Sabtu, 11 Julai 2015

MEMANG PANAS : TINDAKAN CM ADENAN BUATKAN DAP SARAWAK KEPANASAN !!!



Kenyataan Pengerusi Parti Tindakan Demokratik (DAP) Negeri Chong Chieng Jen yang menuduh Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Adenan sebagai ‘Mesin ATM Kutipan Cukai Kerajaan Persekutuan’ disifatkan biadap dan satu budaya politik keji.

Jika Chong berani membuat andaian liar seperti itu, mungkin saya patut membuat andaian bahawa kenyataan Chong hanya untuk membantu penyokong atau konconya yang mungkin terasa kehangatan tindakan SPRM dan LHDN 

Apakah Chong tidak sedar bahawa sebelum perayaan Hari Gawai lepas Ketua Menteri ada memohon pertimbangan SPRM memberi sedikit kelonggaran tentang akaun dibeku kerana tindakan itu mungin memberi kesan dari segi pembayaran gaji pekerja, yang tidak terlibat secara langsung atau tidak dengan aktiviti rasuah

- YB Abdullah Saidol, Pengerusi Kelab Penyokong Barisan Nasional (BNBBC) Sarawak

Klik [ Sini ] untuk berita selanjutnya

TUDUHAN CHONG CHIENG JEN TERSEBUT SEMEMANGNYA MEMBUKTIKAN BAHAWA PAKATAN RAKYAT SARAWAK TERUTAMANYA DAP SUDAH MULA "GOYANG" DENGAN TINDAKAN DAN PENGARUH CM ADENAN. 

@ Sent From Samsung Note II
            

ADA TELOR NEWS : PAS BUKTIKAN MEREKA PUNYA MARUAH YANG TINGGI


Keputusan Mesyuarat Majlis Syura Ulamak Di Dalam Isu Hubungan Dengan DAP

Pas terus istiqamah dengan prinsip Islam sebagai rahmat untuk semua yang menegakkan keadilan dan kesejahteraan untuk semua kaum. Oleh kerana itu, PAS konsisten meneruskan hubungan dengan semua pihak menerusi hubungan tahaluf siasi bersama parti politik dan NGO bukan Islam.

Dalam masa yang sama Pas tetap teguh berpegang dengan dasar-dasar Islam ketika berhubung dengan semua pihak.

Namun Majlis Syura Ulamak kesal dengan tindakan-tindakan provokasi berterusan dan keputusan DAP yang mengecam dan melanggar semangat kerjasama Pakatan Rakyat, serta campur tangan dalam aqidah, dasar dan matlamat PAS. 

Oleh itu, Majlis Syura Ulamak memutuskan bahawa hubungan tahaluf siasi dengan DAP terbatal. Dalam masa yang sama, PAS mengekalkan tahaluf siasi bersama PKR.

Keputusan ini diserahkan kepada Jawatankuasa Kerja PAS Pusat untuk dilaksanakan menurut kesesuaian dan keperluan politik semasa.


Dato' Dr. Nik Muhammad Zawawi Salleh
Setiausaha Majlis Syura Ulamak,
24 Ramadhan 1436 / 10 Julai 2015


@ Sent From Samsung Note II
            

Jumaat, 10 Julai 2015

TERDESAK NEWS : PKR SARAWAK MASIH "BUTUHKAN" DAP SARAWAK


Walaupun sudah berkali-kali DAP "melukakan" perasan PKR Sarawak, PKR Sarawak tetap masih mahu bermanis mulut dengan DAP Sarawak. PKR Sarawak seakan-akan tidak boleh berdiri di kaki sendiri dan amat-amat mengharapkan sokongan DAP Sarawak untuk mengadapi PRN Sarawak yang bakal tiba.

Memetik laporan [ Sarawak Live ]


PKR has not changed it's position nor does it seek to lord over her coalition partners. We treasure all efforts to cooperate. We seek for support and understanding from all our coalition family. Our mission is to stop the rot of the present administration and even if we fail we can still hope to deny BN of absolute authority by offering check and balance.

