Isnin, 23 Mac 2015

OMG : KEMEWAHAN MAHLIGAI DATUK SERI ROHANI ABD KARIM



Apabila disebut menteri dari Sarawak, ramai yang beranggapan mereka adalah wakil rakyat kaya raya. Mungkin ada asasnya di situ kerana ramai pemimpin dari negeri bumi kenyalang tersebut memiliki kediaman yang besar-besar, kenderaan yang mewah-mewah.


Saya akui sering ditanya rakan-rakan mengenai ‘kemewahan’ Datuk Seri Rohani.

Saya hanya mampu tersenyum kerana saya tahu masalah persepsi ini bukan mudah untuk diperjelaskan dengan ayat dan kata-kata.

Pagi tadi saya berada di kediaman rasminya di Taman Sejoli, Kuching.

Hanya rumah biasa yang dibelinya sejak 31 tahun lalu.

Tidak ada pondok pengawal, hanya tiga buah kereta lama dan sebatang tiang bendera.

Kenderaan Land Cruiser Ninja tu pun milik jabatan.


Dalam tempoh itu YB Menteri yang memiliki Ijazah Sarjana (MBA) dari University Of Ohio, Athens, Amerika Syarikat itu hanya buat renovation tiga kali – itupun di bahagian porch dan dapur.

Dan di rumah inilah yang beliau akan tidur setiap kali pulang ke Kuching. Kami yg pegawai ni pulak beliau minta tinggal di Hilton atau Pullman…naik segan kami sheikhhh…

Jadi pada rakan-rakan yang bertanya di banglo mana dan di kawasan elit mana kediaman YB Datuk Seri Rohani Abd. Karim…lihatlah sendiri dan inilah jawabannya.








#‎integriti‬ #RESPECT

Petikan: Facebook Syahril A. Kadir (Pegawai Khas Datuk Seri Rohani Abdul Karim – Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat)

@ Sent From SAMSUNG NOTE 4
            

AKIBAT DI TALAK 4 OLEH DAP, PAS SARAWAK TAGIH UNDI PATI


Tindakan YDP PAS Miri menggunakan isu serbuan pendatang asing tanpa izin (PATI) di Miri baru-baru ini sebagai bahan kempen sempena pilihanraya negeri akan datang dilihat langkah terdesak mereka kerana mereka kini ketiadaan isu yang hendak diketengahkan.

[Klik Sini] untuk artikel penuh.

Berkemungkinan bilamana DAP Sarawak menjatuhkan talak 4 terhadap PAS Sarawak akibat perlaksanaan HUDUD di Kelantan, PAS Sarawak mula mencari 'rakan kongsi' baru mereka.

Takkan demi undi PAS nak pakai PATI. Biar betul...

@ Sent From SAMSUNG NOTE 4
            

SORRY ANWAR : LU TAK ADA DALAM LIST SULTAN JOHOR


JOHOR BAHRU: Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar berkenan memberi pengampunan dan pembebasan seorang banduan serta meringankan hukuman 10 banduan bersempena Istiadat Kemahkotaan.

Setiausaha Kerajaan Negeri Johor Datuk Ismail Karim berkata banduan yang dibebaskan itu merupakan juvana ketika melakukan kesalahan bunuh pada 2004, yang dilepaskan pada 19 Mac baru-baru ini selepas mengadap Sultan Johor.
"Sultan Ibrahim berkenan mempengerusikan mesyuarat Lembaga Pengampunan Negeri Johor pada 5 Mac lepas.

"Mesyuarat terbabit telah menimbangkan 10 kes rayuan pengampunan hukuman mati di bawah Peraturan 114, Peraturan-Peraturan Penjara 2000 dan 13 kes Kajian Hukuman Empat Tahun Sekali (KHETS) di bawah Peraturan 54, Peraturan-Peraturan Penjara 2000," katanya kepada pemberita di Bangunan Sultan Ibrahim, Bukit Timbalan, di sini.

Beliau berkata mesyuarat tersebut dihadiri Menteri Besar Johor Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail bersama-sama tiga orang Ahli Lembaga Pengampunan Negeri Johor yang dilantik Sultan Johor.


@ Sent From SAMSUNG NOTE 4
            

WARKAH BUAT CM SARAWAK : PATI SUDAH, RUMAH URUT BILA LAGI ???


