Isnin, 4 Disember 2017

SEJARAH INDUSTRI MINYAK SARAWAK : BUAT BACAAN & TATAPAN PANDIKAR AMIN MULIA


ADA yang masih lagi teraba-raba di dalam terang apabila berbicara sumber bumi utama yang penghasilannya menjadi pemangkin utama ekonomi Gagasan Malaysia. Dan untuk segala hasil minyak dan gas yang ada di Sarawak adalah perolehan terbesar secara totalnya dari segi penyumbang pendapatan Negara Malaysia. 

Di dalam pada itu, generasi muda pula jangan pula lupa bahawa jauh sebelum kewujudan satu syarikat yang bernama PETRONAS, Sarawak terlebih dahulu membuat eksplorasinya secara bersendirian. Jadi sejarah eksplorasinya harus difahami sebaik mungkin dan bukannya hanya berasaskan kepada Sarawak, Malaysia. 

Mengimbau sejarahnya eksplorasi minyak ini telah melalui beberapa era sejajar dengan pembentukan sejarah Sarawak itu sendiri dari Sarawak moden di bawah pemerintahan Brooke sehinggalah Sarawak sebagai jajahan koloni British. 

Era Pemerintahan Brooke di Sarawak Kingdom (1840an-1941)

Sejak diawal lagi pemerintah Sarawak Kingdom yang pertama iaitu Rajah James Brooke telah menitikberatkan pentingnya “emas hitam” ini untuk dieksplorasi. Rajah James Brooke sendiri telah mengarahkan seorang rakannya iaitu ahli geologi bernama Hiram Williams untuk membuat kajian pertama mengenai kewujudan minyak di Sarawak.

Pada masa yang sama juga, Rajah Brooke melalui rakan baiknya iaitu seorang pengembara botani terkenal yang telah menjelajah Sarawak sekitar tahun 1854 sehingga 1862 juga turut memberi sokongan kepada James Brooke untuk terus membuat kajian mengenai minyak di Sarawak. 

Melalui bukunya The Malay Archipelago (1869). Wallace mengatakan:

“… to coal mines in Sarawak: These coal mines puzzle the natives exceedingly, as they cannot understand the extensive and costly preparations for working coal, and cannot believe it is to be used only as fuel when wood is so abundant and so easily obtained.”- Wallace, 1869-

Melihat kepada pelbagai sokongan dan reaksi daripada rakan-rakannya maka James Brooke telah berusaha sebaik mungkin untuk bekerjasama dengan syarikat-syarikat di Scotland mahupun di Singapura yang mampu menguruskan pencarian minyak di Sarawak dengan lebih berkesan. Dan oleh kerana itulah, Brooke telah menubuhkan Borneo Company Limited sekitar tahun 1856 di London. Ini semua dilakukan untuk menguruskan sumber perdagangan bagi Sarawak ketika itu berjalan lancar dan berkesan.

Selesai sahaja penubuhannya maka Borneo Company Limited telah berusaha sebaik mungkin untuk menguruskan sumber galian Sarawak Kingdom seperti perlombongan emas dan antimony serta juga minyak di Sarawak. Segala bentuk kerja-kerja pemetaan dan pengukuran tanah secara geologi terus dipertingkatkan dengan membawa masuk seberapa ramai pakar-pakar geologi minyak dari British ke Sarawak pada masa itu.

Apabila Sarawak Kingdom diwariskan kepada rajah kedua iaitu Rajah Charles Brooke, eksplorasi minyak di bumi Sarawak semakin diperhebatkan. Sewaktu pemerintahan Rajah Charles Brooke ini seorang pakar geologi minyak iaitu Dr. T. Posewitz telah mula menjalankan pengkajian dan akhirnya mula meneroka telaga-telaga minyak di Bandar Miri sekitar tahun 1892. 

Sebenarnya jauh sebelum itu, rakyat Miri sebenarnya telahpun mula menjalankan kerja-kerja penggalian secara konvensional lebih dahulu sebelum Brooke membawa masuk segala jentera berat. 

Ini dapat dijelaskan oleh seorang penjawat awam kerajaan Sarawak Kingdom yang bernama Claude Champion Crespigni iaitu Residen pertama Marudi melalui laporannya yang ditulis sekitar 1882 menyatakan bahawa terdapat 18 buah telaga minyak yang digali secara manual oleh penduduk tempatan yang harus dipertimbangkan. Kemudian sekali lagi di dalam laporan beliau pada tahun 1884 ada menyatakan.

“…the oil district near the mouth of the Miri River should be thoroughly searched and reported on.” “Earth oil” was used by local people for lighting lamps, waterproofing boats, and medicinal purposes…” – Crespigni,1884.

Walaupun Crespigni telah memberi laporan mengenai penemuan telaga minyak konvensional di Miri pada tahun 1884 namun begitu pada masa itu ianya tidak mendapat perhatian yang lebih daripada Rajah Charles Brooke sehinggalah seorang rakannya iaitu Dr Charles Hose mula berkhidmat sebagai Residen Baram sekitar tahun 1884 sehingga 1904.

Dr Hose telah membaca laporan Crespigni dan minatnya yang mendalam itu telah memohon izin daripada Rajah Charles Brooke untuk menggunakan segala laporan pemetaan dan kajian mengenai minyak di Miri untuk dihantar kepada rakan-rakannya di London sekitar tahun 1904. Ini kerana pada masa itu Dr Hose telah bersara dan kembali ke England.

Setelah mendapat keizinan dan di kota London segala usahanya mendapat perhatian daripada Mr. H.N Benjamin iaitu antara pemegang saham terbesar Anglo-Saxon Petroleum (salah satu anak syarikat Royal Dutch/SHELL Group). Dan oleh kerana itulah dikatakan Rajah Charles Brooke atas nasihat Dr Hose telah pulang ke London pada tahun 1907 untuk bersama-sama membincangkan langkah-langkah selanjutnya mengenai usaha eksplorasi minyak di Miri dengan secara besar-besaran.

Setelah perjanjian dimeterai antara Kerajaan Sarawak dengan SHELL Group pada tahun 1907 maka semakin rancak aktiviti eksplorasi di Miri. Telaga minyak yang pertama digali adalah pada tahun 1910 setelah SHELL menghantar ahli geologi kanannya yang berketurunan Swiss iaitu Dr. Josef Theodore Erb. Melalui laporan dan pemetaan daripada beliaulah barulah segala asas penggerudian minyak dimulakan sekitar bulan Julai 1910 di satu telaga yang dinamakan Grand Old Lady (Miri Well) yang terletak di Canada Hill, Miri sekarang.

Mungkin ramai tidak mengetahui bahawa sebenarnya penggalian telaga minyak yang pertama di bumi Sarawak melalui Miri Well 1 ini sebenarnya menggunakan kaedah yang agak konvensional. Ini kerana pada itu seorang jurutera minyak dari Canada yang bekerja dengan SHELL telah merekacipta satu bentuk alat penggerudian yang mengambilkira teknologi untuk mendapatkan garam di China.

Rig yang telah dihasilkannya ini telah berjaya memberi penggerudian minyak yang lebih berkesan setelah beberapa kali teknik penggerudian digunakan. Dan kerana itulah Miri Well 1 ini dinamakan dengan nama Canada Hill atau Bukit Kanada kerana mengambil bersempena nama juruteranya iaitu Mr. McAlphine, seorang warganegara Kanada.

Sejak daripada penemuan pertama di Miri Well itu tiada lagi yang dapat diperkatakan mengenai kerancakan industri minyak di Sarawak pada masa itu. Satu demi satu telaga minyak di kawasan daratan di bumi Miri dan kawasan sekitarnya diterokai dan berjaya mengeluarkan penghasilan yang cukup hebat kepada Sarawak Kingdom pada masa itu.