We are very sad when State DAP decided to stop working with PKR but we are also very confused despite the cut-off Sarawak DAP did turn up in full force to support PKR in the recent Permatang Pauh by-election.

KALAU DAP SUDAH MELAKUKAN SEDEMIKIAN RUPA, APA GUNANYA PKR MASIH BERKIAS-KIAS CUBA MEMUJUK DAP UNTUK "MENGHISAP BATANG" DAP. DAYUS SANGATKAH PARTI PKR SAMPAI SANGGUP MELAKUKAN PERBUATAN YANG BOLEH MENJATUHKAN MARUAH MEREKA. 

ATAUPUN PKR MEMANG SUDAH TAHU MEREKA TIDAK AKAN MENDAPAT SOKONGAN RAKYAT SARAWAK UNTUK PRN KALI INI DAN MENGHARAPKAN BANTUAN DAP UNTUK MENERUSKAN KELANGSUNGAN HIDUP MEREKA DALAM POLITIK SARAWAK.

@ Sent From Samsung Note II

            

MELAMPAU NEWS : ROGOL DI TANAH KUBUR !!!

Mangsa ketika tampil ke Balai Polis Sungai Merah

Polis menahan seorang remaja lelaki berumur 19 tahun kerana disyaki merogol budak perempuan berusia 12 tahun di sebuah tanah perkuburan di Sungai Merah, malam kelmarin.

Suspek bekerja sebagai buruh, berbangsa Melanau ditahan di tempat kerjanya di sebuah gudang penyimpanan makanan di Jalan Dik Ling Kwong pada jam 2 petang semalam.

Bertindak atas maklumat, mangsa telah dibawa ke Hospital Sibu untuk menjalani pemeriksaan perubatan.

Parut koyakan lama pada kemaluan mangsa dikesan doktor mengukuhkan lagi dakwaan bahawa budak perempuan itu menjadi mangsa rogol.

Mangsa yang berumur 12 tahun 10 bulan berbangsa Iban tampil ke Balai Polis Sungai Merah tengah hari semalam.

Menurut laporan, insiden rogol tersebut berlaku di sebuah tanah perkuburan terletak di kawasan belakang sebuah sekolah di Sungai Merah sekitar jam 9 malam kelmarin.


            

MELAMPAU NEWS : LEPAS DI ROGOL DICAMPAK KE DALAM PARIT


Polis sedang menyiasat kes seorang gadis yang dipercayai dirogol secara bergilir-gilir sebelum dibuang ke dalam parit.

The Star Online melaporkan, gadis berusia lingkungan 20an itu ditemui terbaring di dalam parit berhampiran sebuah restoran makanan laut di Jalan Bundusan, dekat Penampang.

Ketika ditemui, mangsa dikatakan tidak sedarkan diri dan seluruh anggota badannya mengalami lebam-lebam dipercayai akibat dipukul.

Timbalan Ketua Polis Penampang, DSP Rosley Honden berkata, mangsa telah dihantar ke Hospital Penampang bagi mendapatkan rawatan.

“Gadis itu kini sedang mendapatkan rawatan sebelum kita boleh mengambil keterangan daripadanya,” katanya.


Setakat ini belum ada sebarang tangkapan dibuat.
            

Khamis, 9 Julai 2015

TERBAIK DI MALAYSIA : AHMAD MASLAN PUJI PERBADANAN PEMBANGUNAN EKONOMI SARAWAK (SEDC)


Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sarawak (SEDC) mencatat keuntungan sebelum cukai sebanyak RM56 juta dan nilai aset sekitar RM1 bilion, menjadikannya antara Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri (PKEN) terbaik di negara ini.

Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan berkata pencapaian SEDC adalah kejayaan yang sangat besar berbanding PKEN negeri lain.

“Sebagai lawatan sulung sebagai Timbalan Menteri Kewangan ke SEDC Sarawak, saya amat gembira melihat kejayaan-kejayaan yang dilaksanakan oleh perbadanan ini, sebagai contoh keuntungan sebelum cukai RM56 juta dan nilai aset lebih kurang RM1 bilion.

