Rabu, 23 April 2014

Aziz Adenan Satem - Adakah Jelmaan Khairy Jamaluddin di SARAWAK.



Banyak blogger terutamanya blogger dari semenanjung yang pro BN, madah Aziz anak CM kita merupakan jelmaan Khairy Jamaludin di Sarawak. Aziz tok dikatakan cuba menguasai pejabat bapaknya serta pentadbiran kerajaan negeri Sarawak. Sama cara macam ney Khairy Jamaludin menguasai Putrajaya semasa bapak mertuanya dolok Perdana Menteri Malaysia.

Bagi kamek tindakan Aziz tok lebih kepada membantu bapak kandungnya dari segi perjalanan pentadbiran negeri Sarawak dan pentadbiran parti. Kita mesti ingat politik Sarawak terutamanya parti PBB sik sama dengan parti UMNO di Semenanjung. 

Parti Pesaka Bumiputra Bersatu (PBB) adalah parti paling kuat di Malaysia sedangkan parti UMNO agak goyah sebelum diambik alih oleh DS Najib. Apa juak pilihanraya sik kira Pilihanraya Umum (PRU), Pilihanraya Negeri (PRN) atau Pilihanraya Kecil (PRK) keputusan parti PBB amat-amat memberangsangkan. 

Jadi di ctok dapat disimpulkan, MUSUH politik PBB khasnya Presiden PBB kinek tok bukanlah dari kalangan parti pembangkang tetapi dari dalam PBB ya mpun. Kita mpun tauk dan logik akal, semestinya akan ada pihak yang akan cemburu atau berkecil hati mengenai pemilihan pengganti Pehin Sri dolok. Giney individu yang jawatannya dalam parti hanya DILANTIK bukannya DIPILIH boleh diangkat jadi CM Sarawak.

CM Sarawak dalam menghadapi hari-hari mendepan mesti mencari orang yang amat-amat dipercayai nya. Dan semestinya hanya anak kandung nya mpun yang dapat menggalas tanggungjawab ya. Sik ada siapa boleh pertikaikan perlantikan Aziz sebagai orang kanan CM Sarawak.

Cuma pihak CM Sarawak mestilah molah benda tok secara rasmi. Beriklah apa-apa jawatan khas kepada Aziz agar sik ada agik beruk-beruk yang berbunyi. 

Semoga pemerintahan CM Sarawak akan terus membawa Sarawak Maju ke Hadapan.
            

0 ulasan:

Catat Ulasan