Khamis, 4 September 2014

TAHNIAH : BERAKHIRNYA PENGUASAAN ANWAR DALAM PAS



Krisis menteri besar di Selangor telah menemui kemelut terbaharu apabila PAS dipercayai telah mengemukakan nama tiga ahli majlis eksekutif untuk jawatan itu.


Tiga nama tersebut ialah Iskandar Abdul Samad, Sallehin Mukhyi dan Ahmad Yunus.

Surat daripada Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang telah dihantar sebelum tarikh 3 September bagi mengemukakan lebih daripada dua nama calon jawatan menteri besar berikutan pemecatan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dari PKR, menurut beberapa sumber di negeri ini. 

Mereka berkata Hadi secara peribadi telah menandatangani surat untuk istana, menamakan tiga ahli exco parti itu dalam pentadbiran negeri sebagai calon.


Pembantu kanan Hadi ketika dihubungi  untuk mendapatkan komen, tidak menafikan surat itu telah dikemukakan dan berkata terpulang kepada kepimpinan parti untuk membuat kenyataan mengenai perkara itu.


“Ini adalah perkara yang sulit dan oleh itu, saya tidak boleh membincangkannya,” katanya.


Surat itu akan dilihat sebagai satu penghinaan kepada konsensus yang dipersetujui oleh sekutu Pakatan Rakyat yang lain iaitu PKR dan DAP yang telah bersetuju untuk mengemukakan hanya satu nama iaitu nama Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail ke istana untuk dipertimbangkan.


PAS menegaskan bahawa lebih dari dua nama hendaklah dikemukakan mengikut permintaan istana.

SEKIRANYA BERITA INI BENAR, UCAPAN SETINGGI-TINGGI TAHNIAH KEPADA TEAM ULAMA DALAM PAS KERANA MENGAKHIRI PENGUASAAN GOLONGAN PRO ANWAR DALAM PAS. 

@ Sent From LENOVO IDEAPAD
            

0 ulasan:

Catat Ulasan