Jumaat, 4 Julai 2014

CNEY PEGI TELOR CDAK PIMPINAN PBB ??

Kamboh di media sosial terutamanya di Facebook cdak geng komponan BN (PRS, SPDP, SUPP) nganok YB Karim dan nyuruh YB Karim minta maaf dengan cdaknya.
Kemonlah PBB, ktk orang ABANG BESAR. Kenak ktk orang diam bila wakil ktk dianok adik2 yang rasa dirik besar. Ohhhh...nak jaga hati cdak komponen lain. Mun asyik nak jaga hati orang, hati ktk orang siapa nak jaga.
Belajarlah dr kesilapan UMNO. Asyik ngalah dgn parti lain sampei ahli2 UMNO byk yang merajuk.
@ Sent From HTC ONE X
            

KALAU YA PUN BANGSAWAN, TAK PAYAH LAH MENAFIKAN REZEKI GOLONGAN MISKIN

Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin berkata kegiatan memberi makan kepada golongan miskin tidak menyebabkan kawasan bandar Kuala Lumpur menjadi kotor.
Khairy berkata, beliau pernah melihat sendiri operasi satu NGO, PERTIWI yang sentiasa menjaga kebersihan ketika memberi makanan kepada golongan itu.
Amalan itu juga ditunjukkan oleh Sekretarian Hal Ehwal Bandar Pemuda Umno, katanya dalam tulisan di Facebook, katanya.
"NGO ibu dan ibu saudara saya, PERTIWI, sudah lama mengendalikan soup kitchen. Sama juga dengan SHEB Pemuda Umno dan NGO lain.
"Yang pernah saya sendiri melihat, sukarelawan PERTIWI sentiasa menjaga kebersihan kawasan di mana mereka membuat program pemberian makanan," katanya lagi.
Beliau seterusnya berharapan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) tidak akan membasmi golongan miskin itu dari pandangan umum, tetapi terus membantu usaha NGO tersebut.
"Harap DBKL memberi kerjasama kepada NGO2 seperti ini untuk terus meneruskan kerja amal mereka.
"Tumpuan perlu diberi untuk membasi kemiskinan. Bukan untuk menghapus orang miskin dari pemandangan orang ramai," katanya.
Beliau berkat demikian bagi mengulas penjelasan oleh Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Mansor.
Tengku Adnan dalam satu laporan Astro Awani semalam mendakwa, kegiatan memberi makan kepada golongan itu menyebabkan kawasan sekitar Kuala Lumpur menjadi kotor.
“Ini kawasan tumpuan pelancongan, saya tidak mahu kawasan ini jadi kotor, banyak tikus, ada surat khabar luar negara labelkan Kuala Lumpur sebagai Bandaraya Tikus,” katanya lagi.
Dalam kenyataannya di Facebook hari ini, Tengku Adnan berkata masalah golongan gelandangan tersebut "menyumbang terhadap masalah kebersihan di Kuala Lumpur khususnya lokasi tumpuan pelancong."
"Mereka tidur di tempat yang tidak sesuai di sekitar bandar raya Kuala Lumpur dalam persekitaran yang tidak bersih dan terdedah kepada penyakit berjangkit," katanya.
@ Sent From HTC ONE X
            

Khamis, 3 Julai 2014

EDISI WWE : MP PKR RELA BERTUMBUK PASAL NAK BESARKAN HOSPITAL GUGUR ANAK !!!

Wakil rakyat Parlimen Miri, yang juga terkenal sebagai Doktor Buang Anak, ternyata memutarbelitkan fakta projek pembinaan jalan di hadapan klinik miliknya. Katanya tempat parking tersebut digunakan oleh peniaga-peniaga gerai, walhal kawasan parking tersebut digunakannya sebagai tempat ceramah pada setiap musim kempen pilihanraya.
@ Sent From HTC ONE X
            

MORDI BIMOL : BAKAL KETUA MENTERI SEKIRANYA DAP BERJAYA MENGUASAI SARAWAK ??