Kehadiran Pendatang Tanpa Izin (PATI) menjadi 'target' terbaru YAB Ketua Menteri Sarawak. Langkah ini amatlah baik bagi membendung kebanjiran PATI yang semakin hari bertambah ramai datang ke negeri Sarawak.

Kebanjiran PATI yang semakin ramai kini banyak menyumbang permasalahan terutamanya masalah jenayah terhadap rakyat di negeri Sarawak. Masalah jenayah seperti kes ragut, pecah rumah, kecurian dan yang paling kita takuti adalah pembunuhan. Tindakan pembanterasan PATI ini amat tepat sekali.

[Klik Sini] untuk berita penuh.

Sekadar cadangan kepada YAB Ketua Menteri Sarawak. Tindakan pembanterasan PATI ini seharusnya bersekali dengan tindakan pembanterasan penyalahgunaan PAS LAWATAN SOSIA.

Kebanjiran RUMAH-RUMAH URUT aka PUSAT REFLEXOLOGI dilihat kini semakin banyak bak CENDAWAN TUMBUH SELEPAS HUJAN. Apa yang pasti dan kita semua ketahui, pekerja rumah-rumah urut ini terdiri daripada warga asing yang menyalahi PAS LAWATAN SOSIAL mereka ke negeri Sarawak. Agak memalukan rasanya bila melihat deretan kedai di bandar-bandar besar penuh dengan pusat urutan. Dan dipercayai bukan setakat perkhidmatan urutan yang ditawarkan, bahkan ada yang menawarkan perkhidmatan EHEM-EHEM. [Artikel Berkaitan]

Diharap kerajaan negeri Sarawak memasukkan RUMAH-RUMAH URUT ini sebagai 'target' seterusnya. Jangan jadikan Sarawak ini sebagai syurga RUMAH-RUMAH URUT seperti di negeri Selangor.


@ Sent From SAMSUNG NOTE 4
            

Jumaat, 20 Mac 2015

DUKE TIDAK AKAN ADA LAGI DI KACA TV


Pendakwah terkenal, Datuk Mohd. Kazim Elias hari ini mengumumkan bahawa beliau menarik diri daripada menyertai sebarang program ceramah yang bersiaran di televisyen.


Bagaimanapun katanya, beliau akan tetap muncul mengadakan ceramah seperti biasa di luar te­levisyen termasuk bagi rancangan Kalau Dah Jodoh kerana masih terikat kontrak bersama Astro.

Pengumuman itu dibuat melalui Forum Perdana Hal Ehwal Islam di Padang Astaka, Sekolah Menengah Kebangsaan Datuk Kamaruddin Batu Kurau di sini yang juga disiarkan secara langsung di saluran TV1, Radio Televisyen Malaysia (RTM).

Menurut Mohd. Kazim, punca beliau menarik diri adalah kerana berasa kecewa apabila ada pihak mengatakannya berdakwah untuk mencari duit sedangkan beliau melakukan tugas tersebut untuk membiayai Pusat Pengajian Al-Barakah di Manjoi.

Beliau juga kecewa kerana dituduh meletakkan bayaran untuk setiap ceramah sedangkan bayaran itu terpulang kepada penganjur.

“Saya kecewa apabila ada yang mengatakan saya penglipur lara sedangkan saya berceramah meninggalkan keluarga, isteri dan anak-anak untuk berdakwah tiba-tiba dituduh sebagai penglipur lara. Jadi saya kecewa.

“Saya juga mungkin terlalu over berceramah di televisyen. Setiap saluran ada saya. Jadi saya rasa saya kena bagi peluang kepada penceramah dan ustaz lain untuk mengambil tempat saya.

“Saya akan berceramah di luar televisyen dan tidak mahu menonjol seperti dulu,” ujarnya.

Turut diundang sebagai panel dalam program yang dipengerusikan Prof. Dr. Redhuan Tee Abdullah itu ialah Mufti Perlis, Prof. Madya Datuk Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin dan Datuk Mohd. Naj­muddin Elias.

Minggu lalu, Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria menegur Mohd. Kazim atau lebih dikenali sebagai Ustaz Kazim kerana menggunakan pendekatan jenaka dalam ceramah yang disifatkan sebagai ‘penglipur lara’.

