Sabtu, 6 September 2014

HOT DALAM KELAMBU : PRESIDEN PAS DEDAH TAKTIK KOTOR PKR DAN DAP MEMBULI PAS !!!



Kuala Lumpur – Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata PKR dan DAP terlebih dulu memujuk Ahli Parlimen Gua Musang Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah menyertai parti mereka, namun ditolak ahli Parlimen Umno itu.

“Yang mula-mula berjumpa Tengku Razaleigh, PKR. Bukan kita. PKR jumpa dulu, ajak Tengku Razaleigh masuk PKR. Lepas itu, DAP berjumpa Tengku Razaleigh, ajak Tengku Razaleigh masuk DAP. Tengku Razaleigh ‘dok terliur’ (tidak berminat) belaka nak masuk dua-dua parti ini,” kata Hadi dalam sesi dialog beliau dengan pemimpin dan ahli PAS di Terengganu pada Khamis

Beliau berkata demikian menjawab soalan orang ramai tentang dakwaan Naib Presiden PKR Rafizi Ramli yang mengatakan PAS menawarkan jawatan perdana menteri kepada Tengku Razaleigh sekiranya Pakatan Rakyat (PR) menang dalam pilihan raya umum ke-13 lalu.

Ia adalah kali pertama Hadi menjawab dakwaan pemimpin PKR itu.

Klip video dialog yang dikhaskannya untuk ahli dan pemimpin PAS di Terengganu tersebut kini disebarluaskan melalui laman sosial termasuk Facebook.

Hadi berkata, selepas rakan dalam PR bertemu dengan Tengku Razaleigh, yang lebih dikenali sebagai Ku Li, dan mereka gagal, mereka meminta pemimpin PAS pula memujuk Ku Li supaya masuk PAS.

“Kita pun pujuklah dia masuk PAS. Dia tak nak masuk PAS juga, dia nak duduk dalam Barisan Nasional. Itulah ceritanya, yang berlakunya. Jadi, yang bising-bising tu, kita kena fahamlah. Itu hakikat yang sebenarnya,” cerita Hadi dalam taklimat di dalam dewan terbuka bersebelahan Masjid Rusila.

Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali sebelum ini memberitahu, Rafizi telah membuat kenyataan bodoh apabila mendedahkan cadangan PAS mahu Ku Li dilantik sebagai perdana menteri itu.

Rafizi mendedahkan perkara itu pada forum berkenaan krisis menteri besar Selangor di Kuala Lumpur awal Jun lalu.

Seterusnya Hadi turut mencabar golongan yang berselisih pendapat dalam PAS agar keluar parti untuk menubuhkan gerakan sendiri.

Dengan nada berseloroh, beliau mengumpamakan golongan tersebut sebagai pengacau seperti nyamuk yang mengganggu tidur.

“Jadi mereka yang berlainan pendapat dalam PAS ni, dia nak tubuh parti sila, baik dia keluar dia tubuh parti sendiri, senang tak payah duduk dalam,” ujarnya disambut dengan laungan takbir.

“Kalau duduk dalam, kalau ada nyamuk seekor tak jenera (lena) tidur kita pun, itu dia, senang nak tubuh parti, sila,” katanya seperti dipetik dalam laporan lidah parti itu, Harakahdaily hari ini.

Beliau dilaporkan berkata demikian ketia dalam satu program dialog di Rusila, Terengganu semalam.

Menurut laporan Harakahdaily semalam, Hadi turut ditanya mengenai ura-ura penubuhan parti baru dengan nama Parti Ummah Sejahtera Malaysia (Pasma).

Hadi bagaimanapun berkata beliau tidak tahu menahu mengenai perkara itu.

SEPATUTNYA KEPIMPINAN DAN AHLI-AHLI PAS SUDAH PUN MENGETAHUI TAKTIK KOTOR DAP DAN PKR. KEDUA-DUA PARTI INI SENANTIASA MEMBULI PAS DALAM APA JUA KEADAAN TERDESAK. SAMPAI BILA PAS SANGGUP DITUNGGANGI OLEH KEDUA-DUA PARTI INI.

TIDAKKAH PAS PUNYA MARUAH DAN HARGA DIRI ? PAS SEBUAH PARTI YANG MASAK DENGAN POLITIK MALAYSIA SEPATUTNYA MENJADI 'KETUA' DALAM PAKATAN RAKYAT. TAPI APA YANG KITA LIHAT, PAS SENTIASA BERADA DI BELAKANG KEDUA-DUA PARTI INI. 

@ Sent From LENOVO IDEAPAD
            

0 ulasan:

Catat Ulasan