna kita kena dengar dan patuh pada semua kata-katanya," kata MP Shah Alam.

Menurutnya, badan pembuat keputusan tertinggi (legislatif) dalam PAS sebenarnya adalah muktamar tahunan parti.

Sementara, Jawatankuasa Pusat PAS pula bertindak sebagai pelaksana (eksekutif) dan Majlis Syura pula memberikan panduan umum bagi memastikan PAS tidak terkeluar dari landasan syariah.

Menurutnya, ramai sebenarnya keliru di antara kuasa eksekutif dan legislatif dan ramai juga yang tidak sedar bahawa seorang presiden parti tidak semestinya merupakan seorang ulama.

"Kertas kerja asal penubuhan PAS memperincikan dengan jelas bahawa Jawatankuasa Pusat PAS adalah eksekutif, Majlis Syura pula adalah organisasi yang memberi panduan dan memantau legislatif sendiri iaitu muktamar," katanya.

Oleh sebab itu, keputusan bersifat polisi yang penting seperti keputusan untuk terus kekal bersama Pakatan Rakyat diputuskan sewaktu muktamar tahunan.

Sumber

PRESIDEN PAS WAJIB MENJALANKAN PEMUTIHAN TERHADAP PAS. RAMAI DI KALANGAN AHLI-AHLI PAS KINI CUBA MENDAHULUI PRESIDEN. ANWAR IBRAHIM DI ANGGAP LEBIH MULIA DARIPADA PRESIDEN PAS.

@ Sent From HTC ONE X
            

SULTAN MURKA : PKR DAH BOLEH LUPAKAN JAWATAN MB



Oleh kerana nak sangat tunjuk kedegilan di hadapan DYMM Sultan Selangor, hari ini dalam kenyataan dua muka surat, DYMM Sultan Selangor telah menyatakan perasaan dukacita beliau terhadap tindakan PKR dan DAP yang terang-terangan ingkar terhadap titah beliau.





Di dalam kenyataan tersebut menyebut, hanya PAS sahaja yang mencalonkan 3 nama manakala DAP dan PKR tetap berdegil mencalonkan DS Wan Azizah.

Yang paling best, DYMM Sultan Selangor yang mempunyai kuasa dalam melantik Menteri Besar akan meneliti nama Adun-Adun yang lain dari Pakatan Rakyat.

PADAN MUKA ANWAR IBRAHIM.

@ Sent From HTC ONE X
            

Sabtu, 6 September 2014

HOT DALAM KELAMBU : PRESIDEN PAS DEDAH TAKTIK KOTOR PKR DAN DAP MEMBULI PAS !!!



Kuala Lumpur – Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata PKR dan DAP terlebih dulu memujuk Ahli Parlimen Gua Musang Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah menyertai parti mereka, namun ditolak ahli Parlimen Umno itu.

“Yang mula-mula berjumpa Tengku Razaleigh, PKR. Bukan kita. PKR jumpa dulu, ajak Tengku Razaleigh masuk PKR. Lepas itu, DAP berjumpa Tengku Razaleigh, ajak Tengku Razaleigh masuk DAP. Tengku Razaleigh ‘dok terliur’ (tidak berminat) belaka nak masuk dua-dua parti ini,” kata Hadi dalam sesi dialog beliau dengan pemimpin dan ahli PAS di Terengganu pada Khamis

Beliau berkata demikian menjawab soalan orang ramai tentang dakwaan Naib Presiden PKR Rafizi Ramli yang mengatakan PAS menawarkan jawatan perdana menteri kepada Tengku Razaleigh sekiranya Pakatan Rakyat (PR) menang dalam pilihan raya umum ke-13 lalu.

Ia adalah kali pertama Hadi menjawab dakwaan pemimpin PKR itu.

Klip video dialog yang dikhaskannya untuk ahli dan pemimpin PAS di Terengganu tersebut kini disebarluaskan melalui laman sosial termasuk Facebook.

Hadi berkata, selepas rakan dalam PR bertemu dengan Tengku Razaleigh, yang lebih dikenali sebagai Ku Li, dan mereka gagal, mereka meminta pemimpin PAS pula memujuk Ku Li supaya masuk PAS.

“Kita pun pujuklah dia masuk PAS. Dia tak nak masuk PAS juga, dia nak duduk dalam Barisan Nasional. Itulah ceritanya, yang berlakunya. Jadi, yang bising-bising tu, kita kena fahamlah. Itu hakikat yang sebenarnya,” cerita Hadi dalam taklimat di dalam dewan terbuka bersebelahan Masjid Rusila.

Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali sebelum ini memberitahu, Rafizi telah membuat kenyataan bodoh apabila mendedahkan cadangan PAS mahu Ku Li dilantik sebagai perdana menteri itu.

Rafizi mendedahkan perkara itu pada forum berkenaan krisis menteri besar Selangor di Kuala Lumpur awal Jun lalu.

Seterusnya Hadi turut mencabar golongan yang berselisih pendapat dalam PAS agar keluar parti untuk menubuhkan gerakan sendiri.

Dengan nada berseloroh, beliau mengumpamakan golongan tersebut sebagai pengacau seperti nyamuk yang mengganggu tidur.

“Jadi mereka yang berlainan pendapat dalam PAS ni, dia nak tubuh parti sila, baik dia keluar dia tubuh parti sendiri, senang tak payah duduk dalam,” ujarnya disambut dengan laungan takbir.

“Kalau duduk dalam, kalau ada nyamuk seekor tak jenera (lena) tidur kita pun, itu dia, senang nak tubuh parti, sila,” katanya seperti dipetik dalam laporan lidah parti itu, Harakahdaily hari ini.

Beliau dilaporkan berkata demikian ketia dalam satu program dialog di Rusila, Terengganu semalam.

Menurut laporan Harakahdaily semalam, Hadi turut ditanya mengenai ura-ura penubuhan parti baru dengan nama Parti Ummah Sejahtera Malaysia (Pasma).

Hadi bagaimanapun berkata beliau tidak tahu menahu mengenai perkara itu.

SEPATUTNYA KEPIMPINAN DAN AHLI-AHLI PAS SUDAH PUN MENGETAHUI TAKTIK KOTOR DAP DAN PKR. KEDUA-DUA PARTI INI SENANTIASA MEMBULI PAS DALAM APA JUA KEADAAN TERDESAK. SAMPAI BILA PAS SANGGUP DITUNGGANGI OLEH KEDUA-DUA PARTI INI.

TIDAKKAH PAS PUNYA MARUAH DAN HARGA DIRI ? PAS SEBUAH PARTI YANG MASAK DENGAN POLITIK MALAYSIA SEPATUTNYA MENJADI 'KETUA' DALAM PAKATAN RAKYAT. TAPI APA YANG KITA LIHAT, PAS SENTIASA BERADA DI BELAKANG KEDUA-DUA PARTI INI. 

@ Sent From LENOVO IDEAPAD
            

Jumaat, 5 September 2014

BODOH PIANG : KECIK-KECIK TAK NAK MAMPUS


Apa Kejadah puak sengal dikalangan Mahasiswa nie dok buat....? Kalau orang kurang berpelajaran bertindak sedemikian boleh jugak diterima namum depa nie nama mahasiswa sudah tentu berpelajaran tinggi kalau tak mana mungkin belajar di Universiti.
Nama mahasiswa mungkin tercemar kerana hanya beberapa mahasiswa yang membuat onar.

Sekumpulan mahasiswa dari Gabungan Mahasiswa Islam Semalaysia (Gamis) menghantar memorandum kepada Kementerian Dalam Negeri bagi menuntut pemansuhan Akta Hasutan 1948.



Berlangsung selepas solat Jumaat petang tadi, mereka turut menghantar satu replika jenazah yang siap dikafan sebagai simbolik kepada demokrasi yang 'mati'.

Seorang pegawai dari KDN yang sepatutnya menerima memorandum itu bagaimana pun memulangkan kembali memorandum tersebut.

Kumpulan mahasiswa tersebut kini berkumpul di lobi bangunan KDN dan berteriak "Mansuh-mansuh, Akta Hasutan!".

Mereka bertegas mahu menyerahkan replika mayat kepada KDN.

Himpunan hari ini adalah yang pertama selepas siri dakwaan terhadap ahli politik, tokoh akademik serta aktivis di bawah Akta Hasutan 1948.

Dalam sebaran media semalam, Gamis mengumumkan himpunan hari ini adalah bertujuan membantah dakwaan hasutan ke atas pensyarah undang-undang, Dr Azmi Sharom.