Sebelum itu, Mohd. Kazim juga diselubungi isu penyebaran surat dari Jabatan Mufti Perlis yang tidak bersetuju dengan pemilihan pendakwah terkenal itu untuk menjadi panel satu forum dengan alasan beliau membacakan riwa­yat-riwayat palsu.

Terdahulu, Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir secara peribadi meminta Mohd. Kazim agar tidak berhenti daripada berceramah.

Zambry dalam sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan exco kerajaan ne­geri berkata, sumbangan Mohd. Kazim masih diperlukan kerana kaedah dakwah yang disampaikannya menarik minat pelbagai lapisan usia dan kaum.

“Saya berharap isu melibatkan Mohd. Kazim tidak dijadikan polemik, jangan diperbesar-besarkan lagi tetapi diselesaikan dengan cara baik.

“Mohd. Kazim tidak perlu bersara. Jangan ambil keputusan berhenti (berceramah), saya yakin beliau sebagai orang yang ikhlas dalam kerjanya akan terus memberikan khidmat ini kepada masyarakat,” katanya.

@ Sent From HTC Butterfly
            

Khamis, 19 Mac 2015

VIDEO INSIDE : MALAYSIAKINI CARI PASAL SAMA ADENAN SATEM




Sebut sahaja pasal portal MalaysiaKini, kita sudah tahu portal ini merupakan portal yang suka MEMUTARBELITKAN kenyataan seseorang. Ramai dah terkena dengan putar belit portal ini termasuklah YAB Perdana Menteri sendiri.

Semalam, portal Malaysiakini telah mengeluarkan satu artikel yang bertajuk Oil royalty talks have failed, Adenan confirms.


Oil royalty talks have failed, Adenan confirms


Sarawak Chief Minister Adenan Satem confirmed today that negotiations between the state and Petronas over Sarawak’s request to increase its oil royalty payment from five percent to 20 percent have failed. [Klik Sini]

Kenyataan sebenar YAB Ketua Menteri Sarawak

JANJI YAB CM TUNTUT ROYALTI


Kuching: Ketua Menteri, Tan Sri Adenan Satem, memberi jaminan kerajaan negeri tidak akan menghentikan rundingan untuk mendapatkan kenaikan royalti minyak dan gas sehingga keputusan positif diperolehi. 



Beliau berkata, tuntutan itu wajar kerana rakyat Sarawak berhak menikmati wang hasil bumi itu untuk meningkatkan taraf hidup setanding penduduk negeri lain. 


Bagaimanapun katanya, beliau tidak mampu untuk mendesak Kerajaan Pusat supaya mempertimbangkan kenaikan royalti daripada lima peratus kepada 20 peratus itu tanpa sokongan padu rakyat. 

"Sokongan yang saya maksudkan bukan hanya pada waktu pilihanraya sahaja, tetapi sokongan sepanjang masa terutamanya dalam isu tuntutan royalti ini. 

"Dengan adanya sokongan padu segenap lapisan rakyat tanpa mengira fahaman politik, suara saya akan lebih didengari oleh Kerajaan Pusat dan PETRONAS," katanya. 

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Persidangan Pekebun Kecil dan Usahawan Komoditi Kebangsaan, di sini, semalam. 

Turut hadir, Timbalannya, Tan Sri Alfred Jabu Numpang dan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Amar Douglas Uggah Embas. 

Adenan berkata, Sarawak menuntut kenaikan royalti itu untuk memastikan kemudahan infrastruktur yang lebih sempurna dapat disediakan untuk rakyat. 

"Kita mengutamakan penyediaan kemudahan asas seperti jalan raya, bekalan elektrik dan air untuk rakyat khususnya di kawasan luar bandar. 

"Selepas semua kemudahan itu disediakan di semua kawasan luar bandar, barulah kita memikirkan pembangunan yang lain. Kemudahan infrastruktur ini dapat kita sediakan dengan lebih baik jika kita mendapat penambahan royalti minyak dan gas," katanya. 

Katanya lagi, apabila pembangunan infrastuktur antara luar bandar dan bandar diseimbangkan, hasrat untuk mengurangkan penghijrahan penduduk akan dapat dikurangkan. 

"Penghijrahan penduduk dari luar bandar berlaku kerana mereka mahu mencari peluang kehidupan yang lebih baik di bandar. 

"Sebab itu saya merayu supaya diberi peluang kerana dengan mandat serta sokongan saya akan lebih keupayaan untuk memantapkan pembangunan negeri selain meneruskan rundingan dengan PETRONAS " katanya.