Pengerusi DAP Sarawak, Chong Chien Jen pernah menyatakan, DAP akan memperjuangkan perlantikan Ketua Menteri Sarawak daripada golongan Dayak. Bagaimanapun, Dayak yang dimaksudkan oleh Chong Chien Jen hanyalah Iban, manakala Melanau tidak pula dianggap sebagai Dayak, bahkan DAP yang diketuai serta barisan pemimpinnya rata-rata adalah Cina, cuba menggambarkan Melanau sebagai bangsa penjajah di Sarawak.
@ Sent From HTC ONE X
            

CM ADENAN BUAT PEMBANGKANG MAKIN GILA !!!

KUCHING: ‘Lampu hijau’ telah diberikan kepada Kementerian Kemudahan Awam (KKA) oleh Ketua Menteri Adenan Satem bagi membina lebih banyak empangan untuk memenuhi permintaan tenaga dan air yang semakin meningkat.
“Kita akan membina lebih banyak empangan bagi menjana elektrik untuk sektor industri sama ada aktivis alam sekitar atau badan bukan kerajaan (NGO) bersetuju atau tidak. Empangan tersebut bukan kepunyaan mereka,” katanya ketika berucap sempena sambutan ulang tahun ke-10 Kementerian Kemudahan Awam di salah sebuah hotel terkemuka kelmarin.
Beliau berkata bahawa liputan bekalan elektrik 24 jam di negeri ini sudah mencapai 90 peratus dan berharap sasaran 100 peratus akan dicapai tidak lama lagi.
Sementara itu, Menteri Kemudahan Awam, Awang Tengah Ali Hassan mendedahkan bahawa empat juta hektar kawasan di negeri ini telah digazetkan sebagai kawasan tadahan air bagi memastikan bekalan air mencukupi di masa hadapan.
Sarawak merancang untuk membina 12 empangan hidroelektrik
“Pihak kementerian akan meneruskan pembinaan empangan hidroelektrik dan skim pemindahan air mentah sedang diusahakan untuk membangunkan satu konsep bekalan air di setiap daerah di negeri ini,” katanya.
Sarawak yang mempunyai output tenaga 933 MW, merancang untuk membina 12 empangan hidroelektrik yang akan meningkatkan jumlah kapasiti penjanaan kepada 7,000 MW menjelang 2020, iaitu peningkatan sebanyak 600% dari kapasiti sekarang.
Empangan-empangan tersebut akan dibina di Ulu Air, Metjawah, Belaga, Baleh, Belepeh dan Sungai Linau.
@ Sent From HTC ONE X
            

TOLAK PARTI TERAS ATAU DIPERANGI KAWAN SENDIRI !!!

YAB Ketua Menteri Sarawak semestinya mempunyai solusi tersendiri untuk menangani permasalahan dalaman Barisan Nasional Sarawak. Dikhabarkan juga Putrajaya akan menerima apa sahaja keputusan KM Sarawak berkaitan kemasukan parti Teras ke dalam BN.
Cuma ada beberapa pihak yang kini mula merasa gundah gulana bak cacing kepanasan mula membakar bara menjadi api yang marak. Di dalam media sosial seperti Facebook, ada pihak dari BN sendiri mula menyerang kepimpinan PBB seakan-akan cuba menuduh PBB adalah perancang utama kewujudan Teras.
Harus diingat kewujudan Teras adalah hasil pergolakan dalaman parti SPDP yang semua orang tahu sentiasa dilanda gelora semenjak dari penubuhannya. Apa asas mereka menuduh PBB yang menjadi dalang kewujudan Teras.
Oleh kerana pihak anda yang membuat masalah, sepatutnya anda menunggu keputusan KM Sarawak selaku Pengerusi  BN Sarawak membuat keputusan. Sekiranya itu hak anda, hak tersebut akan kekal bersama anda.
# Jangan marah-marah, nanti cepat BERKUBUR
@ Sent From HTC ONE X
            