Sejajar dengan kepesatan itu juga, SHELL Group telah menubuhkan Sarawak Oilfield Limited yang beroperasi di Lutong, Miri pada tahun 1911. Kewujudannya telah merancakkan lagi ekonomi bagi bumi Miri dengan ramai tenaga mahir dibawa masuk daripada Singapura serta penduduk tempatan juga turut mendapat peluang pekerjaan serta mempelajari kepakaran di dalam bidang penerokaannya yang lebih moden. 

Sekitar tahun 1911 mengikut catatan sejarahnya dikatakan Miri pada itu telah berjaya mengeluarkan sejumlah 523 bopd daripada 5 telaga minyak sahaja. Namun menjelang tahun 1913 dengan bersandarkan kepada 8 telaga minyak telah berjaya menghasilkan 11,210 bopd dan Sarawak juga sudah menjadi pengeksport minyak di dunia pada itu.

Pada tahun 1914, Sarawak Shell telah mula membina kilangnya yang pertama di Miri. Pada masa itu juga SHELL telah menggunakan saluran paip dasar laut dari Tanjung Lobang untuk menyalurkan minyak mentah ke dermaga luar pesisir di pelabuhan Miri. Ianya merupakan salah satu sejarah kerana pada masa itu hanya ada beberapa tempat sahaja yang mempunyai sistem saluran paip dasar laut di dunia. Dan Sarawak adalah salah satu daripadanya.

Dan pada tahun 1914 itu juga, Sarawak mempunyai kilang penapis minyaknya sendiri iaitu Lutong Oil Refinary. Ianya berkhidmat cukup lama dan ditutup aktivitinya apabila wujudnya Gagasan Malaysia pada tahun 1963. 

Sekali lagi pada tahun 1925 iaitu ketika Sarawak dibawah pemerintahan Rajah Charles Vyner Brooke, industri minyak di Sarawak semakin menyerlah. Dengan menggunakan penggerudian berputar yang diperkenalkan telah mampu memberikan pulangan yang lebih berkesan. Sekitar tahun 1929, Miri telah menghasilkan 15,211 bopd dan pada tahun 1940 telah mampu mencapai 7 juta tong minyak.

Bandar Miri pula pada masa itu semakin berkembang dan antara Bandar paling sibuk di Sarawak pada waktu itu. 

Era Pendudukan Jepun Perang Dunia Kedua (1941-1945)

Di ketika Perang Dunia ke-2 berlangsung, Sarawak dibawah pemerintahan Rajah CV Brooke telah menjalankan taktik “bumi hangus” ke atas infrastruktur minyak dan kilang penapisan di Lutong, Miri. Brooke mengharapkan agar Jepun tidak mampu menggunapakai segala infrastruktur minyak bagi kegunaan ekonomi mereka. 

Namun sesuatu yang diluar jangkaan oleh Sarawak Kingdom bahawa ketika bermulanya pendudukan Jepun itu sendiri, Jepun telah menyediakan satu kumpulan pakar jurutera minyak yang dikenali sebagai Briged Kawaguchi. Di dalam 10 kapal pengangkut yang disediakan ini 5 daripadanya adalah dikhaskan untuk pakar-pakar minyak Jepun beserta dengan kelengkapan mereka sekali.

Apabila adanya pakar-pakar jurutera Jepun ini sudah tentu dasar bumi hangus ini tidak begitu memberi kesan kepada pendudukan Jepun. Dikatakan jauh sebelum tentera Jepun sampai, di Miri itu sendiri telah ada sekumpulan perisik Jepun yang menyamar menjadi pekerja minyak Sarawak dan dari merekalah segala sumber maklumat didapati untuk kegunaan ketenteraan Jepun. Malah mereka inilah yang kembali bekerja dengan Jepun sewaktu pendudukan Jepun telah berjaya.

Dikatakan hanya di dalam tempoh 2 bulan selepas pendudukan, tentera Jepun telah berjaya membaikpulih segala kemusnahan kepada industri minyak di Miri. Jepun telah menubuhkan satu syarikat yang baru yang dinamakan Nenryo Haikyu-Sho dan syarikat ini telah mengambil alih semula pentadbiran industry minyak di Miri. Pada masa pemerintahan Jepun itu hampir 750,000 tong minyak yang digunakan oleh tentera Jepun adalah hasil daripada di Miri, Sarawak.

Sekitar tahun 1945, walaupun banyak yang telah dilakukan oleh Jepun untuk menghidupkan kembali industri minyak namun akibat daripada serangan demi serangan oleh Tentera Perikatan akhirnya sekali lagi industry minyak di Miri menemui kemusnahan yang teruk. Malah dikatakan ianya merupakan kemusnahan yang lebih teruk daripada serangan 1941.

Rajah Charles Vyner Brooke pula sudah tidak mampu untuk membangunkan Sarawak malah beliau juga sudah muak memerintah. Akhirnya pada tahun 1946, Sarawak Kingdom diserahkan kepada Koloni British walaupun ramai rakyat Sarawak bangun menentang pada masa itu.

Era Sarawak Dibawah Koloni British Borneo (1946-1963)

Sekitar tahun 1947, Sarawak adalah jajahan kepada Koloni British dan kerana itu pemerintah Koloni British Borneo Sarawak telah cuba untuk memulihkan semula industry minyak di Sarawak yang hampir lumpuh kerana kesan Perang Dunia Kedua 1945.

Sekitar tahun 1949, British bertindak menubuhkan Geological Survey Department Of British Territories in Borneo dengan pusatnya adalah di Kuching, Sarawak. Jabatan ini merupakan asas kepada Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia sekarang. Penubuhan jabatan ini telah banyak membantu Sarawak untuk menaikkan semula industri minyaknya.

Sekitar tahun 1955, Sarawak Shell terus maju dan maju didalam pengerudian minyak di Miri, Sarawak malah telah mula menggunakan seismic marin. Sekitar tahun 1957, Sarawak Shell telah mula meneroka luar pesisir Sarawak. Mereka telah melepaskan hampir 75% pajakan tanah daratan Sarawak pada masa itu iaitu 11 tahun lebih awal daripada tamatnya perjanjian konsesi.

Pada tahun 1960an, penggerudian minyak di perairan Miri dimulakan iaitu yang dinamakan Orient Explorer. Seterusnya tiada lagi Sarawak Shell menoleh belakang malah seterusnya terus-terusan menggerudi dan menghasilkan kemantapan ekonomi untuk bumi Sarawak pada ketika itu. 

Hanya pada tahun 1974 barulah sebuah organisasi milik penuh Kerajaan Malaysia ditubuhkan iaitu Petrolium Nasional Berhad atau PETRONAS. Ianya diberikan hak keseluruhan terhadap sumber-sumber minyak dan gas yang berada di wilayah Gagasan Malaysia. Inilah organisasi yang sehingga sekarang masih lagi mengawal segalanya mengenai sumber minyak dan gas di Sarawak. 

Jadi pada mereka yang dangkal sejarah yang seperti bertuhankan momokan kenyataan berat sebelah, fahamilah sejarah sebenar eksplorasi minyak di Sarawak. Jangan sesekali berkata SARAWAK TIDAK BOLEH HIDUP TANPA PETRONAS dan SARAWAK TIDAK BOLEH mengurustadbir sumbernya sendiri kerana HAKIKATNYA sejarah membuktikan Sarawak boleh melakukannya. 