YAB KETUA MENTERI SARAWAK JELAS MENYATAKAN BAHAWA RUNDINGAN INI BELUM BERJAYA DAN BUKANNYA GAGAL SEPERTI YANG DIPUTARBELITKAN OLEH MALAYSIAKINI. DENGAR BAIK-BAIK PANTUN YAB KETUA MENTERI SARAWAK

NYIUR GADING PUNCAK MAHLIGAI
SAYANG KETUPAT BERISI INTI
HANCUR DAGING TULANG BERCERAI
BELUM DAPAT BELUM BERHENTI

YAB KETUA MENTERI SARAWAK TIDAK AKAN BERHENTI MEMPERJUANGKAN RUNDINGAN DENGAN PETRONAS.
            

Khamis, 12 Mac 2015

Jumaat, 6 Mac 2015

KONSPIRASI INI LEBIH HEBAT DARI LIWAT II !!!



Ini bukan macam zaman 1998 dimana rakyat boleh dikencing penjilat-penjilat Anwar buta-buta. Esok 7 Mac 2015 menjadi sejarah ANWAR & THE GENG tidak relevan lagi dalam Pakatan Rakyat.

Lim Guan Eng sudah bagi arahan supaya DAP tidak payah nak bermandi peluh esok untuk menyokong PELIWAT.

Hadi Awang sudah keluar arahan supaya ahli  PAS tidak perlu bermandi air pancutan FRU.



Sedarilah ANWAR & THE GENG, sekutu yang kamu harapkan lebih sayangkan jawatan Ahli Parlimen @ ADUN daripada bersama-sama kamu. Bersemadilah di Penjara Sungai Buluh dengan aman.

@ Sent From HTC Butterfly
            

Khamis, 5 Mac 2015

Selasa, 3 Mac 2015

ADENAN SATEM 'SEKOLAHKAN' AZMIN ALI



Pimpinan Kerajaan Negeri Sarawak yang diketuai oleh YAB Tan Sri Adenan Satem patut dipuji dek kerana sikap yang tidak berdendam dengan 'musuh politik'. Walaupun sentiasa dihujani dengan cacian dan cercaan dari pihak pembangkang, mereka tetap sabar dan tidak mengambil tindakan walaupun berupaya untuk melakukannya.

Seperti yang kita semua ketahui, hari ini Menteri Besar Selangor melakukan kunjungan hormat ke atas YAB Ketua Menteri Sarawak. Selama 2 hari di Sarawak, Azmin Ali telah melemparkaan cacian terhadap pimpinan negeri Sarawak, kerajaan negeri Sarawak tetap menyambut dan mengalukan kehadiran Azmin Ali dengan terhormat.





Kerajaan negeri telah mengaturkan pengiring motosikal polis dan kenderaan rasmi Menteri Besar Selangor untuk Azmin Ali bergerak dengan selesa ke Wisma Bapa Malaysia. Tidakkah penghormatan ini terlalu tinggi buat Azmin Ali yang  selama 2 hari berada di Sarawak mengutuk pimpinan negeri Sarawak.

Kemurahan hati kerajaan negeri Sarawak turut diserlahkan bilamana dikhabarkan sebenarnya Azmin Ali termasuk dalam senarai Not To Land (NTL) Kerajaan Negeri Sarawak. Oleh kerana Azmin Ali ketua kerajaan negeri Selangor, kerajaan negeri Sarawak meluluskan kemasukan Azmin Ali ke Sarawak dan menyambut beliau sebagaimana yang ketua kerajaan lain terima.


Kebaikan kerajaan negeri Sarawak ini sepatutnya menginsafkan dan mengajar Azmin Ali erti menghormati orang lain.

Tabik kepada kepimpinan YAB CM Sarawak.

@ Sent From HTC Butterfly
            

Isnin, 2 Mac 2015

WAYANG TINGGI : AZMIN ALI HENTAM ADENAN SATEM KAW KAW


Menteri Besar Selangor Azmin Ali, yang juga Timbalan Presiden PKR seharusnya mencerminkan dirinya sendiri dan PKR sebelum mengkritik Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Haji Adenan Satem dan PBB.