INILAH YANG DIKATAKAN MELAYU HAPRAK. BELUMPUN GENGGAM IJAZAH, DAH CUBA MEMANDAI-MANDAI. SIAPA YANG AKAN RUGI SELEPAS INI SEKIRANYA PIHAK PENGURUSAN IPTA/IPTS MENGAMBIL TINDAKAN. SUDAH PASTI MEREKA INI.

KALAU DAH BODOH TAK BOLEH DIAJAR, BAIK BUANG SAHAJA KE DALAM SUNGAI BAGI BUAYA MAKAN. HIDUP PUN MENYUSAHKAN ORANG.

@ Sent From HTC ONE X
            

DAUN KETUM DIWARTA BAWAH AKTA DADAH BERBAHAYA, KETUM TUA PULA PATUT SUMBAT DALAM PENJARA


Kementerian Dalam Negeri akan mewartakan penyalahgunaan daun ketum di bawah Akta Dadah Berbahaya 1952, kata Menterinya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau berkata, penguatkuasaan terhadap penyalahgunaan daun ketum akan dilaksanakan dalam tempoh terdekat oleh pasukan polis dan Agensi Anti Dadah Kebangsaan.

"Sehubungan itu penanaman pokok ketum, memproses daun ketum menjadi air dan pengedaran bahan ketum adalah menjadi kesalahan yang akan dibanteras," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Beliau yang juga naib presiden Umno merasmikan mesyuarat perwakilan Umno bahagian Kubang Pasu.

Penyalahgunaan daun ketum sebelum ini diletakkan di bawah Akta Racun 1952.

Sementara itu Ahmad Zahid berkata, kerajaan bercadang untuk membina pagar berelektronik di kawasan sempadan negara termasuk di Sabah dan Sarawak bagi mengelak kegiatan penyeludupan.

Beliau berkata pagar sempadan sedia ada didapati rosak akibat perbuatan penyeludup menyeludup keluar barangan bersubsidi dan menyeludup masuk dadah.

"Hampir RM5.2 bilion barangan bersubsidi seperti diesel dan petrol diseludup keluar ke negara jiran dan ia amat merugikan kerajaan," katanya. - Bernama
ELOK SANGAT LAH TU. BUKAN SETAKAT DAUN KETUM JE PERLU DINYAHKAN, KETUM (KETUA UMUM) PKR PUN PATUT DINYAHKAN DARI MALAYSIA. BANYAK SANGAT SUDAH KEHANCURAN YANG DILAKUKAN OLEH KETUM SEKOR NI. SAMPAI BILA KITA NAK LAYAN MAINAN POLITIK SI KETUM NI. DUNIA SEMAKIN MAJU, KITA PULAK HARI-HARI BICARA PASAL KETUM.

@ Sent From LENOVO IDEAPAD
            

TUN PEHIN SRI ABDUL TAIB MAHMUD : PEJUANG YANG TIADA GALANG GANTINYA



KETUA Menteri Sarawak selama lebih 30 tahun, Tan Sri Abdul Taib Mahmud seolah-olah terasing dari politik Semenanjung sekalipun pergantungan Semenanjung kepadanya sangat besar bagi pengekalan kuasa BN dari satu pilihan raya ke satu PRU.

Nasib baik Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Tun Razak tidak mempedulikan pandangan Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin Abu Bakar yang menyertai golongan chauvanis Cina dan pembangkang mahukan supaya Taib berundur kerana rasuah. Kalau tidak, Najib pun tidak jadi Perdana Menteri hari ini.

Saya kenal Taib sejak beliau menjadi Timbalan Menteri Perdagangan dan Industri Persekutuan lebih 40 tahun lalu dan ketika itu Kip Bahadun menjadi pembantu khasnya (bekas Setiausaha Kerja Umno-Allahyarham)

Apabila beliau outsmarted Abdul Rahman Yaacob bapa saudaranya yang mahu menjatuhkannya dalam pertarungan politik Sarawak, Taib keluar dengan aura kepimpinan yang gagah, ditakuti, dihormati dan disegani.

Rakyat di Semenanjung tidak bagitu tahu bahawa disebalik pelbagai tuduhan rasuah dan penyalahguaan kuasa terhadapnnya, cengkamannya yang kuat dan bijaksana dalam politik dan pentabiran Sarawak, maka Bumiputera Sarawak dapat diselamatkan, tanah tanah mereka tidak terjatuh ke mulut naga-naga Cina yang senantiasa ternganga, lapar, rakus dan tamak haloba walaupun sudah kekenyangan.

