Khamis, 11 September 2014

ABG JO TUNJUK TARING : LU LANGSI, LU TAK MASUK SARAWAK



Kenyataan tegas dan lantang Ketua Menteri Sarawak di hadapan Perdana Menteri Najib Abdul Razak Isnin lalu menunjukkan keseriusan kerajaan Sarawak dalam usaha mengekalkan keamanan dan keharmonian dalam negeri dengan menentang pelampau agama dan fanatik bangsa untuk masuk ke Sarawak.

Menteri Perumahan, Abang Johari Tun Openg berkata, apa yang Adenan mahu rakyat tahu adalah kerajaan Sarawak akan melakukan apa sahaja termasuk mengetatkan kuasa imigresen untuk menghentikan kemasukan puak pelampau ke dalam negeri itu.

“Ahli politik antara yang akan dilarang masuk… bukan bermaksud kita takut dengan mereka tetapi kita perlu menghentikan kemasukan mereka,” katanya dalan satu kenyataan. “Jika dibiarkan tanpa kawalan, amat sukar untuk menangani perkara ini, seperti apa yang berlaku di beberapa tempat di semenanjung.”

Beliau menggesa badan bukan kerajaan (NGO) dan badan sukarela di Sarawak membantu mempromosi dan mengekalkan atmosfera keharmonian yang diturunkan oleh generasi masa lalu untuk generasi baru melindunginya.

Abang Johari menambah pihak kerajaan sangat kritikal dengan cubaan pihak tertentu untuk melakukan aktiviti yang tidak diingini, dimana jika tidak pantau, akan membahayakan keamanan dan keharmonian.

Beliau tidak merujuk secara spesifik aktiviti tersebut tetapi kerajaan Sarawak mempunyai pengalaman mengenai tindakan NGO tempatan yang menjalin kerjasama dengan NGO dari semenanjung untuk melakukan penukaran agama dengan cara menipu Orang Asal yang beragama Kristian kepada Islam.


@ Sent From HTC ONE X
            

0 ulasan:

Catat Ulasan