Melabelkan parti yang diwakili Adenan Satem (PBB) adalah parti yang sudah "nazak" bagaikan meludah mukanya sendiri kerana sesungguhnya PBB semakin mantap dan bersatupadu dibawah pimpinan Adenan berbanding PKR yang kian rapuh setiap hari, ditambah dengan Ketua Umum Pakatan Rakyat; Anwar Ibrahim masuk penjara atas kesalahan meliwat.

Azmin berkata demikian pada ceramahnya yang diadakan di perkarangan tempat letak kereta, Pejabat Bilik Gerakan PKR Cabang Petra Jaya, Jalan Semarak semalam.


AZMIN SAJA MELAWAK TU. JANGAN AMBIK SERIUS SANGAT. MANA MUNGKIN AZMIN BERNIAT NAK KUTUK KITA PUNYA CM.

ORANG KUAT AZMIN CAKAP, AZMIN DATANG KE SARAWAK BUKANNYA NAK SANGAT BAGI CERAMAH ATAU RASMI BILIK GERAKAN. AGENDA UTAMA DIA KE SARAWAK ADALAH UNTUK BERJUMPA SECARA PERIBADI DENGAN CM SARAWAK.

JENG JENG JENG...

APA AGENDA BELIAU NAK JUMPA CM. KITA TUNGGU DAN LIHAT


@ Sent From HTC Butterfly
            

Khamis, 26 Februari 2015

OOOHAA : ADENAN SATEM PUKUL KELILING !!!



KUCHING: Siaran Langsung Rancangan Khas Bersama Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Haji Adenan Satem di RTM Auditorium P.Ramlee, Kuching malam tadi menampilkan pesonaliti sebenar beliau iaitu; "easy-going", santai tetapi tegas dan perihatin.

Rancangan selama satu jam yang dihoskan oleh pengecara Sayed Munawar dan disiarkan secara langsung di RTM TV1 sempena tepat setahun beliau menjadi Ketua Menteri Sarawak menyentuh beberapa isu berkaitan dengan Sarawak.

Adenan menegaskan, dasar kerajaan Sarawak kini adalah untuk menumpukan pembangunan kepada luar bandar agar tahap keselesaan dari aspek kemudahan di luarbandar dan bandar adalah sama ataupun hampir sama.

Mengingatkan mantan Ketua Menteri Tun Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud telah membawa pembangunan di negeri ini selama lebih 30 tahun, Adenan secara berseloroh berkata, beliau hanya setahun menjadi Ketua Menteri maka berilah beliau peluang (dan masa) untuk membawa pembaharuan di Sarawak.

Menyentuh mengenai pendidikan, menyediakan pendidikan adalah tanggungjawab kerajaan maka kerajaan harus membantu sekolah-sekolah Cina dan kita di Sarawak mengiktiraf sekolah-sekolah Cina di sini.

"Tahun lepas sahaja Kerajaan Negeri Sarawak telah memperuntukkan sebanyak RM3 juta bagi sekolah-sekolah Cina di negeri ini," katanya lagi.

Berkaitan dengan sikap terbukanya kepada pembangkang, Adenan menegaskan, pembangkang juga adalah "anak Sarawak" maka suara mereka juga harus didengari.

""Jika pembangkang kata cadangan saya popular? Join us (sertailah kami)," kata Adenan berseloroh namun penuh bermakna.

Untuk mengurangkan beban rakyat, Adenan menyatakan, semua tol di Sarawak mungkin akan di lupuskan atau diturunkan.

"Tapi kami (kerajaan negeri) harus berbincang dengan syarikat-syarikat yang menjaga tol ini untuk tujuan tersebut dalam masa yang terdekat ini, tambahnya lagi.

Ditanya Sayed mengapa Adenan begitu konsisten dan serius untuk membasmi pembalakan haram, Adenan berkata, ianya harus dibasmi sama sekali kerana selama ini, pencuri kayu (balak) telah bermaharajalela, banyak kayu balak sudah dirompak dan ini mengurangkan pendapatan negeri.

"Kadangkala pegawai forestry corporation (perhutanan) juga terlibat -ada mata butak (buta), ada telinga bengal (pekak) ada mulut bisuk (bisu), maka, kami dah arahkan SPRM untuk menangani gejala ini dengan serius."

Mengenai terdapat banyak pembohongan yang tersebar di media sosial (mengenai Sarawak), Adenan secara berseloroh berkata, pembohongan di media sosial oleh pihak pembangkang, berkemungkinan kerana terdapat terlalu banyak "pembohong" di sana (pembangkang).

