Khamis, 29 September 2016

MASIH PERLUKAH MASYARAKAT LUAR BANDAR SARAWAK SOKONG DAP ???


Pembangunan luar bandar merupakan antara objektif utama CM Adenan Satem selepas memenangi dengan penuh bergaya Pilihanraya Negeri Sarawak yang lepas. Pelbagai usaha sedang giat dijalankan oleh kerajaan negeri Sarawak dalam mendekatkan jurang ekonomi antara bandar dan luar bandar di Sarawak. 

Berbeza dengan tindakan pembangkang terutamanya dari parti DAP. Mereka akan terus menghentam apa sahaja yang dilakukan oleh kerajaan negeri untuk warga luar bandar walaupun usaha tersebut demi kepentingan rakyat. Contohnya baru-baru ini, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Padungan Wong King Wei yang mempersoalkan projek pembinaan Jambatan Batang Sadong. Walaupun beliau tahu kepentingan jambatan itu dibuat, oleh kerana perbezaan politik beliau sanggup memperlekehkan projek tersebut.

Jangan kita lupa tindakan Pengerusi DAP Sarawak Chong Chieng Jen, pada persidangan Dewan Undangan Negeri dua tahun lepas mempersoalkan peruntukan RM500 juta yang dipohon BN untuk tujuan pembangunan kawasan luar bandar.

Berikut adalah laporan Borneo Post Online 

Pembangunan ekonomi luar bandar akan terus dipertingkatkan bagi memastikan jurang perbezaan pendapatan luar bandar dan bandar dapat dikurangkan.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata kerajaan negeri sentiasa berusaha mencari jalan penyelesaian untuk mengurangkan kadar kemiskinan dengan meningkatkan pendapatan isi rumah.

Menurutnya, petunjuk jurang perbezaan dalam status sosioekonomi isi rumah bandar dan luar bandar adalah kadar kemiskinan.

“Kadar kemiskinan di bandar adalah 0.5 peratus manakala 1.6 peratus di kawasan luar bandar iaitu tiga kali ganda daripada kadar kemiskinan di bandar.

“Ini menunjukkan jurang pendapatan dan kemiskinan di luar bandar lebih besar berbanding kawasan bandar,” katanya ketika ditemui selepas menghadiri perasmian Bengkel Program Transformasi Ekonomi Luar Bandar Sarawak di sebuah hotel di sini, semalam.

Mengulas lanjut, katanya banyak perkara perlu dilakukan untuk meningkatkan pembangunan ekonomi di kawasan luar bandar.

Uggah berkata ia sekali gus membantu mengurangkan kadar kemiskinan bagi merealisasikan hasrat kerajaan untuk menjadikan Sarawak sebagai negeri berpendapatan tinggi menjelang 2030.

Sehubungan itu, beliau menekankan usaha mengenal pasti beberapa model pelan pembangunan sosioekonomi luar bandar yang komprehensif untuk dilaksanakan di Sarawak.

ADAKAH BERITA DI ATAS AKAN TURUT DIPERLEKEHKAN OLEH DAP? KITA TUNGGU DAN LIHAT.

@ Sent From Samsung Note III
Wechat : sarawakguerreiro
            

0 ulasan:

Catat Ulasan