Nama kebuah parti PBB enda disengkaum sida

KUCHING: Kaban Kunsil Besai Parti PBB Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah (gambar) madah, iya alit ati ke penemu PRS, SUPP enggau SPDP ke berebutka kerusi maya diatu.
Pengawa bepilih besai nengeri (PRN) agi jauh ari diatu, iya madahka diri alit ati meda tiga komponen BN nya majak madahka penemu sida ke enda lantang ati nengah media.
“Nama kebuah (PRS, SUPP enggau SPDP) rindu ngaga penyarut pasal kerusi jam diatu? Pengawa Bepilih Besai Nengeri agi jauh endar sereta Kunsil Nengeri (DUN) kitai bedau diketu.
“Nama kebuah bekelikuh pasal kerusi maya diatu, lalu nama kebuah parti PBB enda dibai, lapa enda nanya penemu ari kami dulu nyangka tau bejuraika kerusi nya,” tanya Karim.
Iya nanya munyi nya lebuh nimbal jaku presiden PRS Tan Sri Datuk Amar Dr James Jemut Masing ti madahka ‘merger of minds’ entara SUPP, SPDP enggau PRS agi relevan taja pan Kaban Kunsil Nengeri (ADUN) Pelagus, George Lagong enda disengkaum dalam Teras.
Abdul Karim ti mega Menteri Muda Pengawa Berumah madah: ”Enti gempung runding nya kena negapka BN, nama kebuah PBB nadai disebut? Enda ke tegap agi enti PBB disengkaum sekali (dalam gempung runding tauka ‘merger of minds’)?”
Taja pan udah diterangka sekeda orang ba penemu ‘merger of minds’, Kaban Kunsil Nengrei Asajaya nya tetap enda lantang ati lalu madahka iya semina beratika saut sayap nembiak SPDP enggau PRS ke madahka kebuah PBB enda dikangau ‘ngempung runding’ nya laban ku sida iya kerusi parti (PBB) nya enda dikachau.
Menteri Muda Pemansang Nembiak nya madahka enti sema PBB nyadi tulang belakang BN menua, tentu tiga buah komponen parti nya bisi adat ngangauka PBB bejuraika pekara nya ke dipadah tau ngachau BN menua tauka enti bisi pekara bukai ke enda ngelantangka ati entara komponen parti.
“Manah agi ari ngaga pengawa begempung sida tiga kediri empu lalu madah ngagai dunya iya nya tiga buah parti nya bisi 36 kerusi alai bediri ila lalu seiti agi kerusi lebih ari penyampau ke diempu PBB.”
Abdul Karim madah, pekara ti dikemeratka PRS iya nya gempung runding ari tiga parti (merger of minds) laban Lagong madahka diri masuk Teras maya sida ngatur aum media pasal Teras empai lama ke udah.
“Diatu Teras nengah Datuk Peter Nansian Ngusie madahka George Lagong enda disengkaum agi dalam parti nya, diperatika ‘status quo’ enggau kebuah ‘gempung runding’ nya enda berubah. Nama kebuah?”
Masing ti mega ADUN Baleh, nandu penemu, ‘gempung runding’ nya kena negapka BN ngelaban penyakal.

            

Jumaat, 27 Jun 2014

BAKAL ADUN TUPONG YANG 'TERLALU' ISLAMIK

Apa nak jadi dgn nembiak tok. Nak kata gila, nya tok berpelajaran tinggi. Sik kan mak bapak sik ada ngajar mana yang bagus mana sik bagus.
Mun ko dah rasa sik mauk jadi Islam agik, pegi pejabat Agama Islam. Mintak tukar agama. Senang. Sik perlulah ko nak hina agama Islam macam tok sekali.
Jangan pasal politik, ko nak hina agama Islam. Jangan sampei ko mati kelak, mayat ko dibuang ke Sungei Sarawak.
# Mbak2lah nanga cerita Tanah Kubur di Astro Oasis
@ Send From HTC ONE X
            

Khamis, 26 Jun 2014

PEMIMPIN BN SARAWAK JUAK NANG TERBAIK !!!

