Isnin, 10 November 2014

KETUA PENERANGAN PAS SARAWAK 'TAMPAR' LIM GUAN ENG



Mengapa Guan Eng tidak menyatakan pendirian DAP Pusat ke atas tindakan melampau DAP Sarawak dalam PR yang ternyata jelas tidak menunjukkan komitment kepada PR.

Adakah tindakan DAP Sarawak itu adalah contoh prinsip dan amalan DAP yang dimaksudkan Guan Eng? Guan Eng harus sedar langkah yang diambil DAP Sarawak ini boleh menjejaskan persiapan PRN rakan-rakan dalam PR. Guan Eng juga seharusnya mencerminkan DAP itu sendiri terlebih dahulu sebelum membuat segala macam kenyataan yang boleh memburukkan keadaan.

Alangkah baiknya Guan Eng segera menyelesaikannya isu DAP Sarawak ini dari menanggung "biawak hidup" kepada rakan-rakan dalam PR Sarawak. Kenyataan Guan Eng ini seperti tulisan saya yang lalu umpama "Meludah ke langit terkena muka sendiri".

Yang pasti DAP Sarawak hanya berminat untuk menang dan tiada sedikit pun di hati sanubari mempunyai perasaan setiakawan dalam PR. Jangan-jangan apa yang dikatakan dan dicemuh pemimpin dan macai Barisan Nasional terhadap DAP benar belaka.

Adakah DAP sedar yang mereka sekarang jadi alat atau wakil kepada suara Gerakan, MCA dan SUPP dalam usaha menentang PAS? Adakah DAP Sarawak hendak mengantikan SUPP setelah mereka berjaya menumbang SUPP dan seterusnya menjadi mesra BN Sarawak satu hari nanti setelah SUPP terendam dalam politik Sarawak?


Wechat : sarawakguerreiro
BBM : 79CA2732

@ Sent From HTC ONE X
            

0 ulasan:

Catat Ulasan