Isnin, 11 September 2017

HALIMAH YACOB, PRESIDEN WANITA PERTAMA SINGAPURA ?


SINGAPURA: Halimah Yacob (gambar) semakin hampir bergelar Presiden Singapura selepas kedua-dua calon gagal memenuhi kriteria kelayakan yang ditetapkan.

Jabatan Pilihan Raya (ELD) pada Isnin mengeluarkan kenyataan bahawa hanya satu Sijil Kelayakan telah dikeluarkan untuk pertandingan tersebut.

Selepas pengumuman dibuat, calon presiden Mohamed Salleh Marican dan Farid Khan mengesahkan bahawa permohonan mereka telah ditolak.

Halimah berkata, ELD telah mengeluarkan sijil kelayakan tersebut untuknya sekaligus membuka laluan buat bekas Speaker Parlimen Singapura itu untuk mengambil bahagian dalam Pilihan Raya Pemilihan Presiden.

Bagaimanapun, beliau masih perlu menghantar dokumen permohonan pada Rabu.

"Saya hanya boleh berkata yang saya berjanji akan melakukan yang terbaik untuk berkhidmat kepada rakyat Singapura dan ia tidak akan berubah sama ada berlaku pilihan raya atau tidak," katanya kepada pemberita yang berhimpun di ELD. - Channel News Asia

@ Sent From Samsung Note III
Wechat : sarawakguerreiro
            

0 ulasan:

Catat Ulasan