“Ini adalah antara kejayaan yang besar berbanding PKEN negeri lain,” katanya pada sidang media selepas mengadakan lawatan kerja ke pejabat SEDC dan mendengar taklimat pembangunan di Menara SEDC di sini semalam.

Menurutnya ketika ini SEDC sedang membangunkan tiga projek utama iaitu pembinaan sebuah hotel, jambatan pejalan kaki merentasi Sungai Sarawak (Jambatan Emas) dan selaku urus setia serta pengurus kepada Pusat Transformasi Bandar (UTC) Kuching.


TAHNIAH SEDC !!!!

            

Rabu, 8 Julai 2015

TAN SRI @KBAB51 : "TAK ADA SEBAB SAYA NAK TANGKAP TUN DR MAHATHIR"


Polis mengecam desakan supaya menahan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad kerana penglibatan beliau berkaitan skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar menganggap saranan tersebut sebagai "nakal" dan beliau tidak akan melayaninya.

"Tak ada sebab saya nak tangkap (Tun Dr) Mahathir. Itu saranan yang nakal dan saya tak akan layan," katanya kepada pemberita dalam sidang medianya di KL Sentral hari ini.

Beliau menjawab soalan berhubung desakan bekas anggota Majlis Tertinggi Umno Datuk Saifuddin Abdullah yang mencabar polis menahan negarawan itu.

Dr Mahathir antara yang lantang mengkritik firma pelaburan 1MDB dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak.

Manakala Najib telah menuduh Mahathir mendalangi dakwaan bahawa beliau telah disalurkan RM2.6 bilion dana 1MDB.

Sumber : MalaysiaKini

CONFIRM LEPAS NI ADA ORANG AKAN KUTUK AMBIL ARTIKEL DARI PORTAL PERMBANGKANG.

PEDULI APA AKU

#KamiSayangTunDrMahathirMohammad

@ Sent From Samsung Note II
            

Selasa, 7 Julai 2015

BIAR BETUL : AZIZ ISA AJAR PKR SARAWAK CARA BETUL BERPOLITIK !!!


Akhir-akhir ini aku cukup suka dengan Aziz Isa. Bukan apa, beliau dilihat "amat-amat menyerlah" dalam apa jua isu. Apa isu yang beliau tidak sentuh. Isu Tabung Baitulmal, Isu pasukan bola sepak Sarawak, Isu nasional seperti 1MDB dan bermacam isu seperti beliaulah Pengerusi DAP Sarawak. 

Cuma kali ini agak menarik. Aziz Isa telah meluahkan perasaan tidak puas hatinya kepada PKR Sarawak yang didakwa TIDAK BEKERJA. Sedikit petikan daripada kenyataan Aziz Isa.

Setiap kali saya berjumpa dengan beberapa orang pemimpin Melayu PKR, mereka tidak sudah-sudah membincangkan isu DAP bertanding di Parlimen Stampin. Masalahnya, DAP dah menang di Parlimen Stampin, yang PKR nak bising-bising lagi kenapa? Janji BN sudah tumbang, itu pun masih bising? DAP tidak ada pun marah bila PKR menang DUN Batu Lintang, yang penting BN sudah kalah. Apa PKR mau lagi? Mahu DUN Batu Kawah, DUN Pending, DUN Padungan dan DUN Kota Sentosa? Akhirnya, BN menang di kawasan lain. Jumlah kerusi kita setakat itu sahaja sebab bodoh sibuk hendak merampas kerusi yang sudah menang yang mana matlamatnya untuk menumbangkan BN adalah sama. DAP dah menang, sudah lah. Tak perlu PKR nak tanding kerusi yang sudah dimenangi DAP. Cari kerusi yang masih dimenangi BN. Kalau PKR tuduh DAP rampas kerusi PKR sebagai contoh di DUN Satok, soalnya sekarang, sejak bila kerusi DUN Satok dimenangi PKR? Kalau masih masih dimenangi BN maka kerusi itu milik rakyat dan BN, bukan PKR. Lainlah kalau PKR menang di DUN Satok dahulu, tidaklah DAP akan bertanding di sana
Baca Selanjutnya di "SARAWAK LIVE"

ADA BETUL JUGAK APA YANG DIDAKWA SI AZIZ ISA INI. KALAU SEMUA DAP YANG BUAT, BUAT APA ADA PAKATAN RAKYAT. MESTI VERNON AJI KEDIT BERBULU GILA DENGAN AZIZ ISA KALI INI.

