Ahad, 2 April 2017

SEKIRANYA #REZAAZIZ TIADA KAITAN DENGAN DS @NAJIBRAZAK


Kutipan Filem Syarikat Red Granite Yang Dikaitkan Dengan Riza Aziz Adalah RM3.55 Bilion atau 4 Kali Ganda Bajet Produksinya. Setakat nak beli rumah mewah di New York memang tak ada masalah. Jika Riza hanya anak Rakyat biasa sudah tentu pelbagai anugerah telah diberikan kepadanya. Baca tulisan Lim Sian See di bawah:

Ianya menyedihkan apabila anak tiri Perdana Menteri, DS Najib Tun Razak, Riza Aziz dikaitkan dengan isu 1MDB. Syarikat perfileman miliknya, Red Granite Pictures mempunyai rekod penghasilan filem yang baik sehingga menjana pendapatan yang lumayan.

Beberapa nama besar dalam industri perfileman telah membintangi filem terbitan beliau semenjak tahun 2013, termasuk Leornado DiCaprio, Margot Robbie, Jim Carrey, Jeff Daniels, Will Ferrell, Mark Wahlberg dan juga Mel Gibson. Secara keseluruhan, 3 filem terakhir terbitannya telah menjana keuntungan besar dan menjadi 'box-office' dengan nilai $802 juta US – atau sekitar RM3.55 bilion.

Nilai tersebut tidak termasuk penjualan DVD, penjualan hak kepada sistem televisyen rumah atau kabel TV yang hampir menyamai atau melebihi nilai 'box-office' sepanjang tahun. Keuntungan yang diperoleh syarikat itu adalah melebihi dari jumlah yang dikatakan telah dibiayai oleh 1MDB, seperti yang dikaitan oleh orang ramai.

Sekiranya Riza Aziz tidak mempunyai kaitan dengan Perdana Menteri, DS Najib Tun Razak mahupun 1MDB, dia pastinya telah dianggap sebagai wira global di Malaysia. Sehingga kini, tiada rakyat Malaysia yang berjaya menerbitkan filem di Amerika Syarikat. Pujian perlu diberikan kepada yang sepatutnya.

Nota Kaki: Filem Kapsul yang turut dibintangi oleh Perdana Menteri 22 tahun sekalipun gagal untuk menarik minions pengikutnya untuk menonton. Kutipan filem berkenaan untuk sepanjang tahun 2015 adalah RM96,900.26 sedangkan kos pembikinan filem berkenaan adalah RM2.3 juta!


@ Sent From Samsung Note III
Wechat : sarawakguerreiro

            

1 ulasan:

  1. Mana Reza dapat modal pendahuluan untuk syarikatnya? Derma daripada Arab juga ke? Adakah akaun Red Granite menunjukkan daripada RM3.5 bilion yang dihasilkan, ada sebahagian yang digunakan untuk membeli harta Reza di USA dan London?

    Jika boleh diberi keterangan mengenai perkara di atas mungkin bleh Reza terlepas tapi kalau setakat membuat huraian berdasarkan andaian, susah sikit nak percaya la. Cuba lagi ya hingga berjaya membersihkan Reza.

    BalasPadam