Khamis, 27 November 2014

TERBAIK PM @NAJIBRAZAK : AKTA HASUTAN DIKEKALKAN



Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak mahu mengekalkan Akta Hasutan 1948.

Beliau mengumumkan perkara terbabit dalam ucapan dasar Perhimpunan Agung UMNO 2014 di Pusat Dagangan Dunia Putra hari ini.

Beliau turut menjelaskan, akta berkenaan bukan sahaja dikekalkan malah akan diperkuatkan.
"Kita bukan sahaja kekalkan Akta Hasutan ini, bahkan diperkuatkan supaya agama Islam dilindungi.

"Selain itu kita juga akan menjaga keharmonian agama lain," katanya dihadapan ribuan ahli UMNO.
Pengumuman Najib itu juga mendapat tepukan yang gemuruh sehingga menggamatkan Dewan Merdeka, PWTC.

Wechat : sarawakguerreiro
BBM : 79CA2732
            

0 ulasan:

Catat Ulasan