Taib menjadi benteng pertahanan kepada Bumiputera dan Islam di Sarawak bukanlah dengan penonjolan imej perkauman dan keIslaman dari kata dan perbuatan.

Taib tidak pernah menimbulkan prasangka kaum untuk mencari keyakinan di kalangan Bumiputera kerana beliau sedar keyakinan mereka terhadapnya tidak pernah berganjak.

Setiap kali menghadapi pilihan raya, orang Cina meloncat dan mengaum seperti singa lapar membuat berbagai fitnah untuk menjatuhkannya dengan sokongan dari kuasa asing yang berkepentingan dengan kekayaan Sarawak dan juga sokongan budak-budak berhingus politik di Semenanjung yang mahu dikenali sebagai juara pejuang keadilan dan demokrasi sedangkan mereka sendiri bergelumang dengan najis.

Taib memahami, menghayati dan sebati dengan sejarah negara. Beliau memanipulasi kuasanya di samping mengkayakan diri dan keluarganya tetapi beliau juga mengkayakan Bumiputera Sarawak dari suku Melanau, Melayu dan lain lain kepada taraf kehidupan yang bermaruah dan dihormati.

Mereka memberikan sokongan padu kepadanya kerana mereka dapat merasakan keadilannya dan dapat melihatnya menyelamatkan mereka.

Warisan pusaka kepimpinan yang amat bernilai yang ditinggalkan oleh Taib ialah perpaduan erat teguh kukuh Bumiputera Sarawak yang melampaui perbezaan agama, suku kaum dan adat berbanding dengan di Semenanjung yang walaupun satu kaum Melayu tetapi berpecah-belah kerana politik agama.

Politik pembangunan Sarawak yang dijalankan Taib telah meletakannya pada suatu taraf penghormatan yang tinggi di kalangan rakyat Sarawak.

Beliau berundur dengan teratur, melangkah keluar dari kuasa dengan penuh hemah dengan perhitungan untuk memastikan Bumiputera khususnya dan rakyat umumnya terus berada dalam Sarawak yang stabil, makmur dan selamat.

Beliau menjadikan dirinya seperti benang yang menarik diri dalam tepung dalam langkah berundur dan tidak berundur dalam keadaan yang berkecamuk di bawah tekanan. Legasinya adalah legasi perpaduan Bumiputera yang cemerlang dan Sarawak yang maju.

Bagi saya sebagai wartawan yang sekian lama mengikuti jejaknya, mendengar ucapan dan membaca pemikiran dan tindak tanduk politiknya,Taib bukan kepalang orang, kekuatan batinnya luar biasa, tidak sekadar anak Sarawak yang terulung dan hebat yang berkaliber untuk hanya menjadi Ketua Menteri Sarawak tetapi beliau memiliki kewibawaan gagah untuk berada pada kedudukan Perdana Menteri Malaysia.

Tetapi sayang beliau sendiri telah memilih untuk berpolitik setakat Sarawak sahaja.

Bersempena dengan pengudurannya dari kuasa, saya mengangkat tabik hormat kepadanya dengan keyakinan bahawa beliau tidak akan melakukan kesilapan politik seperti yang dilakukan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad.

Saya percaya Taib akan menjadi Yang Dipertua Negeri dan saya berdoa semoga Tan Sri Adenan Satem menggantikan beliau sebagai Ketua Menteri Sarawak, bukan kerana saya kenal dengannya, bukan kerana dia telah membaca semua buku saya (seperti yang dimaklumkannya kepada saya) tetapi kerana saya melihat tangannya adalah seperti tangan Taib Mahmud. AMIN!


Dipetik dari blog Zainuddin Maidin http://zamkata.blogspot.com

@ Sent From LENOVO IDEAPAD
            

PANAS DARI SARAWAK : BARU BIAN MASUK BN !!! MAKIN GILA LA ANWAR



Akhirnya persoalan mengapa DAP kemaruk keluar pakatan rakyat Sarawak terjawab apabila Projek Impian Sarawak DAP mula menapak di Lawas; kawasan Pengerusi PKR Sarawak, Baru Bian 

DAP melancarkan projek membina paip air graviti di Kampung Briwan Kito dan Tunas Baru sebagai membuktikan bahawa Baru Bian tidak peka dan gagal menjalankan tanggungjawab sebagai ADUN.

