Selasa, 26 September 2017

5 TERAS TAWARAN PAKATAN HARAPAN SARAWAK HANYALAH SATU "KEGELAPAN YANG NYATA"


Re: 5 Dalil kenapa 5 Teras Tawaran PH untuk Sarawak bukan satu "Harapan yang Tulen" malah satu "Kegelapan yang Nyata".

Pertama, satu hakikat yg perlu diterima dan diakui oleh semua warga negeri Sarawak ialah semua parti politik yang membentuk Pakatan Harapan ialah Parti Politik yang akar umbi penubuhan mereka adalah berasal dan berpusat di Semenanjung Malaysia.

Ke-2, dalam kumpulan tersebut, DAP yang dikuasai secara dominan oleh pemimpin-pemimpin kaum Cina, sebagai sebuah parti politik yang paling tua atau "senior" dan paling banyak memenangi kerusi Parlimen sudah tentu inginkan suara dan pendapat mereka mendominasi halatuju serta falsafah politik dlm Pakatan Harapan. 

DAP sudah hampir 15 tahun mentadbir Pulau Pinang dibawah Ketua Menteri DAP Lim Guan Eng, cuba rujuk dan baca balik semua janji-janji pilihanraya serta manisfesto yang mereka laung-laungkan dulu. 

Bila DAP menang, semua terbalik tunggang langgang. Malah Ketua Menteri mereka sekarang sedang mengadap tuduhan dan tindakan mahkamah kerana kes rasuah.

Ke-3, 3 parti politik lain dlm Pakatan Harapan iaitu Keadilan, Amanah dan PPBM pula ditubuh oleh pemimpin-pemimpin Melayu Semenanjung Malaysia yg samada mereka ini sudah banyak kali kalah piliharaya, kecewa, berdendam atau sememangnya gila kuasa.

Apakah rakyat Sarawak ingin nasib masa depan dan perjuangan kita di tentukan oleh pemimpin-pemimpin seperti ini?

Ke-4, cuba lihat suasana politik di Semenanjung Malaysia sekarang ini di mana semua parti-parti dalam Pakatan Harapan ini bertapak. 

Apakah anak-anak jati negeri Sarawak tidak melihat dan menyedari betapa huru-hara dan mengelirunya suasana politik di seberang sana sekarang ini?

Fitnah politik yang jijik, buruk-sangka yang melampau, perkauman dan penghinaan agama sedang rancak berlaku dan bermula di sana.

Apakah kita di negeri Sarawak mahu keadaan yg sama berlaku di laman rumah kita sendiri?

Ke-5, Pemimpin-pemimpin utama parti pembangkang di Sarawak sebenarnya bertuankan pemimpin-pemimpin dari Semenanjung Malaysia. 

Mereka (DAP, PKR, Amanah & PPBM Sarawak) memuja dan menerima arahan dari jauh pemimpin-pemimpin mereka seperti Lim Kit Siang, Annuar Ibrahim, Tun Mahathir dan Mat Sabu.

Apakah pemimpin-pemimpin utama Pakatan Harapan ini benar-benar ikhlas dan jujur serta perihatin akan mengubah nasib kita di Sarawak terutama di kawasan luar bandar?

Kesimpulan, peringatan saya kepada pemimpin-pemimpin yang tidak sedar diri dari Semenanjung Malaysia ini ialah 

"Sebelum tuan-tuan sibuk dengan keadaan lalang di rumah kami, elok tuan-tuan tebas dulu lalang di laman rumah sendiri yang saya rasa sudah semakin semak belukar dan mungkin sudah banyak membiak binatang-binatang liar seperti ular dan lipan. Binatang-binatang ini membahayakan jiran dan org ramai".

Jangan main-main dengan istilah 'Masa Depan'. Kita mahu nasib kita di pimpin oleh pemimpin-pemimpin yang ada 'Masa Depan' dalam agenda mereka dan parti-parti politik yang ada 'Masa Depan' dalam perjuangan mereka.

Pakatan Harapan adalah sebuah parti yang kering serta rapuh dan tidak ada asas kukuh untuk menjanjikan sebarang bentuk "Harapan" untuk rakyat malah banyak kearah "Kegelapan".

5 Teras Baru yang diumumkan dan ditawar oleh Pakatan Harapan yang berkaitan tentang "Hak Negeri" untuk rakyat Sarawak bolehlah saya rumuskan sebagai "Ibu Pembohongan" serta tanda "Kemuncak Teragung Politik Hipokrit serta Putar Belit" dari Pakatan Harapan.

Kenapa pemimpin-pemimpin Pembangkang dari negeri Sarawak tidak bertanya kepada Tetamu Kehormat mereka baru-baru ini, Tun Mahathir tentang Hak-hak negeri yg sebenarnya terhakis dan terpinggir semasa Tun Mahathir menjadi Perdana Menteri?

Kenapa Tun Mahathir buat macam-macam projek-projek Mega di semenanjung tapi tidak di Sarawak?

Malah banyak projek mega Tun Mahathir yang gagal serta membazir beratus juta ringgit dan akhirnya menjadi skandal. 

Kalau Tun Mahathir benar-benar ikhlas dan jujur tentang kebajikan kita di Sarawak, sudah lama dulu banyak kawasan kita terutama di pendalaman sepatutnya telah mendapat jalan-jalan elok serta kemudahan air dan elektrik.

Tun Mahathir berpeluang untuk membaiki keadaan banyak sekolah-sekolah kita yang usang dan tidak senonoh tapi dia tidak memperdulikan itu semua.

Pendek kata semasa menjadi Perdana Menteri, Tun Mahathir telah gagal memberi negeri Sarawak pembangunan infrastruktur yang sepatutnya malah menyalurkan wang hasil dari minyak negeri Sarawak kearah kepentingan kroni-kroni beliau yang semua mereka sedang menentang kerajaan sekarang ini kerana kepentingan peribadi mereka mula terhakis oleh polisi kerajaan BN yang banyak berkiblat ke arah mensejahterakan rakyat.

Begitu juga Dato Seri Anwar Ibrahim yang dulunya Menteri Kewangan dan banyak juga meminggir kepentingan kita di Sarawak.

Pemimpin-pemimpin pembangkang negeri Sarawak pula menyanjung pemimpin-pemimpin seperti Tun Mahathir dan Anwar Ibrahim sebagai bakal penyelamat nasib masa depan kita di Sarawak. 

Pengikut dan penyokong-penyokong pembangkang di negeri Sarawak yang sememangnya jenis "muka tak malu" menyalak sana sini bercakap tentang hak-hak negeri tapi yang peliknya mereka memuja dan mendukung kepimpinan mereka yang terlibat secara langsung dalam menghakis hak dan kepentingan kita dulu.

Saya yakin dan percaya majoriti orang-orang Sarawak yang berfikiran matang serta cintakan keamanan adalah jauh lebih cerdik dan bijak untuk menentukan halatuju serta masa depan kita sendiri dan tidak akan keliru dengan dakyah serta pembohongan pemimpin-pemimpin Pakatan Harapan yang jelas kemaruk main politik dan sanggup menjatuhkan sebuah kerajaan dengan apa cara sekali pun tanpa memikir  kesan kepada tahap keselamatan serta keamanan negara.

Yang ikhlas;

YB Abdullah Hj.Saidol
Ketua Setiausaha Politik kepada YAB Ketua Menteri Sarawak.

@ Sent From Samsung Note III
Wechat : sarawakguerreiro
            

0 ulasan:

Catat Ulasan