Isnin, 18 Januari 2016

SATU LAGI BERITA GEMBIRA UNTUK RAKYAT SARAWAK


Selepas melaksanakan banyak perkara yang meringankan beban rakyat Sarawak dalam tempoh hampir dua tahun menjadi Ketua Menteri, Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem kini merancang menurunkan kadar cukai taksiran hartanah di negeri ini.

Bagaimanapun, katanya perkara itu masih dalam kajian di mana pelaksanaannya adalah bergantung kepada peruntukan yang diperolehi kerajaan negeri daripada kerajaan pusat.

“Saya akan berunding dengan kerajaan pusat untuk menambah peruntukan negeri dan kalau ini berjaya, saya mahu menurunkan cukai taksiran hartanah.

“Tetapi ini masih dalam kajian dan bergantung kepada peruntukan daripada kerajaan pusat,” katanya ketika berucap pada Majlis Perasmian Agenda Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) di sini, semalam.

BERILAH MANDAT YANG BESAR KEPADA KETUA MENTERI KITA PADA PRN AKAN DATANG AGAR LEBIH BANYAK PERKARA BAIK YANG BELIAU BOLEH IKHTIARKAN DEMI KESEJAHTERAAN KITA DI BUMI KENYALANG.

@ Sent From Samsung Note III
Wechat : sarawakguerreiro
            

1 ulasan:

  1. Adenan Satem orang BN. BN = UMNO dajal. Jangan undi Adenan Satem. Sorry pok denan. Lain kali iboh sokong najib.

    BalasPadam