Usah dipertikai tentang kepakaran dan kepandaian rakyat sendiri kerana para tenaga kerja anak Sarawak tidak pernah tiada di dalam sektor petroleum dan gas. Kerana tiada peluang di bumi sendiri ramai yang merantau jauh mencari sumber rezeki ke luar negara dan berkhidmat dengan syarikat carigali internasional. Malah bukan sedikit graduan anak tempatan yang menganggur kerana tiada tempat untuk memulakan kerjaya. BILA-BILA MASA sahaja mereka semua ini akan menyahut panggilan ibu pertiwi jika perlu. Jadi jangan tutup sebelah mata keupayaan anak Sarawak bermula dari tenaga professionalnya sehinggalah peringkat bawahan di dunia petroleum dan gas. 

Tiada masalahnya sekiranya Kerajaan Negeri Sarawak memohon budi bicara di dalam hal ini kerana ianya berkaitan dengan hak Sarawak yang disedut di bumi Sarawak sendiri. Sewajarnya segala yang disedut oleh Petronas ini harus mendahulukan rakyat Sarawak di dalam apa jua konteks baik dari segi ekonomi, royalti, peluang pekerjaan serta banyak lagi. 

Dan Akta Petroleum 1974 malah juga Akta Sempadan Laut yang dipinda itu juga sekarang menjadi “duri dalam daging” kerana ianya sudah ketinggalan zaman malah ada yang kedapatan ianya dipinda tanpa terma persetujuannya dari Sarawak itu sendiri. Banyak yang bertentangan dengan apa yang dihormati mengikut Perjanjian Malaysia 1963 penubuhan Gagasan Malaysia suatu waktu dahulu.

Itulah perjanjiannya yang harus dihormati dan bukannya membuatnya seperti harta yang diwarisi dari satu generasi ke generasi. 


Rujukan:

1. Author: Henry Longhurst . Book: The Borneo Story, 100 Years of Borneo Company Limited (1957)

2. The History Of Shell In Malaysia - website

3. Writer: Mohammad Morshidi. Kertas Kerja : History of Oil in Sarawak. UTM (2010)

Credit : HB

@ Sent From Samsung Note III
Wechat : sarawakguerreiro
            

Jumaat, 3 November 2017

#ALFATIHAH : PENYIMPAN WARISAN ROSLI DHOBY MENINGGAL DUNIA


SIBU: Waris pejuang kemerdekaan Sarawak, Allahyarham Rosli Dhoby, meninggal dunia, awal pagi tadi.

Bolhassan Aini Dhoby, 54, meninggal dunia kira-kira jam 4 pagi tadi di Hospital Sibu di sini selepas diserang angin ahmar sejak beberapa hari lalu.

Allahyarham yang bertugas di Jabatan Hutan Sarawak dikenali kerana usahanya mempertahankan barangan yang pernah dimiliki oleh Rosli Dhoby.

Antara barangan bersejarah milik pejuang itu yang disimpannya ialah warkah terakhir tulisan tangan Rosli Dhoby kepada ibunya, sebelum Allahyarham dihukum gantung pada 2 Mac 1950.

Barangan lain yang disimpannya dengan baik ialah sehelai kemeja dan baju perisai yang dipakai oleh Rosli Dhoby ketika membunuh Gabenor British Sarawak kedua Sir Duncan Stewart pada 3 Disember 1949.

Sepanjang hayatnya, Allahyarham Bolhassan yang juga anak saudara Rosli Dhoby sering menjadi rujukan pelbagai pihak untuk mendapatkan maklumat mengenai pejuang kemerdekaan Sarawak itu.
            

Selasa, 26 September 2017

5 TERAS TAWARAN PAKATAN HARAPAN SARAWAK HANYALAH SATU "KEGELAPAN YANG NYATA"


Re: 5 Dalil kenapa 5 Teras Tawaran PH untuk Sarawak bukan satu "Harapan yang Tulen" malah satu "Kegelapan yang Nyata".

Pertama, satu hakikat yg perlu diterima dan diakui oleh semua warga negeri Sarawak ialah semua parti politik yang membentuk Pakatan Harapan ialah Parti Politik yang akar umbi penubuhan mereka adalah berasal dan berpusat di Semenanjung Malaysia.

Ke-2, dalam kumpulan tersebut, DAP yang dikuasai secara dominan oleh pemimpin-pemimpin kaum Cina, sebagai sebuah parti politik yang paling tua atau "senior" dan paling banyak memenangi kerusi Parlimen sudah tentu inginkan suara dan pendapat mereka mendominasi halatuju serta falsafah politik dlm Pakatan Harapan. 

DAP sudah hampir 15 tahun mentadbir Pulau Pinang dibawah Ketua Menteri DAP Lim Guan Eng, cuba rujuk dan baca balik semua janji-janji pilihanraya serta manisfesto yang mereka laung-laungkan dulu. 

Bila DAP menang, semua terbalik tunggang langgang. Malah Ketua Menteri mereka sekarang sedang mengadap tuduhan dan tindakan mahkamah kerana kes rasuah.

Ke-3, 3 parti politik lain dlm Pakatan Harapan iaitu Keadilan, Amanah dan PPBM pula ditubuh oleh pemimpin-pemimpin Melayu Semenanjung Malaysia yg samada mereka ini sudah banyak kali kalah piliharaya, kecewa, berdendam atau sememangnya gila kuasa.

Apakah rakyat Sarawak ingin nasib masa depan dan perjuangan kita di tentukan oleh pemimpin-pemimpin seperti ini?

Ke-4, cuba lihat suasana politik di Semenanjung Malaysia sekarang ini di mana semua parti-parti dalam Pakatan Harapan ini bertapak. 

Apakah anak-anak jati negeri Sarawak tidak melihat dan menyedari betapa huru-hara dan mengelirunya suasana politik di seberang sana sekarang ini?

Fitnah politik yang jijik, buruk-sangka yang melampau, perkauman dan penghinaan agama sedang rancak berlaku dan bermula di sana.

Apakah kita di negeri Sarawak mahu keadaan yg sama berlaku di laman rumah kita sendiri?

Ke-5, Pemimpin-pemimpin utama parti pembangkang di Sarawak sebenarnya bertuankan pemimpin-pemimpin dari Semenanjung Malaysia. 

Mereka (DAP, PKR, Amanah & PPBM Sarawak) memuja dan menerima arahan dari jauh pemimpin-pemimpin mereka seperti Lim Kit Siang, Annuar Ibrahim, Tun Mahathir dan Mat Sabu.

Apakah pemimpin-pemimpin utama Pakatan Harapan ini benar-benar ikhlas dan jujur serta perihatin akan mengubah nasib kita di Sarawak terutama di kawasan luar bandar?

Kesimpulan, peringatan saya kepada pemimpin-pemimpin yang tidak sedar diri dari Semenanjung Malaysia ini ialah 

"Sebelum tuan-tuan sibuk dengan keadaan lalang di rumah kami, elok tuan-tuan tebas dulu lalang di laman rumah sendiri yang saya rasa sudah semakin semak belukar dan mungkin sudah banyak membiak binatang-binatang liar seperti ular dan lipan. Binatang-binatang ini membahayakan jiran dan org ramai".

Jangan main-main dengan istilah 'Masa Depan'. Kita mahu nasib kita di pimpin oleh pemimpin-pemimpin yang ada 'Masa Depan' dalam agenda mereka dan parti-parti politik yang ada 'Masa Depan' dalam perjuangan mereka.

Pakatan Harapan adalah sebuah parti yang kering serta rapuh dan tidak ada asas kukuh untuk menjanjikan sebarang bentuk "Harapan" untuk rakyat malah banyak kearah "Kegelapan".