Kepada satu soalan dari media sosial mengenai kekurangan guru di negeri ini, Adenan menyatakan orang Sarawak yang menjadi menjadi guru perlu berkerja sebagai guru di Sarawak kerana mereka lebih memahami keadaan negeri ini.

"Kalau tak cukup, barulah tambah guru (dari negeri) lain," katanya sambil menambah sudah menjadi tanggungjawab beliau sebagai Ketua Menteri untuk memastikan anak-anak di Sarawak Mendapat pendidikan yang terbaik.

Berkaitan dengan kawalan kemasukan individu ke Sarawak, Adenan menegaskan, memang itu sudah menjadi hak Sarawak berbuat demikian sepertimana yang termaktub didalam perjanjian penubuhan Malaysia dahulu.

"Di Semenanjung kini terdapat pelbagai ketegangan yang berkaitan kaum dan agama sebab itu Sarawak menghalang mana-mana individu yang kami rasa boleh mengundang situasi yang sama di negeri ini."
"Dan kemungkinan kami akan menambah nama-nama mereka (yang akan dihalang memasuki Sarawak) .. kita kena check list (periksa senarai) dulu," katanya lagi dan ini di sambut dengan tepukan gemuruh oleh hadirin yang ada studio tersebut.

Mengenai isu diskripsi kaum yang mendefinasikan Iban, Bidayuh, Kayan, Ulu, Kadazan dan Bajau, Adenan berkata, perkara ini sebenarnya telah lama mendapat perhatian dari kerajaan Sarawak.

"Kaum Iban, Kadazan, Bajau ..patut di iktirafkan bukannya "lain-lain" .. mereka juga manusia," katanya lagi.

Kepada solan dari penonton di studio mengenai peranan wanita di Sarawak, Adenan menyatakan, walaupun wanita dan lelaki tidak sama namun layanan terhadap mereka mestilah sama.

"Jika ada undang-undang yang mendiskrimasikan wanita, beritahu saya, saya akan menukarkannya," tegas Adenan. - Sarawakiana

@ Sent From HTC Butterfly
            

Ahad, 15 Februari 2015

MAHARAJA LAWAK MEGA SEBENARNYA BELUM BERAKHIR !!!



Datuk Seri Anwar Ibrahim pernah ditawarkan kerusi timbalan perdana menteri dalam kerajaan BN selepas pembangkang meraih sokongan 52 peratus undi popular dalam pilihan raya umum 2013, dakwa anaknya


Nurul Izzah mendakwa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menawarkan kedudukan itu dengan syarat ketua umum PKR itu tidak mempedulikan parti lain dalam Pakatan Rakyat.

Bagaimanapun, kata Izzah, Anwar menolak tawaran itu bulat-bulat kerana Pakatan dibentuk atas dasar prinsip dan “tidak boleh dibeli atau dijual”.

Anwar pernah menjadi TPM semasa berada dalam BN, sebelum dipecat daripada jawatan itu oleh Tun Mahathir Mohamad, sebelum menghadapi pertuduhan rasuah dan liwat buat kali pertama.
Nurul Izzah, yang juga naib presiden PKR dan anggota parlimen Lembah Pantai membuat dakwaan itu dalam ceramah di Seberang Jaya, Pulau Pinang malam tadi.

Kira-kira 1,000 orang hadir dalam ceramah itu.


INI SEMUA POYOOOO

@ Sent From HTC Butterfly
            

Khamis, 12 Februari 2015

@KBAB51 : MALAYSIAKINI SENGAJA BAGI JALAN UNTUK HINA KETUA POLIS NEGARA


Apakah motif portal media Malaysiakini menerbitkan artikel " Kerancakan tweet IGP undang perhatian dunia " kalau bukan untuk memberi ruang kepada penyokong tegara Anwar Ibrahim menghina Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar.

Lihat sahaja screenshot di bawah. Tiada sedikitpun rasa hormat dan berterima kasih kepada PDRM yang selama ini bersusah payah siang dan malam menjaga keamanan Malaysia sehinggakan mereka hidup selesa bermain Facebook di rumah. Kalau PDRM tidak buat kerja, mungkin mereka ini calon-calon mangsa rompakan ataupun pembunuhan kejam.