DS Najib nampaknya sik maok nak ngajar cdak Cina tok apa erti hak parti yg berkuasa. Mengejutkan tindakannya sampei 6 orang Cina dimasukkan dalam kabinetnya.
Cuba lihat Sarawak. Sampei kinek tok jawatan untuk Timbalan Ketua Menteri dari kalangan kaum Cina sik diisik. Macam tok lah ngajar cdak ya. Tok sik, masih dimanja-manja cdak ya.
PM ingat orang cina akan merik undi kah dengan BN pada PRU 14 kelak. Kita nangga lah macam ni PRN Sarawak tok kelak. Mun undi Cina meningkat, langkah tok berhasil, mun sik nang mbuang masa melantik cdak tok jadi menteri. Bagus PM ngisik jawatan menteri yang kosong ya dengan orang Sarawak. Lagik berbaloi dari merik kaum tok.
@ Sent From HTC ONE X
            

Selasa, 24 Jun 2014

TOK KAH PERUBAHAN POLITIK YANG MAOK DIEMBAK KE SARAWAK ???

Pakatan Rakyat madah kita di Sarawak tok mesti berubah. Cara kita di Sarawak tok dah ketinggalan zaman, mundur dan perbagai lagi cacian terutamanya kepada parti PBB.
Apakah erti perubahan politik mun macam tok cara berpolitik. Kerusi terbang dan sampei ada cedera macam tok kah dikatakan perubahan politik
Mun macam tok lah cara nak diembak cdak ke Sarawak, mintak ampun mintak maaf, kitak orang sik dialukan datang ke Sarawak. Kamek orang selama tok aman, tenteram. Boleh makan minum di kedei walaupun berbeda fahaman politik.
@ Send From HTC ONE X
            

PUTERI DAP MINTA SAMBUTAN DIRAJA KE SARAWAK !!!

Semua rakyat Malaysia faham kuasa Imigresen terletak pada kerajaan negeri Sarawak. Kerajaan negeri Sarawak dengan kuasa yang diberikan boleh membenar atau menyekat individu tertentu daripada masuk ke negeri Sarawak.
Si Puteri DAP tuk langsung sik bersyukur. Dah diberik pas 7 hari masuk sementara ke Sarawak, bukannya nak berterima kasih. Lalu dikutuknya kerajaan negeri Sarawak.
Macam tuk kah orang yang kita nak percaya bileh memberikan HARAPAN BARU UNTUK RAKYAT SARAWAK. Nasib sik bagus, mun cdak jadi perintah, habis keistimewaan kita selama tok di buang cdak ya.
@ Send from HTC ONE X
            

Isnin, 23 Jun 2014

PARTI KEGANASAN & RASUAH (PKR) : MAOK KITAK ORANG DIPERINTAH CDAK TOK

Hari2 dalam media sik kira media elektronik, cetak atau online kita nangga cdak Parti Keganasan & Rasuah tok berkelai sama dirik berebut jawatan parti sampei terbang kerusi,  pecah meja dan pelbagai agik keganasan yang dilakukan cdak.
Patutkah kita mengharapkan cdak tok nak menjadi kepala kita di Sarawak. Mauk kita tok kelak kedak di Mesir ataupun Thailand hari2 bebukut sama dirik.
Kita nangga belum memerintah Malaysia cdak dah mcm tok. Mun dah merintah kelak maok hancur negeri kita tok.
Bersama-sama kita tolak parti kucar kacir tok
            

MUN BENA NAK UBAH, SERAH BALIK RM 1 JUTA !!!!