5 Teras Baru yang diumumkan dan ditawar oleh Pakatan Harapan yang berkaitan tentang "Hak Negeri" untuk rakyat Sarawak bolehlah saya rumuskan sebagai "Ibu Pembohongan" serta tanda "Kemuncak Teragung Politik Hipokrit serta Putar Belit" dari Pakatan Harapan.

Kenapa pemimpin-pemimpin Pembangkang dari negeri Sarawak tidak bertanya kepada Tetamu Kehormat mereka baru-baru ini, Tun Mahathir tentang Hak-hak negeri yg sebenarnya terhakis dan terpinggir semasa Tun Mahathir menjadi Perdana Menteri?

Kenapa Tun Mahathir buat macam-macam projek-projek Mega di semenanjung tapi tidak di Sarawak?

Malah banyak projek mega Tun Mahathir yang gagal serta membazir beratus juta ringgit dan akhirnya menjadi skandal. 

Kalau Tun Mahathir benar-benar ikhlas dan jujur tentang kebajikan kita di Sarawak, sudah lama dulu banyak kawasan kita terutama di pendalaman sepatutnya telah mendapat jalan-jalan elok serta kemudahan air dan elektrik.

Tun Mahathir berpeluang untuk membaiki keadaan banyak sekolah-sekolah kita yang usang dan tidak senonoh tapi dia tidak memperdulikan itu semua.

Pendek kata semasa menjadi Perdana Menteri, Tun Mahathir telah gagal memberi negeri Sarawak pembangunan infrastruktur yang sepatutnya malah menyalurkan wang hasil dari minyak negeri Sarawak kearah kepentingan kroni-kroni beliau yang semua mereka sedang menentang kerajaan sekarang ini kerana kepentingan peribadi mereka mula terhakis oleh polisi kerajaan BN yang banyak berkiblat ke arah mensejahterakan rakyat.

Begitu juga Dato Seri Anwar Ibrahim yang dulunya Menteri Kewangan dan banyak juga meminggir kepentingan kita di Sarawak.

Pemimpin-pemimpin pembangkang negeri Sarawak pula menyanjung pemimpin-pemimpin seperti Tun Mahathir dan Anwar Ibrahim sebagai bakal penyelamat nasib masa depan kita di Sarawak. 

Pengikut dan penyokong-penyokong pembangkang di negeri Sarawak yang sememangnya jenis "muka tak malu" menyalak sana sini bercakap tentang hak-hak negeri tapi yang peliknya mereka memuja dan mendukung kepimpinan mereka yang terlibat secara langsung dalam menghakis hak dan kepentingan kita dulu.

Saya yakin dan percaya majoriti orang-orang Sarawak yang berfikiran matang serta cintakan keamanan adalah jauh lebih cerdik dan bijak untuk menentukan halatuju serta masa depan kita sendiri dan tidak akan keliru dengan dakyah serta pembohongan pemimpin-pemimpin Pakatan Harapan yang jelas kemaruk main politik dan sanggup menjatuhkan sebuah kerajaan dengan apa cara sekali pun tanpa memikir  kesan kepada tahap keselamatan serta keamanan negara.

Yang ikhlas;

YB Abdullah Hj.Saidol
Ketua Setiausaha Politik kepada YAB Ketua Menteri Sarawak.

@ Sent From Samsung Note III
Wechat : sarawakguerreiro
            

Isnin, 11 September 2017

HALIMAH YACOB, PRESIDEN WANITA PERTAMA SINGAPURA ?


SINGAPURA: Halimah Yacob (gambar) semakin hampir bergelar Presiden Singapura selepas kedua-dua calon gagal memenuhi kriteria kelayakan yang ditetapkan.

Jabatan Pilihan Raya (ELD) pada Isnin mengeluarkan kenyataan bahawa hanya satu Sijil Kelayakan telah dikeluarkan untuk pertandingan tersebut.

Selepas pengumuman dibuat, calon presiden Mohamed Salleh Marican dan Farid Khan mengesahkan bahawa permohonan mereka telah ditolak.

Halimah berkata, ELD telah mengeluarkan sijil kelayakan tersebut untuknya sekaligus membuka laluan buat bekas Speaker Parlimen Singapura itu untuk mengambil bahagian dalam Pilihan Raya Pemilihan Presiden.

Bagaimanapun, beliau masih perlu menghantar dokumen permohonan pada Rabu.

"Saya hanya boleh berkata yang saya berjanji akan melakukan yang terbaik untuk berkhidmat kepada rakyat Singapura dan ia tidak akan berubah sama ada berlaku pilihan raya atau tidak," katanya kepada pemberita yang berhimpun di ELD. - Channel News Asia

@ Sent From Samsung Note III
Wechat : sarawakguerreiro
            

Isnin, 7 Ogos 2017

CAKAP SERUPA BIKIN : SYARIKAT MINYAK SARAWAK (PETROS) TERTUBUH SECARA RASMI


Syarikat minyak dan gas milik penuh Sarawak, Petroleum Sarawak (Petros), telah ditubuhkan secara rasmi, demikian diumumkan Ketua Menteri Datuk Amar Abang Johari Tun Openg di sini malam tadi.

Beliau berkata anggota lembaga pengarah syarikat itu sudah dilantik dan mereka terdiri daripada profesional kelahiran Sarawak, yang berpengalaman luas dalam industri minyak dan gas, manakala tiada seorang pun daripada mereka adalah ahli poilitik.

"Malam ini, saya ingin memaklumkan kepada anda bahawa kita telah menubuhkan secara rasmi syarikat minyak kita, Petros," katanya, yang disambut dengan tepukan bergemuruh hadirin ketika berucap kepada staf kementerian dan pejabat beliau pada majlis makan malam penghargaan anjuran pejabatnya di sebuah hotel terkemuka di sini malam tadi.

Ketua menteri, yang diiringi isteri, Datin Amar Juma'ani Tun Tuanku Bujang, bagaimanapun tidak menyatakan nama anggota lembaga pengarah, pengerusi atau ketua pegawai eksekutif (CEO) syarikat itu.

Penubuhan Petros merupakan langkah yang julung kali diambil kerajaan negeri bagi membolehkan Sarawak melibatkan diri secara aktif dalam pengeluaran minyak dan gas di Sarawak, sambil meneruskan permohonannya bagi mendapatkan 20 peratus royalti daripada Petronas.

Tanpa menamakan calonnya, beliau berkata ketua pegawai eksekutif Development Bank of Sarawak (DBOS) yang baru ditubuhkan, telah dilantik dan bank itu akan memulakan operasinya tidak lama lagi.

Katanya semua anggota lembaga pengarah DBOS adalah profesional dan bukan ahli politik, dan dipengerusikan Tan Sri Mohamad Morshidi Abdul Ghani, yang juga Setiausaha Kerajaan Negeri.

Beliau juga memberitahu hadirin bahawa langkah sedang diambil untuk meningkatkan keupayaan modal insan di negeri ini dengan memberi peluang kepada rakyat Sarawak melanjutkan pengajian di peringkat lepasan ijazah di dalam dan luar negara.

Katanya, Yayasan Sarawak, yang beliau pengerusikan, akan menambah biasiswa dan pinjaman kepada pelajar Sarawak yang layak memasuki universiti tempatan dan luar negara bagi mengikuti pengajian di peringkat lepasan ijazah.

"Sebuah majlis penyelidikan negeri dengan dipengerusikan Menteri Pendidikan, Sains dan Penyelidikan Teknologi akan ditubuhkan bagi menyelia semua usaha penyelidikan pada masa akan datang dan bagaimana ia boleh memberi manfaat kepada negeri ini," kata Abang Johari, sambil menjelaskan bahawa beliau sendiri telah mengarahkan agar penyelidikan dilakukan dengan kerjasama Swinburne University mengenai usaha memprototaipkan mesin menuai buah sawit.