Entah apa nak jadi dengan perangai segelintir rakyat Malaysia. KPN hanyalah menggunakan kemudahan media sosial untuk menjalankan tugas. Apa bezanya dengan pimpinan pembangkang yang menggunakan media sosial untuk menabur fitnah dan segala macam pembohongan.

Mungkin sudah tiba masanya kerajaan menilai kembali kebebasan internet di Malaysia. Rakyat Malaysia semakin rosak dek kerana terlalu taksub dengan media sosial.

@ Sent From HTC Butterfly
            

SUDAH MASUK DALAMPUN BOLEH BIKIN ORANG MELAYU SESAT


Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-88 yang bersidang pada 2 Oktober 2009 telah membincangkan Hukum Penglibatan Orang Islam Dalam Aktiviti Candlelight Vigil. Muzakarah telah memutuskan bahawa:

1) Islam melarang umatnya daripada terlibat dalam apa jua amalan yang bersifat ritual atau upacara agama bukan Islam.

2) Umat Islam dilarang menyertai aktiviti Candlelight Vigil kerana ia mengandungi unsur-unsur tasyabbuh dengan agama bukan Islam yang akan menjejaskan akidah umat Islam.


Keterangan/Hujah:

1) Di dalam Islam, cahaya atau api yang dihasilkan oleh lilin dan selainnya tidak memberi apa-apa pengertian berkaitan aqidah dan kepercayaan. Cahaya atau api hanya merupakan satu alat yang dikurniakan oleh Allah SWT bagi memudahkan urusan kehidupan manusia. Bagaimanapun, api atau cahaya menjadi satu perkara yang amat signifikan bagi agama-agama bukan Islam terutamanya bagi agama majoriti di negara ini iaitu Kristian, Hindu dan Buddha. Amalan Candlelight Vigil khasnya atau kuasa cahaya atau api amnya mempunyai perkaitan langsung dengan ketiga-tiga agama tersebut.




2) Upacara berhimpun di suatu tempat dengan membakar lilin sebagai tanda protes adalah menyerupai amalan agama orang bukan Islam. Hukum Islam jelas melarang umatnya meniru atau menyerupai budaya dan cara hidup orang bukan Islam. Ini berdasarkan sebuah hadith Rasulullah S.A.W. dalam Mausu’ah al-Sunnah, al-Kutub al-Sittah Sahih Muslim: Kitab Al-Aqdiyyah, Hadis ke-18, m.s. 1343 yang bermaksud:


    “Sesungguhnya Rasulullah S.A.W. telah bersabda: Barangsiapa yang mengamalkan perkara yang bukan dari pada amalan kami maka ia adalah tertolak”. (Riwayat Muslim)
     
3) Rasulullah S.A.W turut melarang umatnya daripada melakukan sesuatu perkara yang bukan datangnya dari urusan agama, sepertimana disebutkan di dalam Mausu’ah al-Sunnah, al-Kutub al-Sittah Sahih Muslim: Kitab Al-Aqdiyyah, Hadis ke-17, m.s. 1343 yang bermaksud:


    “Telah diberitakan kepada kami oleh Abu Ja’far Muhammad bin al-Subhi dan Abdullah bin Aun al-Hilali kesemua daripada Ibrahim bin Sa’ad telah berkata Ibn al-Subhi, diceritakan kepada Ibrahim bin Sa’ad bin Ibrahim bin Abd al-Rahman bin Auf, diberitakan kepada kami oleh ayahku daripada al-Qasim bin Muhammad daripda Aisyah berkata; Rasulullah S.A.W telah bersabda “Sesiapa yang mengada-adakan (mereka-reka) perkara yang baru dalam urusan kami dan perkara tersebut bukan tergolong di dalamnya maka ia adalah tertolak”.  (Riwayat Muslim)

KEPADA PENTAKSUB ANWAR TERUTAMANYA YANG MUSLIM, BERTAUBATLAH. TAK PERLULAH NAK BEREBUT-REBUT MENGUTIP DOSA DI HADAPAN ISTANA BARU ANWAR.

KALAU BETUL SAYANGKAN ANWAR, BUATLAH SOLAT ISTIKHARAH. MINTA PETUNJUK. IN SHA ALLAH, ALLAH AKAN TUNJUKKAN KEBENARAN.

@ Sent From HTC Butterfly