Khamis, 13 Oktober 2016

JAWAPAN MENGAPA PARTI SPDP BUANG PERKATAAN SARAWAK PADA NAMA PARTI


Perubahan nama Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP) kepada Parti Demokratik Progresif (PDP) adalah untuk membolehkan parti membuka cawangan di Semenanjung Malaysia, kata Setiausaha Agungnya Anthony Nogeh Gumbek.

Menjelas lanjut, beliau berkata tujuan langkah itu diambil adalah bagi menye-diakan platform kepada rakyat Sarawak di Semenanjung Malaysia untuk menyertai parti politik yang berasal dari Sarawak.

“Misalnya di Johor terdapat seramai 40,000 rakyat Sarawak yang tinggal di sana.

“Dengan itu, mereka boleh menjadi ahli SPDP di sana,” katanya ketika ditemu bual di sini, semalam.

Nogeh turut menegaskan bahawa hasrat parti itu membuka cawangan di Semenanjung Malaysia juga bukan untuk mendapatkan kerusi atau menarik ahli politik dari sana ke Sarawak.

Sebaliknya, beliau berkata ia adalah untuk membantu rakyat Sarawak yang berada di sana terutama ahli parti.

“Orang Semenanjung boleh menyertai SPDP tetapi kami tidak berhasrat untuk berdiri di sana. Tujuan kami adalah untuk membantu rakyat Sara-wak, itu sahaja,” katanya.

Presiden SPDP Datuk Seri Tiong King Sing kelmarin mendedahkan bahawa Jabatan Pendaftar Pertubuhan (ROS) sudah meluluskan permohonan SPDP untuk menukar nama kepada PDP.

Katanya ia kerana parti itu merancang untuk me-nubuhkan sekurang-kurangnya tujuh atau lapan cawangan terutama di Selangor.

Menurut beliau, pada masa ini parti itu sudah mempunyai cawangan di Permas Jaya, Johor Jaya, Tiram, Skudai, Nusa Jaya, Machap dan Layang-Layang iaitu kesemuanya di Johor.

Dipetik dari : Borneo Post

@ Sent From Samsung Note III
Wechat : sarawakguerreiro
            

0 ulasan:

Catat Ulasan