Beliau mengucapkan terima kasih kepada semua kementerian atas sokongan mereka dalam melaksanakan dasar, pendekatan dan teknologi baharu bagi mentransformasi Sarawak menjadi ekonomi digital di bawah kepimpinannya.

Majlis itu diadakan bersempena ulang tahun kelahiran Abang Johari ke-67 pada 4 Ogos.

Sumber : Bernama

@ Sent From Samsung Note III
Wechat : sarawakguerreiro
            

Isnin, 10 Julai 2017

EDISI JAGUNG : "JAGUNG INI JAGUNG MANIS"


Walaupun ada pihak menggelar Menteri Pelancongan, Keseniaan, Kebudayaan, Belia dan Sukan Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah sebagai setahun jagung, Ketua Menteri Datuk Amar Abang Johari Tun Openg sebaliknya menganggap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Asajaya itu sebagai 'jagung manis'.

"Meskipun Karim 'setahun jagung', jagung ini manis. Ada pihak menyatakan Karim setahun jagung, jika anda ingin mencari jagung, sudah pasti anda mencari jagung muda kerana manis dan segar," katanya.


@ Sent From Samsung Note III
Wechat : sarawakguerreiro
            

Sabtu, 1 Julai 2017

BERKOMPLOT DENGAN DOJ AMERIKA SYARIKAT BOLEH DIHUKUM BUNUH


Pihak atau warga tempatan yang mengkhianati negara dengan memburukkan nama Malaysia di luar negara se­perti membelot dan berkomplot dengan Jabatan Kehakiman (DoJ) Amerika Syarikat boleh dihukum bunuh di bawah Kanun Keseksaan.

Dr . Abdul Halim Sidek

Setiausaha Kluster Politik, Keselamatan dan Antarabangsa Majlis Profesor Negara (MPN), Prof. Datuk Dr. Abdul Halim Sidek berkata, ini kerana dakwaan DoJ ibarat kisah dongeng 1,001 malam apabila hanya mendapatkan maklumat daripada sebelah pihak iaitu mereka yang tidak berpuas hati terhadap pentadbiran kerajaan.

Kata beliau, sepatutnya DoJ merujuk kepada beberapa sumber yang sahih seperti Kedutaan Malaysia di Amerika Syarikat, Jabatan Perdana Menteri atau wakil-wakil Malaysia di luar negara terlebih dahulu sebelum mengemukakan dakwaan tersebut.

‘‘Tindakan DoJ menyerang sebuah negara berdaulat, bebas dan merdeka seperti Malaysia ini telah melanggar protokol, peraturan serta perundangan antarabangsa dan boleh menim­bulkan konfrontasi antara dua negara.

“Motif segala tindakan ini jelas untuk mengaibkan nama Malaysia, menimbulkan prasangka dalam kalangan masyarakat terhadap pentadbiran kerajaan kerana pilihan raya bakal menjelang tidak lama lagi dan perbuatan tersebut juga boleh menggugat keyakinan pelabur asing,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau yang juga Pensyarah Undang-Undang Sekolah Perniagaan Universiti Kuala Lumpur (UniKL) mengulas kenyataan Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali yang menjelaskan tindakan DoJ mengemukakan saman sivil terbaharu untuk meram­pas AS$540 juta yang didakwa diperoleh daripada dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) adalah bersifat politik.

Sementara itu, Pensyarah Undang-Undang Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Prof. Madya Dr. Khairil Azmin Mokhtar berkata, sekiranya DoJ serius ingin mendakwa kerajaan Malaysia atau mana-mana individu di negara ini, organisasi itu perlu mengemukakan kesemua bukti kepada Peguam Negara terlebih dahulu bagi membolehkan pendakwaan dilakukan.

Katanya, perkara itu termaktub dalam Perkara 145(3) Perlembagaan Persekutuan iaitu Peguam Negara mempunyai kuasa yang boleh dijalankan menurut budi bicaranya, untuk memulakan, menjalankan atau memberhentikan apa-apa prosiding bagi kesalahan di Mahkamah Sesyen dan Mahkamah Khas (Raja-Raja).

Jelas beliau, keputusan itu juga tidak boleh didesak oleh mana-mana pihak luar atau tertentu kerana ia seolah-olah negara tunduk pada kuasa luar.

“Saya tidak menyebelahi mana-mana pihak atau individu dalam isu ini, tetapi DoJ perlu mengikut peraturan dan sistem undang-undang negara ini jika benar mahu meneruskan dakwaan saman sivil itu.

“Jika bukti yang dikemukakan mencukupi, atas nilai tanggungjawab Peguam Negara selaku individu yang bebas dan berkecuali akan membenarkan dakwaan itu dibuat, masalahnya sekarang DoJ tidak mengemukakan sebarang bukti, jadi bagaimana kes itu hendak disiasat dan mahkamah membuktikan siapa yang salah dan betul,” katanya.

Sumber : Utusan Malaysia

@ Sent From Samsung Note III
Wechat : sarawakguerreiro
            

Khamis, 22 Jun 2017

CUKAI PELANCONGAN : SARAWAK SETUJU BERSYARAT


Hasil kutipan Cukai Pelancongan yang diperuntukkan untuk Sarawak harus disalurkan terus kepada kerajaan negeri bukan menerusi agensi atau cara lain jika ia dikuatkuasakan.

Menteri Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah (gambar) berkata hasil kutipan cukai itu akan dibahagikan kepada tiga wilayah iaitu Sabah, Sarawak dan Semenanjung Malaysia.

“Saya melihat ini sebagai satu cara yang boleh juga membawa kebaikan kepada Sarawak dari segi mempromosikan pelancongan.

“Namun dalam pertemuan Ketua Menteri (Datuk Amar Abang Johari Tun Openg) dengan Perdana Menteri baru-baru ini , beliau mahu pembahagian untuk Sarawak disalur terus kepada kerajaan negeri tidak melalui agensi atau cara lain,” katanya pada sidang media di sini hari ini.

Beliau memberitahu pelaksanaan Cukai Pelancongan yang dijadual berkuatkuasa 1 Julai ini telah dibincangkan pada mesyuarat Kabinet negeri berlangsung pada sebelah paginya.

Menurut Abdul Karim, Sarawak turut dimaklumkan iaitu pelancong atau rakyat tempatan dikecualikan dikenakan cukai pelancongan jika menginap di hotel tiga bintang dan ke bawah.

Bagaimanapun ujarnya masih terdapat beberapa perkara perlu diperhalusi antara kerajaan negeri dan kerajaan pusat .

“Jadi saya melihat ini sebagai situasi ‘menang-menang’ untuk kerajaan negeri dan kerajaan pusat,” katanya.

Sumber : Utusan Borneo

@ Sent From Samsung Note III
Wechat : sarawakguerreiro
            

Jumaat, 2 Jun 2017

POLIS OH POLIS : KISAH INI BUKAN SANDIWARA


Semalam aku membaca kisah seorang pegawai polis yang meninggal dunia di Kelantan akibat tembakan di kepalanya. Kalau ikut laporan akhbar, arwah pernah memberitahu keluarganya yang dia tertekan dengan tugasannya. Siasatan sebenar punca kejadian macam manapun sedang berjalan.

Semalam juga aku membaca kisah sepasukan anggota khas polis diserang sebelum mereka berjaya menembak mati tiga penjenayah tegar dalam insiden berbalas tembak di Tangkak, Johor.

Dan beberapa hari sebelumnya aku membaca kisah ketua polis daerah dan pegawai kanan polis di Melaka ditangkap oleh SPRM kerana disyaki mengambil rasuah.

