Rabu, 24 September 2014

BERSEDIA SEMUA : ADAKAH SETERUSNYA LANGKAH BA'KELALAN ???



“Jika ada sambungan ‘Langkah Kajang’, buatlah di Terengganu atau Kedah pula dengan pengarah yang sama. Kami di Selangor sudah letih.”


Demikian kenyataan sinis Ketua Penerangan PKR Selangor, Shuhaimi Shafie mengulas kemelut politik negeri itu yang berlarutan akibat “Langkah Kajang” yang diilhamkan oleh Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli awal tahun ini.

Langkah Kajang itu mencetuskan pilihan raya kecil (PRK) Kajang dengan tujuan untuk meletakkan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai menteri besar menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Bagaimanapun, ia membawa kepada perbalahan terbuka dan terburuk di antara PKR dan PAS sehingga kelangsungan Pakatan Rakyat sendiri menjadi tanda tanya.

“(Kita semua) harus berjiwa besar dan berlapang dada. Keutamaan pada kesejahteraan rakyat jauh lebih utama dari matlamat peribadi,” kata ADUN Seri Muda itu.

Beliau turut menyambut baik pelantikan Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali, sebagai Menteri Besar Selangor yang baru dan turut menyanjung pengorbanan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail untuk memecah kebuntuan isu jawatan MB itu.

“Tahniah pada Azmin Ali atas pelantikan ini. Ia ibarat ‘sirih pulang ke gagang. Beliau memang layak di situ. Biarpun sedikit terlewat masih ada ruang membuktikan kebolehannya. Saya yakin beliau mampu melonjakkan harapan rakyat dan memajukan Selangor ke tahap yang PR inginkan,” kata Shuhaimi.

“Tahniah juga kepada Wan Azizah yang berjiwa besar menarik diri selepas melihat isyarat pihak istana. Keputusan besar beliau membantu menyelesaikan kemelut yang berlaku. Beliau melihat keselesaan rakyat jauh lebih penting dari kedudukan beliau sendiri,” tambah beliau.

Shuhaimi juga menghargai peranan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah dalam mengakhiri krisis di negeri itu apabila melantik Azmin.

“Jelas baginda mempunyai cara tersendiri untuk menyelesaikan krisis. Ketegasan baginda memberikan harapan baru pada rakyat untuk melihat sistem raja berperlembagaan terus dihormati dan dirujuk apabila berlaku krisis besar dalam kerajaan sekali isu,” katanya.

@ Sent From HTC ONE X
            

0 ulasan:

Catat Ulasan