Projek Impian Sarawak anjuran DAP semestinya adalah atas arahan dan kelulusan Pengerusi DAP Sarawak, YB Chong Chieng Jen.

Tidak hairan mengapa sebelum ini DAP beria-ia mengugut untuk keluar pakatan rakyat Sarawak; seperti yang kita jangka DAP bertujuan membolot kerusi PKR dan PAS untuk memperkukuh kedudukan DAP sekaligus membuktikan bahawa PKR dan PAS tidak perlu lagi bertapak di Sarawak.

Khabarnya projek paip graviti DAP ini telah mendapat tajaan yang besar jutaan ringgit, membuatkan mereka berminat untuk melaksanakan projek tersebut di setiap kawasan di Sarawak yang memerlukan.

"Kami sudah bersusah payah, hidup daif selama lebih 50 tahun di Sarawak; menyimpan wang untuk tolong orang", kata Chong.

Apa yang lebih mengejutkan ada desas desus mengatakan bahawa DAP menerima maklumat bahawa Baru Bian bersekongkol dengan BN Sarawak; maka sebab itulah DAP tidak akan memberi muka kepada PKR untuk pilihanraya negeri Sarawak akan datang.


@ Sent From LENOVO IDEAPAD
            

Khamis, 4 September 2014

TAHNIAH : BERAKHIRNYA PENGUASAAN ANWAR DALAM PAS



Krisis menteri besar di Selangor telah menemui kemelut terbaharu apabila PAS dipercayai telah mengemukakan nama tiga ahli majlis eksekutif untuk jawatan itu.


Tiga nama tersebut ialah Iskandar Abdul Samad, Sallehin Mukhyi dan Ahmad Yunus.

Surat daripada Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang telah dihantar sebelum tarikh 3 September bagi mengemukakan lebih daripada dua nama calon jawatan menteri besar berikutan pemecatan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dari PKR, menurut beberapa sumber di negeri ini. 

Mereka berkata Hadi secara peribadi telah menandatangani surat untuk istana, menamakan tiga ahli exco parti itu dalam pentadbiran negeri sebagai calon.


Pembantu kanan Hadi ketika dihubungi  untuk mendapatkan komen, tidak menafikan surat itu telah dikemukakan dan berkata terpulang kepada kepimpinan parti untuk membuat kenyataan mengenai perkara itu.


“Ini adalah perkara yang sulit dan oleh itu, saya tidak boleh membincangkannya,” katanya.


Surat itu akan dilihat sebagai satu penghinaan kepada konsensus yang dipersetujui oleh sekutu Pakatan Rakyat yang lain iaitu PKR dan DAP yang telah bersetuju untuk mengemukakan hanya satu nama iaitu nama Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail ke istana untuk dipertimbangkan.


PAS menegaskan bahawa lebih dari dua nama hendaklah dikemukakan mengikut permintaan istana.

SEKIRANYA BERITA INI BENAR, UCAPAN SETINGGI-TINGGI TAHNIAH KEPADA TEAM ULAMA DALAM PAS KERANA MENGAKHIRI PENGUASAAN GOLONGAN PRO ANWAR DALAM PAS. 

@ Sent From LENOVO IDEAPAD
            

Selasa, 2 September 2014

BRAVO : TUN MAHATHIR SOKONG TINDAKAN PDRM


Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, menyifatkan penahanan 156 ahli Pasukan Peronda Sukarela (PPS) di Pulau Pinang oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) sebagai tindakan yang wajar diambil.

Malah, beliau turut menyifatkan pilihan dibuat PDRM itu sebagai tepat selepas cabaran terbuka dibuat terhadap Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar, berhubung isu berkaitan status PPS.

"Di negara ini kita sudah beri tanggungjawab kepada PDRM untuk menjaga keselamatan... bagaimanapun sesetengah badan dan organisasi juga dibenarkan memohon lesen khas daripada polis untuk memantau keselamatan sesuatu kawasan, namun masih tertakluk kepada undang-undang dan peraturan ditetapkan.

"Mengandaikan bahawa peraturan kawalan keselamatan adalah di tangan mereka, itu tidak betul dan mereka tidak patut melakukan perkara sebegitu... malah mereka mencabar Ketua Polis Negara (KPN) untuk menahan mereka, maka KPN tidak ada pilihan lain selain menguatkuasakan undang-undang yang ada," katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas penahanan 156 ahli PPS di Pulau Pinang oleh PDRM kelmarin.

@ Sent From HTC ONE X