Baik, antara rasuah, stress dan pengorbanan.

Menjadi anggota polis, sama ada di Batang Lupar, Sarawak atau di Los Angeles, Amerika Syarikat, dari Tasek Malaya, Indonesia membawa ke Vladivostok, Rusia - bukan satu pekerjaan yang mudah.

Selain menjadi sasaran penjenayah, mereka juga menjadi sasaran 'persepsi' daripada orang awam.

Kalau berharta sedikit, dikata makan rasuah. Kalau garang sedikit, dianggap samseng. Kalau kasar sedikit, dianggap kurang ajar. Kalau menembak, dianggap 'penjenayah berlesen'.

Kalau bersopan santun, dianggap lembik. Kalau bertolak ansur, dianggap 'boleh kowtim', kalau berdiplomasi, dianggap penakut.

Kalau bertegas dengan orang Melayu, dikata tak bantu bangsa sendiri. Kalau bertegas dengan kaum lain, dianggap perkauman.

Tetapi nak salah masyarakat sepenuhnya pun tak boleh juga. Di saat ada pegawai dan anggota polis berkorban masa dan nyawa untuk membanteras jenayah, ada juga rakan mereka yang masih 'makan suap'. Di saat ada pegawai dan anggota mereka yang jujur dan berhemah, masih ada yang lalai dan cuai. Di saat ada pegawai dan anggota mereka yang bertugas dengan penuh integriti dan berdedikasi, masih ada yang membuat onar dan memalukan panji pasukan sendiri.

Actually dalam mana-mana organisasi pun masalah yang sama tetap ada. Namun, masalahnya masyarakat tak boleh menerima perkara tersebut jika terjadi dalam PDRM. Masyarakat mahu PDRM tegas, adil dan berhemah! Masyarakat mahu PDRM mesra, cepat dan betul!

Jadi pada yang dah ada dalam pasukan atau berkira-kira hendak menjadi sebahagian daripada mereka yang dalam panji Sang Saka Biru, inilah cabaran paling besar buat mereka.

Bekerja dalam tekanan, bekerja dalam imbuhan yang tak seberapa, bekerja dalam bahaya, bekerja dalam suasana yang tidak selesa...itu adalah ramuan dan rempah ratus yang terpaksa mereka lalui kalau mahu bergelar polis.

Namun percayalah, inilah tugas yang sangat mulia dan besar ganjarannya di sisi Tuhan.

Jadi tepuk dada tanya selera.

Teruskan berjuang demi agama, bangsa dan negara atau undur diri saja, andai itu pilihan terbaik yang ada.

@ Sent From Samsung Note III
Wechat : sarawakguerreiro
            

Rabu, 31 Mei 2017

VIDEO PANAS : CM ABG JO DEDAH RAHSIA SEMPENA HARI GAWAI


Gawai Dayak merupakan perayaan yang disambut di Sarawak oleh kaum pribumi Sarawak, terutamanya Iban, Bidayuh dan Orang Ulu seperti Kayan dan Kenyah, dan juga komuniti Dayak di Kalimantan Barat. Kebanyakan kaum-kaum Dayak ini masih tinggal di rumah-rumah panjang dan setengah-tengahnya tinggal berkelompok di kampung-kampung. Ada juga yang sudah tinggal menetap di bandar-bandar untuk mencari pekerjaan dan sara hidup yang lain.

Gawai bermaksud pesta. Jadi, Gawai Dayak adalah Pesta Dayak. Gawai Dayak merupakan hari menyambut tahun baru yang ditandakan dengan berakhirnya musim menuai padi dan bermulanya musim menanam padi yang baru. Ia merupakan musim perayaan pesta-pesta tradisi dan sosial.

Dalam video ucapan CM Abg Jo sempena Gawai Dayak 2017 yang berdurasi 4.25 minit ini, beliau telah mendedahkan satu perkara yang tidak terjangka oleh kita semua iaitu bagaimana pengiktirafan perlu ada hari kelepasan umum di Sarawak diperolehi.




Antara mereka yang giat memohon pengiktirafan ini ialah mendiang Datuk Tra Zehnder dan ayahanda saya sendiri, Tun Abang Haji Openg.
Pendedahan ini menandakan bahawa sejak dahulu lagi pemimpin-pemimpin BN Sarawak tanpa mengira keturunan dan bangsa akan memperjuangkan hak-hak semua keturunan di Sarawak. 

Jadi kepada pengkritik CM Abg Jo yang sebelum ini menggunakan isu-isu sensitif terhadap latar belakang beliau, pendedahan ini menjawab segalanya.


@ Sent From Samsung Note III
Wechat : sarawakguerreiro




            

Selasa, 9 Mei 2017

SIAPA LEBIH BAHAYA ??? : SELVA KUMAR VS MARIA OZAWA


Beberapa bulan yang lepas,kepulangan Selva Kumar ke Malaysia setelah menjalani hukuman penjara puluhan tahun di Kanada telah mengundang pelbagai respon negatif dan kurang senang dikalangan rakyat Malaysia. Umum mengetahui Selva Kumar adalah bekas pesalah seks yang dihukum penjara oleh kerajaan Kanada kerana telah melakukan jenayah seksual yang melibatkan lebih kurang 1000 wanita sebagai mangsanya.

Kepulangan Selva Kumar mengundang resah kepada kaum hawa terutamanya,adakah beliau akan mengulangi jenayahnya disini? Ataupun sudah berubah dan insaf? Kaum adam juga tidak ketinggalan melahirkan kembimbangan mereka akan kepulangan Selva Kumar ke Malaysia. Rata-rata mereka bimbang akan keselamatan adik perempuan,isteri,anak perempuan mereka. 

Bagaimanapun,isu panas ini berlalu,dan difahamkan Selva Kumar kini berada di Malaysia dan beliau bersetuju untuk dipantau oleh pihak berkuasa Malaysia.

Kini,dalam beberapa hari yang lepas, seorang lagi pelaku seks (tapi wanita),atau dimudahkan ayatnya iaitu bintang filem porno (pornstar) datang ke Malaysia. Tidak dipastikan sebagai pelancong atau atas jemputan,ianya juga mengundang pelbagai reaksi orang ramai. Cuma kali ini reaksinya lebih berbeza,kedatangannya disambut bak wira yang menang emas Olimpik,terutamanya dari kaum adam.

Maria Ozawa,bintang porno jepun yang popular. Kau nak tahu seberapa popularnya minah jepun ni? Cuba tanya lelaki disebelah kau,pastilah mereka akan mengenali Maria Ozawa.


Ada sesuatu yang kita semua patut bimbangkan akan respon kedatangan Maria Ozawa ini, melihatkan komen-komen para lelaki dialam maya,masing-masing berebut untuk memberitahu mereka lah paling mengetahui setiap inci tubuh pelakon filem lucah ini. Wataknya,dialognya, diungkap kembali dan dijadikan bahan perkongsian dialam maya. Maksudnya apa? Iya,hampir semua lelaki di negara ini pernah melayari laman lucah,dan boleh dikatakan menjadi tontonan filem lucah sebagai hobi!

Kedatangan Maria Ozawa ke Malaysia juga telah menampakkan “sisi raksasa” lelaki,boleh jadi lelaki itu adalah teman lelaki,abang,bapa,tunang anda! Dan betapa kita mengetahui pengaruh tv dan filem kedalam minda kita. Jadi cuba bayangkan setelah lelaki-lelaki ini yang terang-terangan berbangga melayari laman web lucah,tidak mustahil mereka sedang membayangkan melakukan perkara yang sama! Kepada kaum wanita disekelilingnya.