@ Sent From Samsung Note II
            

Ahad, 5 Julai 2015

PERIBAHASA BARU : BINATANG LAIN PUNYA SUSU, BABI DAPAT NAMA !!!



Panas sekejap di media sosial berkaitan papan iklan elektronik yang memaparkan seekor binatang mirip babi dipakaikan songkok dengan ucapan Selamat Hari Raya. Difahamkan papan iklan elektronik itu terletak di Kuala Lumpur.



Namun setelah diselidik,gambar tersebut adalah seekor wombat,yang juga merupakan maskot bagi syarikat servcorp.Perkara ini disahkan melalui satu video korporat syarikat berkenaan yang memaparkan seekor wombat yang sedang bercakap.Servcorp adalah sebuah syarikat yang menawarkan khidmat penyewaan ruang antarabangsa.







Wombat adalah sejenis haiwan yang boleh dijumpai di Australia. Ia berkaki pendek dan panjang badannya kira-kira 1 meter dengan ekor yang pendek. Wombat adalah haiwan herbivor yang memakan rumput, tumbuh-tumbuhan dan akar. 




@ Sent From Samsung Note II



            

APA MASALAH AZIZ ISA DENGAN TABUNG BAITULMAL SARAWAK ???


Aziz Isa cukup berminat dengan Tabung Baitulmal Sarawak. Bukan sekali beliau membangkitkan hal berkaitan Islam ni, rasanya dah banyak kali semenjak beliau muncul di arena politik Sarawak.

Kalau diikutkan polisi DAP, tidak adapun menggariskan hal ehwal Islam menjadi keutamaan. Malahan mereka lebih berminat kepada Malaysia ini adalah Negara Sekular. 

Tuntutan Aziz Isa untuk mendapatkan akses kepada Laporan Kewangan Tabung Baitulmal dilihat hanya bermotifkan politik semata-mata. Apa kepentingan DAP untuk melihat laporan kewangan Tabung Baitulmal melainkan hanya akan digunakan untuk menghasut orang Islam di Sarawak. 

Walau apapun alasan Tabung Baitulmal untuk tidak memberikan Laporan Kewangan mereka kepada Aziz Isa, Aziz Isa langsung tidak berkelayakan untuk mendapatkan Laporan Kewangan tersebut. Tambah-tambah lagi Aziz Isa ini mewakili parti yang menentang negara Islam.





AMAT-AMAT DITAKUTI (MINTA DIJAUHKAN), SEKIRANYA AZIZ ISA DIPILIH MENJADI WAKIL RAKYAT, IDEA PENGGUNAAN WANG ZAKAT UNTUK ORANG BUKAN ISLAM AKAN DICADANGKAN DI SIDANG DUN SEPERTI MANA YANG PERNAH DIUSULKAN DI DEWAN UNDANGAN NEGERI SELANGOR OLEH DR. MOHD NASIR HASHIM, PRESIDEN PARTI SOSIALIS MALAYSIA PADA TAHUN 2008.

@ Sent From Samsung Note II
            

Sabtu, 4 Julai 2015

APA NAK JADI : SEMAKIN HARI SEMAKIN BANYAK KENYATAAN BODOH


Kenyataan seorang tetamu jemputan program Celik Kewangan dalam isu Gaji Oh Gaji yang disiarkan oleh RTM1 dann rancangan Selamat Pagi Malaysia (SPM) itu, dikritik hebat oleh netizen.

