Isnin, 10 November 2014

DIHARAP PM @NajibRazak JANGAN BUAT TAK ENDAH



Konsep kesederhanaan (moderation) yang dikemukakan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak lebih banyak mendatangkan kesan negatif terhadap kedudukan agama Islam dan maruah orang Islam di negara ini walaupun memberikan imej baik di luar negara.

Bekas Menteri Penerangan, Tan Sri Zainuddin Maidin berkata beliau menjangkakan tekanan akan lebih hebat daripada UMNO di seluruh negara menjelang Mesyuarat Perwakilan UMNO yang akan berlangsung berkenaan perkara itu.

“Datuk Seri Najib telah mengumukan hasratnya untuk meminda Akta Hasutan 1948 dalam usahanya untuk meluaskan lagi dasar liberalisasi dan demokrasi Malaysia setelah beliau membuat keputusan sendirian menghapuskan Akta Keselamatan Dalam Negri yang menimbulkan bantahan dari bekas-bekas Pegawai Tinggi Polis, tentera, bekas-bekas Hakim dan berbagai pertubuhan Melayu.

“Ketua Wanita UMNO Datuk Seri Shahrizat menyatakan bahawa ketiadaan undang-undang itu kelak akan menimbulkan suasana kebimbangan yang melibatkan kedudukan agama, bangsa dan juga raja-raja,” katanya dalam entri terbarunya zamkata.blogspot.com.

Zainuddin yang juga bekas Ketua Pengarang Kumpulan Utusan Malaysia menambah,walaupun telah dijelaskan oleh Najib bahawa beliau tidak bermaksud untuk menghapuskan Akta Hasutan 1948, tetapi kebanyakan rakyat khususnya UMNO sendiri mengambil kesimpulan bahawa ia merupakan hasratnya yang sebenar.

“Selain dari bantahan yang telah pun dibuat oleh beberapa bahagian UMNO, hari ini (semalam) perhimpunan lebih 500 orang Wanita UMNO telah mengambil keputusan untuk menyampaikan memorandum bantahan kepada Datuk Seri Najib.
“Mereka membuat keputusan itu setelah menghadiri perjumpaan untuk memahami Akta Hasutan 1948 yang dianjurkan oleh Pergerakan Wanita UMNO Malaysia,” katanya.


@ Sent From HTC ONE X
            

0 ulasan:

Catat Ulasan