Tak boleh kita tolak bahawa statistik kes rogol semakin meningkat,kes sumbang mahram meningkat, dan satu kajian tentang perogol mengatakan bahawa keinginan untuk merogol itu datang setelah menonton filem lucah. Pelbagai aksi dalam filem lucah juga yang dikatakan luar tabii mahu dicuba oleh sesiapa yang menontonnya, walaupun perkara seperti itu adalah dilarang keras dalam agama. Malahan dengan binatang pun!

Bukanlah perkara yang menggembirakan apabila mengetahui kebanyakan kaum lelaki dinegara ini begitu mengenali Maria Ozawa ini. Tanpa rasa malu masing-masing berlumba-lumba untuk menunjukkan betapa berilmunya mereka bila berbicara tentang filem lucah. Kesannya terhadap moral pasti membimbangkan.

Anda masih risau tentang Selva Kumar? Tak perlu kerana dia sentiasa dipantau oleh pihak berkuasa,selain faktor umurnya yang sudah tua. Orang yang anda perlu risaukan ialah yang ada disekeliling anda. Sampai masa bila ia merasakan menonton filem lucah saja tidak mencukupi,mencari tempat untuk melampiaskan nafsu dan skill yang ditonton dalam filem lucah,tidak mustahil orang yang tidak membahayakan anda itu mampu berubah menjadi seorang sex predator.

Menonton filem lucah bukanlah perkara yang harus dibanggakan.

C&P

@ Sent From Samsung Note III
Wechat : sarawakguerreiro
            

Ahad, 23 April 2017

EDISI KELIRU : MALANGNYA RAKYAT SIBU PUNYA MP SEBEGINI


Ahli Parlimen DAP bagi Bandar Sibu, Encik Oscar Ling mengelirukan orang awam dengan menyatakan penutupan pejabat SRDC di Sibujaya sejak 10 tahun lalu dan dibiarkan kosong bagi tahun-tahun ini. Gambar yang dibekalkan oleh Ahli Parlimen DAP dalam akhbar tempatan semalam merupakan gambar bekas perpustakaan yang ditutup setahun yang lepas dan bukan seperti yang dinyatakan sepuluh tahun yang lalu. Tempat tersebut digunakan sebagai perpustakaan sehingga Mac tahun lepas dan bukan dibiarkan kosong seperti yang dinyatakan oleh Ahli Parlimen DAP.


Perpustakaan Sibujaya pada asalnya terletak di tingkat 1 pada dua unit kedai sejak tahun 2001 dan kemudiannya diperkembangkan dengan mengambil alih tingkat bawah pada tahun 2007. Berikutan dengan peningkatan populasi penduduk, perpustakaan berpindah dari bangunan tersebut ke bangunan baru perpustakaan setahun yang lalu.

Walhal tingkat 2 dan 3 pada dua unit bangunan kedai disewa pada ketika ini dan bukan seperti yang diperkatakan oleh Ahli Parlimen DAP dibiarkan kosong. Tempat kosong yang diluangkan oleh perpustakaan (tingkat bawah dan satu) sedang disewa oleh SRDC. Gambar yang diambil oleh Ahli Parlimen DAP menunjukkan tempat tersebut telah dibersihkan bagi memudahkan penyewa baru berpindah masuk ke premis tersebut.

​Pada hakikatnya, SRDC tidak pernah mempunyai pejabat di Sibujaya. Sebelum itu, ia pernah mempunyai pusat khidmat di tingkat bawah pada dua unit bangunan kedai dari tahun 2001 hingga tahun 2007 apabila pihak pengurusan membuat keputusan untuk menggunakan tingkat bawah bagi perluasan perpustakaan.

​Pejabat lama SRDC terletak di lokasi Dataran Bandar Sibu sekarang dan bukan di Sibujaya. Pejabat lama SRDC telah dirobohkan bagi memberi laluan kepada pembinaan Dataran Bandar Sibu lebih daripada 17 tahun yang lalu. Selepas itu, SRDC ditempatkan semula di tingkat 17 dan 18, Wisma Sanyan. Bagi soalan yang dikemukakan oleh Ahli Parlimen DAP bagi bandar Sibu, beliau dibayar dengan gaji yang cukup lumayan untuk mencari jawapan. Beliau tidak sepatutnya mencuba bermain dengan politik berkaitan dengan perkara ini. Soalan saya kepada beliau ialah kenapakah beliau masih mengungkitkan isu yang telah diputuskan lebih daripada 17 tahun yang lalu? 

​Saya merujuk kepada cadangan oleh Ahli Parlimen yang berkaitan dengan penggunaan dua unit kedai di Sibujaya sebagai pejabat SRDC. Adakah beliau begitu naif untuk mencadangkan dua unit kedai memadai untuk menempatkan lebih daripada 80 orang staf SRDC? Hanya sehingga beberapa hari yang lalu apabila beliau menyatakan pejabat SRDC harus kekal di Wisma Sanyan dan tidak perlu berpindah ke Sibujaya bagi kemudahan penduduk tebing barat.

​Populasi SRDC akan terus berkembang dan begitu juga penambahan bagi menampung permintaan perkhidmatan yang semakin meningkat. Sibujaya sedang berkembang pesat dan ia merupakan sebuah bandar baru. Adalah wajar untuk membuat perancangan bagi SRDC umumnya dan Sibujaya khususnya. SRDC akan sedia berkhidmat untuk sesiapa sahaja yang akan membawa pembangunan yang pesat kepada bandar Sibu termasuk tebing barat yang merupakan salah satu tugas utama bagi seorang Ahli Parlimen. Ahli Parlimen DAP bagi bandar Sibu seharusnya menukar arah pemikiran dan jangan hanya berbuat bising menjelang pilihanraya. Selepas empat tahun, apa yang boleh beliau perkatakan hanya berkemungkinan terdapat sebuah bandar baru yang besar di Bawang Assan. Wahai, Ahli Parlimen DAP! Di manakah pelan itu? Apakah yang telah dilakukan untuk membangunkan bandar baru tersebut? Adakah begitu sahaja yang dapat anda perkatakan selepas 4 tahun dan bergaji satu juta ringgit sebagai seorang Ahli Parlimen dengan duit pembayar cukai? Di manakah akaunabiliti anda?

​Seperti yang saya nyatakan awal dahulu bahawa perancangan tersebut termasuk sebuah pasar baru bersama dengan medan selera makan yang disebabkan tempat yang ada sekarang telah penuh. Kita harus merancang untuk masa hadapan. Sibujaya pasti akan berkembang berkali ganda pada dekad yang akan datang. Adalah wajar bagi seorang pemimpin untuk merancang ke arah tersebut.

​Ahli Parlimen merupakan seorang pemimpin yang mewakili komuniti di kawasan tersebut. Dengan ini, Ahli Parlimen DAP bagi bandar Sibu tidak melaksanakan peranan kepimpinan beliau. Sebagai seorang pemimpin bukan hanya menuding jari atau membuat kenyataan yang mengelirukan orang awam. Pemimpin seharusnya merancang untuk masa depan dan melaksanakan perancangan yang merangkumi penggunaan sumber, kemudahan dan peluang yang sedia ada. Perancangan bagi pasar baru yang merangkumi medan selera makan tepat pada masanya.

​Adalah wajar mengingatkan Ahli Parlimen DAP bahawa tugas beliau sebagai Ahli Parlimen yang bergaji lumayan setiap bulan adalah untuk berkhidmat untuk orang ramai dan bukan untuk mengelirukan orang ramai.