Syed Abdul Aziz Al Qubra, menyarankan agar rakyat tidak balik ke kampung untuk sambutan hari raya tahun ini demi menjimatkan minyak, tol, dan perbelanjaan yang tidak diperlukan.

Video rakaman itu tersebar di laman sosial sejak semalam, menimbulkan perasaan tidak puas hati netizen yang menganggap cadangan itu seperti menggalakkan mereka menjadi anak derhaka.

"Tahun ini, cuba jangan balik kampung. Pertama, jimatkan minyak, minyak dah naik 10 sen. Kedua, tol. InshaAllah, saya pun tak tahu. Dah naik rasanya. Yang ketiga, kalau dah ramai-ramai mesti tidur di hotel. Trend orang sekarang balik raya, tak tidur rumah mak bapa lagi. Sempitlah, itulah, maka tidur hotel, belanja bertambah. Balik kampung hanya nak mertua puji..."

"Padahal, dalam keadaan kita perlu membayar lebih di tahun ini berbanding tahun lepas. Jadi kalau ekonomi pun berubah, tapi sikap kita tidak berubah, mengapa harus terus-terusan menyalahkan GST," katanya.

Apa yang cuba disampaikan oleh Syed Abdul Aziz adalah sikap rakyat Malaysia yang terlalu banyak keinginan dalam diri mereka menyebabkan perbelanjaan harian mereka tidak terkawal.

Apabila gagal merancang kewangan yang baik, menjadikan mereka kekurangan wang dan lantas menyalahkan kerajaan di atas apa yang berlaku pada diri mereka.



@ Sent From Samsung Note II
            

1MDB TERKINI : KENYATAAN MEDIA TIMBALAN PERDANA MENTERI MALAYSIA


Pendedahan terkini Wall Street Journal amat membimbangkan YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin kerana ianya melibatkan kredibiliti serta integriti Dato' Sri Najib sebagai Perdana Menteri Malaysia. Ikuti amanat YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin yang dikeluarkan melalui Facebook Rasmi beliau.

Kenyataan Media
YAB Tan Sri Muhyiddin Haji Mohd Yassin
Timbalan Perdana Menteri

Saya berasa amat bimbang dengan pendedahan terkini Wall Street Journal mengenai beberapa akaun peribadi milik YAB Dato' Seri Mohd Najib Tun Abd. Razak yang didakwa telah menerima sejumlah wang daripada beberapa buah entiti yang dikatakan mempunyai hubungan dengan 1MDB.

Tuduhan ini amatlah berat kerana ia boleh menjejaskan kredibiliti dan integriti Dato' Seri Najib sebagai Perdana Menteri dan Ketua Kerajaan. Isu ini juga telah menarik perhatian rakyat serta media antarabangsa dan pastinya menyentuh kepentingan awam.

Oleh itu, saya berpendirian bahawa pihak berkuasa penyiasatan seperti Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Bank Negara Malaysia (BNM) dan Polis Di Raja Malaysia (PDRM) dengan kerjasama Jabatan Peguam Negara perlu bertindak segera untuk menyiasat segala tuduhan yang dibuat terhadap Dato' Seri Najib. Saya yakin siasatan mengenai perkara ini akan dijalankan secara terperinci, telus dan bebas demi mencari kebenaran.

Oleh kerana tuduhan ini adalah bersifat peribadi, maka adalah wajar bagi Dato' Seri Najib untuk memberikan penjelasan yang meyakinkan atau membuat penafian. Sehubungan itu, saya menyambut baik kenyataan Dato' Seri Najib yang telah menafikan tuduhan yang dilemparkan terhadap beliau. Sekiranya beliau yakin semua tuduhan itu adalah tidak benar dan fitnah semata-mata, maka adalah wajar beliau mengambil tindakan undang-undang ke atas pihak-pihak yang membuat tuduhan demi membersihkan nama beliau dan mengembalikan kredibiliti kerajaan.

Sementara siasatan terperinci dijalankan, saya menyeru semua pihak supaya bertenang. Saya pasti kebenaran akan muncul hasil siasatan yang dijalankan oleh pihak berkuasa.