Kerajaan negeri Sarawak berkemungkinan kerajaan negeri yang paling prihatin sekali di Malaysia.Sik ada pernah kita nenga ada kerajaan negeri yang sanggup ngeluar duit sejuta pakei perubatan ahli politik terutama sekali pembangkang. 

Tapi pembangkang tetatp pembangkang. Apa nak dipolah kerajaan langsung sik dihargai. Mun maok tauk selanjutnya, baca Di Ctok


            

YA RABBI : SARAWAK KELUAR MALAYSIA 2018 ???



Desakan untuk keluar dari Persekutuan Malaysia semakin hangat diperkatakan semenjak dua menjak tok. Hampir setiap hari keluar di Facebook isu untuk keluar dari Malaysia. Bila ditangga siapa yang main isu tok kebanyakkannya orang dari parti yang sik berapa nak sepakat (Pakatan Rakyat). 




Sifirnya mudah, mun Sarawak kluar dari Malaysia, cdak yakin dapat menakluki Putrajaya sebab Sarawak adalah fix deposit Barisan Nasional. Walaupun apa nak dipadah cdak ya ada kebenarannya, tapi cdak sik ada madah pun apa akan terjadi dengan negeri Sarawak. Cdak lebih fokus dengan Putrajaya sedangkan nasib rakyat dan masa depan negeri Sarawak terabai.

Rakyat Sarawak janganlah termakan pujukan cdak tok. Kita selama tuk aman, damai, sejahtera di bawah panji Barisan Nasional. Memang Barisan Nasional ada cacat celanya, cuma kinek tok hanya Barisan Nasional parti terbaik untuk membela nasib orang Bumiputra di Sarawak. 




            

Sabtu, 21 Jun 2014

Saya hanya mampu bayar RM100 sebulan kepada Dato Seri Anwar Ibrahim



Mahkamah Tinggi hari ini menolak permohonan Wan Muhammad Azri Wan Deris yang didakwa sebagai blogger kontroversi PapaGomo menangguh bayaran ganti rugi RM850,000 kepada Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim. Keputusan tersebut dibuat oleh pesuruhjaya kehakiman Rosilah Yop dikamarnya dan menetapkan kos sebanyak RM50,000.

Wan Muhammad Azri Wan Deris yang didakwa sebagai blogger PapaGomo meminta Mahkamah Tinggi membenarkan beliau membayar ganti rugi bernilai RM850,000 secara ansuran kepada Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menurut Wan Azri, beliau yang kini bekerja sebagai nelayan tidak mempunyai sumber kewangan tetap dan berharap untuk mengemukakan bayaran RM100 sebulan sehingga ganti rugi tersebut selesai.

Jelasnya lagi, beliau kini kesempitan dari aspek kewangan sehingga terpaksa menjual pegangannya dalam syarikat KL Pos Media And Production bagi membayar kos guaman untuk membela diri menentang Anwar.

Walaubagaimanapun, permohonan Wan Azri membuat bayaran secara ansuran dibantah peguam Shahid Adli dan mahkamah memerintahkan pihak plaintif dan defendan berbincang berhubung isu tersebut. Rayuan Wan Azri untuk menangguhkan bayaran ganti rugi kepada Anwar turut ditolak mahkamah dan beliau diperintahkan untuk membayar kos RM5,000 dalam tempoh dua minggu.

Keputusan dibacakan oleh Pesuruhjaya Kehakiman Rosilah Yop dihadapan Shahid Adli peguam Dato Sri Anwar Ibrahim dan Wan Azri selaku Defendan dan juga mewakili diri beliau sendiri.

Wan Azri ketika ditemui pemberita menjelaskan akan memfailkan permohonan di Mahkamah Rayuan bagi mengenepikan keputusan Mahkamah Tinggi. Pengurusan kes ditetapkan 24 Jun ini.