Sumber FB : Robert Lau Hui Yew / Pengerusi SUPP Bawang Assan / Timbalan Pengerusi Majlis Daerah Luar Bandar Sibu

@ Sent From Samsung Note III
Wechat : sarawakguerreiro
            

Ahad, 2 April 2017

SEKIRANYA #REZAAZIZ TIADA KAITAN DENGAN DS @NAJIBRAZAK


Kutipan Filem Syarikat Red Granite Yang Dikaitkan Dengan Riza Aziz Adalah RM3.55 Bilion atau 4 Kali Ganda Bajet Produksinya. Setakat nak beli rumah mewah di New York memang tak ada masalah. Jika Riza hanya anak Rakyat biasa sudah tentu pelbagai anugerah telah diberikan kepadanya. Baca tulisan Lim Sian See di bawah:

Ianya menyedihkan apabila anak tiri Perdana Menteri, DS Najib Tun Razak, Riza Aziz dikaitkan dengan isu 1MDB. Syarikat perfileman miliknya, Red Granite Pictures mempunyai rekod penghasilan filem yang baik sehingga menjana pendapatan yang lumayan.

Beberapa nama besar dalam industri perfileman telah membintangi filem terbitan beliau semenjak tahun 2013, termasuk Leornado DiCaprio, Margot Robbie, Jim Carrey, Jeff Daniels, Will Ferrell, Mark Wahlberg dan juga Mel Gibson. Secara keseluruhan, 3 filem terakhir terbitannya telah menjana keuntungan besar dan menjadi 'box-office' dengan nilai $802 juta US – atau sekitar RM3.55 bilion.

Nilai tersebut tidak termasuk penjualan DVD, penjualan hak kepada sistem televisyen rumah atau kabel TV yang hampir menyamai atau melebihi nilai 'box-office' sepanjang tahun. Keuntungan yang diperoleh syarikat itu adalah melebihi dari jumlah yang dikatakan telah dibiayai oleh 1MDB, seperti yang dikaitan oleh orang ramai.

Sekiranya Riza Aziz tidak mempunyai kaitan dengan Perdana Menteri, DS Najib Tun Razak mahupun 1MDB, dia pastinya telah dianggap sebagai wira global di Malaysia. Sehingga kini, tiada rakyat Malaysia yang berjaya menerbitkan filem di Amerika Syarikat. Pujian perlu diberikan kepada yang sepatutnya.

Nota Kaki: Filem Kapsul yang turut dibintangi oleh Perdana Menteri 22 tahun sekalipun gagal untuk menarik minions pengikutnya untuk menonton. Kutipan filem berkenaan untuk sepanjang tahun 2015 adalah RM96,900.26 sedangkan kos pembikinan filem berkenaan adalah RM2.3 juta!


@ Sent From Samsung Note III
Wechat : sarawakguerreiro

            

Khamis, 2 Mac 2017

MYKAD WARGA ASING : STRATEGI PEMBANGKANG BURUKKAN KERAJAAN TAK MENJADI


Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) tampil menjawab berhubung isu kad pengenalan yang tular di media sosial kononnya merupakan 'IC warga asing yang diberikan warganegara'.

Menjelaskan salah faham tersebut, menurut jurucakap JPN pemegang MyKad tersebut merupakan seorang yang berketurunan daripada kaum India.

"Beliau merupakan anak angkat kepada ibu bapa berketurunan Cina," jelas jurucakap JPN.

Mengulas lanjut, beliau turut menyatakan berdasarkan peraturan sedia ada, ibu bapa angkat boleh menamakan anak angkat dengan nama selain nama asal dan dalam kes bukan Islam boleh mengikut nama keluarga angkatnya.

Terdahulu, MyKad yang tular di media sosial didakwa milik warga asing yang diberikan bertujuan untuk PRU-14.

Sumber : Sinar Online

@ Sent From Samsung Note III
Wechat : sarawakguerreiro
            

Isnin, 27 Februari 2017

KISAH RAKYAT : POLIS DIGELAR ANJING, MAKAN BURGER FREE


Aku melabuhkan punggung di atas batas batu di kaki lima 7-Eleven. Street food paling sedap kalau dinikmati di tempat ia disediakan; iaitu di tepi jalan. Kalau makan di tengah jalan, itu namanya gonjol. 

Sewaktu aku keluarkan bekas polisterin yang tertulis “DDS” daripada plastik, kelihatan sebuah kereta polis peronda menghampiri gerai beger di mana aku beli beger daging double special ni tadi.

“Alamak, awal pula hari ni. Selalu pukul 10 baru sampai. Tak siap lagi ni.” ujar si peniaga beger.

“OK. Kami pergi ronda dulu. Sekejap lagi kami datang balik” balas salah seorang abang polis di dalam peronda tersebut sebelum beredar.

Regular customer kot.

Macam lipas kudung peniaga beger tu siapkan tempahan polis-polis tadi. 2 beger daging, 2 beger ayam. Aku perasan dia sapu mentega lebih banyak daripada beger-beger dia buat sebelum ni. Tomato 2 potong, sayur berimbun, senang cerita segala ramuan lebih banyak daripada biasa.

5 minit kemudian, peronda tadi kembali lagi.

“Nah! Kirim salam pada dorang semua” kata peniaga beger itu sambil hulurkan beger ke tingkap kereta peronda yang terbuka luas.

Setelah peronda itu beredar, peniaga tadi sambung semula siapkan tempahan para pembeli yang sudah lama menunggu.

“Apa ni bang! Kenapa buat si anjing-anjing tu punya dulu? Siap abang buat dorang punya semua lebih. Dah la dorang tak bayar!” kata seorang pelanggan yang dari tadi menunggu di atas motorsikal, meluahkan ketidakpuashatiannya.

“Tu la pasal! Jangan bagi muka sangat!” tambah si pembonceng kepada pelanggan tadi.

“Korang pun nak macam dorang punya ke? Boleh. Aku belanja. Tak payah marah-marah.” respon si peniaga.

“Eh, tak payah, bang. Kitorang bukan kaki pow macam dorang”

“Dorang bukan pow aku. Dorang tolong aku je” si peniaga menidakkan tuduhan itu.

“Kalau bukan pow, tadi tu apa? Bayaran perlindungan?”

“MashaAllah! Apa korang merepek ni? Beger tadi tu bukan untuk doranglah. Bini aku sakit, dia dekat hospital. Kat rumah tak ada orang masak. So, beberapa hari ni aku minta tolong polis-polis tu hantarkan makanan kat anak-anak aku kat rumah.”

Jeng jeng jeng!

Terus berubah muka dua orang pelanggan tadi. Kalau aku jadi dorang, aku tak tunggu beger aku siap. Aku bayar, pastu terus naik motor, chow balik rumah, cebur muka dalam mangkuk tandas, lepas tu flush!

Lain kali jangan main serkap jarang. Jangan tuduh melulu. Apa yang kita nampak, mungkin hanya sebahagian daripada apa yang berlaku. Jadi, jangan cepat sangat buat kesimpulan, terutamanya kalau ia melibatkan perkara-perkara buruk.

Anggota-anggota polis tadi menjalankan tugas mereka dengan baik, menghulurkan bantuan kepada komuniti, tapi dituduh pula tidak berintegriti kerana memeras ugut. Malah, digelar anjing pula.

Bukan semua anggota PDRM tu Unit K9, tau!

Tak apa abang-abang polis. Selagi korang “Tegas , Adil dan Berhemah”, aku dan rakyat Malaysia akan doakan korang sentiasa dirahmati Allah.

Drama dah habis, aku pun bangkit dari tempat duduk. Terkejut aku tengok beger DDS aku tadi dah bertukar jadi popcorn. Bila masa aku beli bertih jagung, Tuhan je tahu.

Sumber : Kamarul Ariffin Nor Sadan

@ Sent From Samsung Note III
Wechat : sarawakguerreiro