Saya berdoa mudah-mudahan di bulan Ramadhan Al-Mubarak ini, Allah s.w.t akan memberikan kita segala tawfiq dan hidayah untuk menyelesaikan segala kemelut yang berlaku dan mengurniakan kesejahteraan yang berkekalan kepada rakyat dan negara kita.

TAN SRI DATO' HJ MUHYIDDIN HJ MOHD YASSIN
Timbalan Perdana Menteri Malaysia

4 Julai 2015

Sumber : Facebook
            

PERSOALANNYA, LU SAPA NAK SOUND ORANG ???


Posting kali ini lari jauh dari dunia politik. Pasal apa, pasal dah cukup menyampah dengan si Bapuk Tua, Azwan Ali. Adik kepada MB Selangor ni dah beberapa kali buat hal kepada netizen. Cukup meluat dengan perangai KEPONDANAN dia di media sosial.

Isu kedai makan MENATE cukup-cukup membuat aku meluat. DIVA AA ( siapalah yang bagi gelaran DIVA kat Bapuk ni) yang merasakan dirinya begitu perfect tidak mengaku silap sendiri sehingga terpaksa ditegur oleh Mufti Negeri Perak.

Azhar Sulaiman, cuma menegur rakan seindustri Bapok ini dengan cara yang amat sopan.



Apa balasan si Bapuk Tua kepada Azhar Sulaiman ????

Kepada Azhar Sulaiman, saya bukan tak boleh dengar nasihat, pada saya, saya tak pernah ketuk pun pintu rumah dia. Apa masalah dia?
Kau siapa nak nasihat aku, respect aku sikit. I got all my reason doing such. Jadi, kepada Azhar Sulaiman dan mana-mana artis yang nak interframe, its a shame, kerana awak yang menjolok sarang tebuan.
Kau siapa nak nasihat Azwan Ali, kau bukan Aaron Aziz, bukan Datuk Aznil. Level meraka yang nak tegur saya adalah level seperti itu, siapa Azhar Sulaiman?

Rasa nak pijak je muka Bapuk Tua ni. Untuk pengetahuan Bapuk Tua dibawah adalah profil pendidikan Azhar Sulaiman

Pelakon “Keluarga Iskandar” ini memiliki diploma Senibina dari UiTM Shah Alam pada tahun 1994, Ijazah Sarjana dalam bidang Senibina dari University of Newcastle Upon Tyne di United Kingdom pada tahun 1997, Ijazah Senibina/Pengajian Lanjutan dari University of Kingston Upon Thames, London pada tahun 1999 dan Professional Practice dalam bidang Senibina University of Westminster, London pada tahun 2001.
SEMOGA BAPUK TUA NI BERTAUBAT. JANGAN LANGGAR ORANG SESUKA HATI KAMU. INGAT, TAK SELAMANYA KAU BOLEH MENJADI BAPUK. 
            

TU DIA : PAHLAWAN BUGIS AKAN MENYERANG !!!


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengancam menggunakan tindakan undang-undang sepenuhnya terhadap pengkritik yang mendakwa beliau mencuri harta negara.

Beliau memberikan kata dua itu selepas mendakwa Tun Dr Mahathir Mohamad berada di belakang serangan terhadapnya.

"Pihak yang terus melancarkan serangan ini patut bersedia berdepan dengan akibat tindakan mereka.

"Taktik kotor ini, sesetengahnya berunsur jenayah, untuk menggulingkan kerajaan akan gagal," katanya dalam kenyataan.

Najib berkata demikian dalam satu kenyataan malam ini sebagai menjawab laporan Wall Street Journal (WSJ) awal hari ini yang mendakwa AS$700 juta dana 1MDB telah didepositkan ke dalam akaun peribadi perdana menteri.

Najib menegaskan bahawa beliau tidak mengambil sebarang wang kerajaan untuk kepentingan peribadi dan menegaskan bahawa ini adalah satu percubaan untuk mengguling beliau.

"Ia kini jelas bahawa dakwaan palsu seperti ini adalah sebahagian daripada kempen bersepadu sabotaj politik untuk menjatuhkan seorang perdana menteri yang dipilih secara demokratik," katanya.

Menurutnya, adalah memalukan bahawa serangan palsu itu didorong oleh kepentingan diri ketika wujud peluang yang unik bagi Malaysia - sebagai pengerusi Asean tahun ini, dan status negara maju yang semakin hampir.


@ Sent From Samsung Note 2
            

Jumaat, 3 Julai 2015

BILA NAJIB 'DILAGAKAN' DENGAN MUHYIDDIN, SIAPA KITA PILIH?


Kebelakangan ini bagai tak dapat dibendung dan disembunyikan lagi perbalahan antara DS Najib dan TS Muhyiddin. Benarkah UMNO sudah jadi parti retak seribu? Jangan ditanya siapa yang punya rencana atau siapa pencipta skripnya kerana yang lebih utama adalah kemusnahan UMNO adalah kemusnahan seluruh negara dan umat Melayunya.

Ada yang bertanya kenapa ini terjadi kini? Kuat sangatkah UMNO sehingga mampu bertelagah sesama sendiri sedangkan PRU sudah semakin hampir.

Jawapan mudahnya adalah kerana masing-masing merasakan bahawa musuh utama sudah dihapuskan dan terpenjara di Sungai Buluh. Justeru inilah masanya merebut dan berbahagi harta 'rampasan perang'.

Apakah pemimpin-pemimpin UMNO masih belum sedar bahawa rakyat sudah semakin bosan dengan kerenah mereka? Nama UMNO pun bukan benar-benar harum sejak PRU12 lalu. Rakyat khususnya generasi muda masih belum benar-benar merasai kehebatan UMNO dan tidak merasa bahawa UMNO benar-benar diperlukan. Segala tentang UMNO mereka anggap hanya retorik dan gula-gula semata-mata. Rakyat dipedalaman yang masih benar-benar hidup susah juga sudah semakin hilang percaya. 

Mungkin mereka tidak benar-benar mengetahui apa yang terjadi, namun 'angin tetap membawa khabar' internet dan media sosial mampu mempengaruhi mereka disamping khabar dari kota yang dibawa oleh anak cucu.

Kelemahan pemimpin adalah kerana terlalu berlembut selama ini. Pemimpin yang terlalu bertimbang-rasa dan berhati-hati dianggap lemah dan tidak tegas. Pemimpin bukan sahaja patut di hormati bahkan juga mesti ditakuti. Jika tidak masakan ada yang berjaya memimpin sehingga lebih 20 tahun.

Sebenarnya saya sendiri masih belum ada pendirian yang pasti siapa yang akan saya pilih, namun jika benar-benar terjadi antara berdua mereka akan bertarung, tidak mustahil saya akan memilih pilihan ke-3. 

Pastinya bukan hanya saya sahaja yang akan mengambil pendirian demikian, ramai lagi yang merasa benci dan bosan dengan pergaduhan sesama Melayu akan membuat pilihan yang pemimpin Melayu sendiri tidak akan menjangka.

Kerana nila setitik, biarlah rosak susu sebelanga. Alang-alang menyeluk perkasam, biar sampai tenggelam. Dari genting, biarkanlah terus putus. Mengenggam bara api, biar sampai terbakar tangan.

Jika saya dipaksa memilih diantara dua, saya lebih rela tidak membuat pilihan atau akan memilih pilihan yang ke-3.

Kepada pemimpin-pemimpin Melayu, jangan kesal nanti jika kami akan memilih musuh kita dan musuh kamu sendiri selama ini. Jika politik pemimpin merasakan segalanya mungkin, kita juga merasakan kemungkinan pilihan ini boleh berlaku.

Kita hanya mampu berharap segalanya dapat diredakan untuk kita tidak terpaksa memilih pilihan ke-3 dari 2 pilihan yang kita ada.

Petikan Dari Blog BraveHeart

@ Sent Fro HTC Butterfly